Info Kerjaya Malaysia

5 Persiapan Penting Untuk Bekerja Diluar Negara Yang Anda Perlu Tahu

1,134

5 Persiapan Penting Untuk Bekerja Diluar Negara Yang Anda Perlu Tahu

Trend terkini anak muda di Malaysia adalah ingin bekerja di luar negara kerana tertarik dengan tawaran gaji yang sangat lumayan berbandinng di Malaysia sendiri.

Namun anda semua harus ingat bahawa bekerja di luar negara tidak seindah yang anda impikan.

Jika anda benar-benar inginbekerja di luar negara,apakah persiapan penting yang perlu anda lakukan?

5 Persiapan Penting Untuk Bekerja Diluar Negara

Untuk bekerja di luar negara, 5 persiapan penting yangperlu anda lakukan ialah :

Mempunyai Visa Yang Sah

Bagi anda yang belum tahu mengenai visa, visa adalah satu dokumen yang dikeluarkan oleh sesebuah negara bagi membenarkan seseorang itu untuk masuk ke dalam negara tersebut bagi tujuan tertentu seperti belajar, bekerja dan lain-lain.

Apa pula peranan visa? Ia berperanan sebagai dokumen yang menjelaskan tempoh masa dan tujuan yang dibenarkan untuk masuk ke negara tersebut.

5 Persiapan Penting Untuk Bekerja Diluar Negara Yang Anda Perlu Tahu

Peruntukan Cuti

Dapatkan maklumat melalui pelbagai sumber mengenai cuti yang terdapat di negara yang bakal anda bekerja nanti. Ini kerana setiap cuti yang diperuntukkan adalah tidak sama bagi setiap negara.

Sekiranya anda telah bekerja, dapatkan jawapan yang sahih daripada majikan anda agar tiada sebarang kekeliruan ketika bekerja.

Ini kerana terdapat cuti berdasarkan musim seperti musim panas, musim sejuk dan sebagainya.

5 Persiapan Penting Untuk Bekerja Diluar Negara Yang Anda Perlu Tahu

Penggunaan Bahasa

Sudah pasti penggunaan bahasa menjadi salah satu masalah utama untuk bekerja di luar negara. Jika anda ingin bekerja di Korea Selatan, Australia dan Jepun anda perlu mengetahui beberapa perkataan yang penting untuk memudahkan anda berkomunikasi dengan majikan dan rakan sekerja anda.

Tidak semua negara rakyatnya boleh berbahasa Inggeris terutamanya negara Korea Selatan dan negara Jepun.

Minimumkan Barang

Pastikan anda membawa barangan keperluan yang asas sahaja dan anda boleh dapatkan barang yang lain di negara tersebut. Mungkin barang yang dibeli di sana lebih murah berbanding di Malaysia.

Cipta Networking

Ambil kesempatan yang anda untuk membina networking untuk jangka masa yang panjang. Untuk membina networking ini, anda perlu bergaul dengan orang sekeliling dan menjaga hubungan yang baik dengan mereka.

Anda tidak terhad untuk membina networking dikalangan penduduk setempat sahaja, malahan dengan rakan sekerja dari negara lain serta rakan sekerja yang berasal dari Malaysia.

Manalah tahu nanti anda boleh mencipta peluang kerjaya untuk orang lain hasil daripada networking yang luas ini serta bekerjasama untuk perniagaan anda sendiri. Siapa tahu kan?

5 Persiapan Penting Untuk Bekerja Diluar Negara Yang Anda Perlu Tahu

Tahukah anda, dengan memiliki dron sahaja boleh menjana pendapatan sehingga RM5,000 serta mencipta kerja untuk orang lain? Tidak percaya? Klik sini dan jadikan ia punca pendapatan anda.

close-image