Tak Tahu Kenapa, 5 Kerjaya Ini Dipandang Negatif Rakyat Malaysia

414

Tak Tahu Kenapa, 5 Kerjaya Ini Dipandang Negatif Rakyat Malaysia

Apa jua pekerjaan orang, jangan sampai memandang hina pekerjaan mereka kerana kita semua perlu menghormati orang lain sekiranya ingin dihormati. Jika tiada mereka, siapa pula yang akan menjawat jawatan tersebut dan berkhidmat untuk kita semua?

Jadi, hormati semua pekerjaan orang lain dan mari kita lihat apakah 5 pekerjaan yang sering dipandang negatif oleh rakyat Malaysia.

5 Kerjaya Dipandang Negatif Rakyat Malaysia

Berikut adalah 5 pekerjaan yang sering dipandang negatif oleh rakyat Malaysia :

Pekerja Kilang

“Owh, kerja kilang je”. Tetapi tahukah anda bahawa mereka ini memperolehi gaji yang besar dan agak lumayan serta mempunyai pelbagai kelebihan yang diberikan oleh majikan? Kadangkala bonus tahunan yang diterima lebih besar daripada penjawat awam. Jadi, mengapa perlu dipandang negatif kepada mereka?

Tak Tahu Kenapa, 5 Kerjaya Ini Dipandang Negatif Rakyat Malaysia

Pengawal Keselamatan

Jika tiada pengawal keselamatan, siapa lagi yang akan membantu kita untuk menjaga rumah, kedai dan sebagainya? Jika anda ingin tahu, gaji pengawal keselamatan ini juga besar dan terdapat bahagian-bahagian tertentu yang memerlukan kemahiran komputer dan sebagainya. Bukan semua mereka ini tidak terpelajar ya. Malahan kebanyakan pengawal keselamatan adalah bekas askar walaupun kebanyakan mereka adalah dari Nepal.

Tak Tahu Kenapa, 5 Kerjaya Ini Dipandang Negatif Rakyat Malaysia

Pelayan & Cashier

Ini juga salah satu pekerjaan yang sering dipandang negatif oleh rakyat Malaysia. Malahan ada yang menghina pekerja dalam sektor ini dengan menyatakan mereka tidak bersekolah tinggi dan sebagainya. Tahukah ramai pelajar universiti yang gemar bekerja dalam sektor ini kerana minat dan kelebihan yang ditawarkan oleh majikan. Jangan tak tahu, dorang lagi pandai speaking tau!

Tak Tahu Kenapa, 5 Kerjaya Ini Dipandang Negatif Rakyat Malaysia

Pemandu Lori

Nampak selekeh pakaian pemandu lori dan dianggap tiada masa hadapan. Realitinya, mereka mempunyai kemahiran yang tiada pada kita semua di mana mereka sangat berkebolehan untuk mengendalikan kenderaan berat yang kita semua tidak mampu lakukan.

Tak Tahu Kenapa, 5 Kerjaya Ini Dipandang Negatif Rakyat Malaysia

Pekerja Pembersihan / Cleaner

Jika tiada mereka mungkin tandas atau kawasan awam tidak akan bersih dan penuh dengan sampah. Adakah anda yang memandang hina boleh melakukan kerja ini seperti mana yang mereka lakukan? Kadangkala mereka melakukan kerja tanpa mengira hujan dan panas semata-mata untuk memastikan kita semua dalam keadaan yang bersih dan selesa menggunakan kemudahan awam.

Tak Tahu Kenapa, 5 Kerjaya Ini Dipandang Negatif Rakyat Malaysia

Jadi apa kata anda? Semoga anda semua menghargai dan menghormati apa jua pekerjaan yang dilakukan oleh orang lain.

Mahu mendaftar kerja dengan Jobs Malaysia? Klik sini untuk ketahui cara mendaftar dan login di Jobs Malaysia.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image