Tangguh Bayaran Balik TEKUN. Semak Syarat Kelayakan Disini

446

Tangguh Bayaran Balik TEKUN. Semak Syarat Kelayakan Disini

Berikutan pandemik Covid-19 yang masih lagi menghantui rakyat Malaysia sehingga kini, pihak TEKUN Nasional telah membuka peluang kepada para usahawan yang membuat pinjaman di bawah TEKUN untuk membuat penangguhan bayaran balik kepada para usahawan.

Sebelum ini, setiap usahawan yang membuat pinjaman dengan TEKUN telah diberikan peluang penangguhan pembiayaan balik selama 6 bulan yang bermula pada bulan Mac hingga Ogos 2020.

Untuk pengetahuan anda, TEKUN Nasional ialah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang telah ditubuhkan pada 9 November 1998.

Tempoh Penangguhan Pembiayaan Balik TEKUN

Tempoh bayaran balik penangguhan pembiayaan balik ialah :

  • 3 bulan
  • Bermula September hingga November 2020.

Sebelum ini para usahawan telah diberikan penangguhan bayaran balik TEKUN selama 6 bulan bermula pada bulan Mac sehingga bulan Ogos 2020.

Syarat Kelayakan Penangguhan Bayaran Balik TEKUN Nasional

Sebelum anda membuat permohonan penangguhan bayaran balik TEKUN Nasional, sila semak syarat kelayakan seperti berikut :

  • Pembiayaan yang tidak mempunyai sebarang tunggakan melebihi 6 bulan pada 29 Februari 2020.
  • Usahawan yang masih dalam tempoh pembiayaan.

Cara Membuat Permohonan Penangguhan Bayaran Balik TEKUN

Untuk membuat permohonan penangguhan bayaran balik, berikut adalah cara-cara yang boleh anda ikuti :

  • Hadir ke pejabat TEKUN yang berdekatan dengan anda.
  • Dapatkan Borang JPBB/Borang/13.
  • Lengkapkan borang permohonan penangguhan dengan lengkap beserta dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Serahkan borang permohonan ke pejabat TEKUN dan tunggu siap diproses.

Nota : TEKUN Nasional tidak pernah melantik agen atau pihak ketiga untuk proses penannguhan bayaran balik pinjaman.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan permohonan penangguhan bayaran balik TEKUN boleh dilakukan di :

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image