Info Kerjaya Malaysia

Dah Mendaftar Sebagai Pengundi Ke?Daftar Sekarang Dengan MySPR Daftar. Tak Banyak, 3 Langkah Pendaftaran Je

1,722

Dah Mendaftar Sebagai Pengundi Ke?

Anda dah cukup umur untuk menjadi seorang pengundi? Jika ya, pastikan anda sudah bersedia untuk menjadi seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab untuk mengundi pemimpin untuk masa depan negara.

Jika anda rasa anda tiada masa untuk mendaftar secara manual, disini disediakan cara untuk mendaftar undi secara online. Mudah dan menjimatkan masa.

Sebelum itu, mari kita dapatkan info serba sedikit info sebagai pengundi terlebih dahulu.

Syarat Kelayakan Sebagai Pengundi

Berikut adalah syarat-syarat untuk mendaftar sebagai pengundi :

  • Seorang warganegara Malaysia
  • Telah mencapai umur 21 tahun
  • Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan
  • Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa

Cara Mendaftar Pengundi Melalui MySPR Daftar

Hanya 3 langkah sahaja diperlukan untuk membuat pendaftaran melalui MySPR Daftar iaitu :

  • Permohonan akaun pengguna
  • Pengaktifan akaun pengguna
  • Isi borang A (pendaftaran pemilih)

1. Permohonan Akuan Pengguna

Dah Mendaftar Sebagai Pengundi Ke?Daftar Sekarang Dengan MySPR Daftar. Tak Banyak, 3 Langkah Pendaftaran Je

  • Klik PERMOHONAN AKAUN BARU

Dah Mendaftar Sebagai Pengundi Ke?Daftar Sekarang Dengan MySPR Daftar. Tak Banyak, 3 Langkah Pendaftaran Je

  • Isikan maklumat yang diperlukan dengan betul.
  • Muat naik gambar kad pengenalan dan swafoto dengan kad pengenalan anda.

Dah Mendaftar Sebagai Pengundi Ke?Daftar Sekarang Dengan MySPR Daftar. Tak Banyak, 3 Langkah Pendaftaran Je

  • Masukkan huruf CAPTCHA.
  • Klik pada SAYA TELAH MEMBACA SYARAT-SYARAT.
  • Klik HANTAR
  • Permohonan anda siap.

2. Pengaktifan Akaun Pengguna

Seterusnya, aktifkan akaun pengguna sebelum membuat pendaftaran sebagai pengundi seperti langkah-langkah berikut :

  • Emel pengaktifan akan dihantar ke emel yang didaftarkan selepas pegawai SPR membuat pengesahan.
  • Klik LINK PENGAKTIFAN yang diberikan.
  • Lihat paparan PENGKATIFAN AKAUN.
  • Lakukan pendaftaran sebagai pengundi sehingga selesai.

3. Permohonan Pendaftaran Baru

  • Log masuk di mysprdaftar.spr.gov.my
  • Klik STATUS SAYA
  • Klik BORANG A (PENDAFTARAN BARU/PERTUKARAN ALAMAT)
  • Lengkapkan borang dengan mengisi maklumat yang diminta.

Dah Mendaftar Sebagai Pengundi Ke?Daftar Sekarang Dengan MySPR Daftar. Tak Banyak, 3 Langkah Pendaftaran Je

  • Ikuti setiap langkah-langkah pendaftaran satu persatu.
  • Mohon NOMBOR TAC, masukkan NOMBOR TAC tadi dan klik HANTAR.
  • Klik HANTAR/CETAK BORANG A dan paparan BORANG A akan dipaparkan.
  • Pendaftaran selesai.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut anda boleh hubungi SPR di talian berikut :

close-image