Tahu Tak, 5 Jenis Pekerjaan Ini Pernah Wujud Di Dunia. Pelik Tetapi Benar

696

Tahu Tak, 5 Jenis Pekerjaan Ini Pernah Wujud Di Dunia. Pelik Tetapi Benar

Terdapat pelbagai jenis pekerjaan di dunia ini dan mungkin ada yang agak tidak masuk akal. Walaupun kedengaran seperti tidak masuk akal, tetapi ia tetap menjadi pekerjaan seseorang dan ada antaranya dibayar dengan gaji yang agak lumayan.

Tetapi sebelum itu. mari kita ketahui bagaimanakah caranya untuk mendapatkan pekerjaan dengan cara mudah terutamanya melalui Jobs Malaysia dan MySPP. Rujuk link Jobs Malaysia dan MySPP dan teruskan membuat pendaftaran anda.

5 Jenis Pekerjaan Pelik Pernah Wujud Di Dunia

Antara 5 jenis pekerjaan pelik yang pernah wujud di dunia ialah :

Penghantar Pizza Scuba

Hantar pizza secara scuba diving? Ya betul. bunyinya seperti tidak masuk akal, tetapi itulah sebenarnya yang berlaku di Florida dimana terdapat hotel dibawah laut. Jadi untuk memastikan tetamu mereka memperolehi pizza yang dipesan, mereka akan menghantar pizza yang dipesan secara scuba diving kerana perlu menyelam ke dasar laut semata-mata untuk memastikan tetamu dapat makan pizza yang telah dipesan.

Tahu Tak, 5 Jenis Pekerjaan Ini Pernah Wujud Di Dunia. Pelik Tetapi Benar

Tetamu Palsu Majlis Perkahwinan

Macam ini pun ada ya? Ini adalah bertujuan untuk menjadikan majlis perkahwinan tersebut nampak meriah dengan kunjungan tetamu yang ramai dan meraikan pasangan pengantin. Malahan, tetamu ini dibayar untuk berlakon sebagai rakan sekolah pasangan pengantin sekadar untuk memeriahkan majlis semata-mata.

Tahu Tak, 5 Jenis Pekerjaan Ini Pernah Wujud Di Dunia. Pelik Tetapi Benar

Menjadi Manusia Mannequin

Mannequin adalah sejenis patung yang digunakan untuk diletakkan di hadapan kedai serta menggayakan rekaan fesyen pakaian. Tetapi terdapat sesetengah kedai fesyen pakaian menggunakan manusia untuk menjadi mannequin mereka dengan bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan melihat rekaan fesyen mereka yang terkini.

Tahu Tak, 5 Jenis Pekerjaan Ini Pernah Wujud Di Dunia. Pelik Tetapi Benar

Merasa Makanan Anjing

Biar betul. Manusia yang merasa makanan anjing pula. Tetapi memang benar, pekerjaan ini wujud dan masih wujud sehingga kini. Mereka akan rasa semua jenis makanan anjing seperti tulang, daging dan makanan anjing berbentuk biskut.

Tahu Tak, 5 Jenis Pekerjaan Ini Pernah Wujud Di Dunia. Pelik Tetapi Benar

Tukang Beratur

Selalunya pekerjaan ini akan wujud ketika iPhone melancarkan model terbaru telefon mereka dan tukang beratur yang profesional ini akan dibayar dengan upah sehingga USD1,500 selepas beratur selama 100 jam semata-mata untuk membeli iPhone untuk pembeli sahaja. Ok lah tu kan, upah mereka dan tunggu barang anda sampai di rumah. Anda tidak perlu beratur panjang berjam-jam semata-mata mendapatkan barang yang anda inginkan.

Tahu Tak, 5 Jenis Pekerjaan Ini Pernah Wujud Di Dunia. Pelik Tetapi Benar

Ingin lakukan keja part time yang lumayan gajinya ? Klik sini dan pilih kerja parti time yang sesuai dan tidak mengganggu kerja hakiki anda.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image