Info Kerjaya Malaysia

20,000 Peluang Kerja Program KPT-CAP: Ini Cara Daftar & Mohon

4,166

20,000 Peluang Kerja Program KPT-CAP: Ini Cara Daftar & Mohon

Pada 28 September 2020 yang lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Kementerian Pengajian Tinggi- “Career Advancement Programme” atau KPT-CAP, yang memastikan graduan program peningkatan kemahiran itu memperoleh pekerjaan setelah tamat kursus.

Tujuan Kursus Program KPT-CAP

Kursus Program KPT -CAP ini direka bentuk mengikut kehendak dan keperluan yang ditetapkan oleh syarikat yang bakal mengambil para graduan sebagai pekerja mereka.

Contohnya kursus Smart Trucker yang mana kandungan pengajaran dalam kursus tersebut direka bentuk berdasrkan kemahiran yang diperlukan oleh syarikat logistik yang mengeluarkan ‘Letter of Commitment’ (LOC) kepada KPT.

Sebaik sahaja tamat tempoh kursus, graduan tadi akan ditawarkan untuk bekerja dengan syarikat logistik tersebut.

3 Program Utama Dana Penjana KPT-CAP

Terdapat tiga program utama yang digerakkan KPT di bawah peruntukan Penjana KPT-CAP iaitu :

  • Job Matching and Placement : Program yang dirancang untuk meningkatkan kemahiran peserta berdasarkan keperluan industri.
  • Program Berterusan Keusahawanan : Program latihan yang berupaya meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta dalam bidang keusahawanan sehingga berupaya menubuhkan syarikat pemula. Graduan-graduan ini akan diberikan bantuan pembiayaan yang disediakan oleh agensi pembiaya yang diiktiraf.
  • Program berciri GIG Economy : Program latihan ini mampu membantu peserta untuk menjana pendapatan melalui aktiviti berbentuk freelancing.

Saya ingin menyeru kepada saudara-saudari graduan tahun 2020 dan 2019 yang belum bernasib baik mendapat pekerjaan, bolehlah memanfaatkan peluang untuk menambah kemahiran dan nilai kompetensi seterusnya membantu meningkatkan kebolehpasaran diri masing-masing.”

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

Syarat Umum Permohonan Penjana KPT-CAP

  1. Warganegara Malaysia
  2. Graduan Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti.
  3. Graduan 2019 yang belum bekerja dan graduan tahun 2020.
  4. Graduan peringkat pengajian Sarjana Muda/Diploma/Sijil. Graduan peringkat Sijil bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja.
  5. Belum ditawarkan sebarang program di bawah PENJANA.

Cara Memohon Penjana KPT-CAP

Untuk memohon Penjana KPT-CAP, apa yang perlu anda lakukan ialah :

20,000 Peluang Kerja Program KPT-CAP: Ini Cara Daftar & Mohon

  • Pilih MENU dan klik MOHON PENJANA KPT-CAP.

20,000 Peluang Kerja Program KPT-CAP: Ini Cara Daftar & Mohon

20,000 Peluang Kerja Program KPT-CAP: Ini Cara Daftar & Mohon

  • Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda.

20,000 Peluang Kerja Program KPT-CAP: Ini Cara Daftar & Mohon

  • Jika anda memenuhi syarat umum, skrin akan memaparkan maklumat profil graduan. Seterusnya lakukan pengemaskinian maklumat nombor telefon, alamat dan emel anda.
  • Paparan slip pengesahan permohonan program PENJANA KPT-CAP.
  • Notifikasi pengesahan kehadiran program akan dikemukakan melalui e-mel 7 hari sebelum program bermula.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi :

  • Urus setia PENJANA KPT-CAP
    Aras 3, Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar,
    Kementerian Pengajian Tinggi
    Presint 5, 62200, PUTRAJAYA
  • No. Telefon :
    KPT : 03-8870 5088/4332/5445
    JPT : 03-8870 6473/6464/6479
    JPPKK : 03-8888 2667/3406/3511
  • Emel : [email protected]

close-image