Setujukah Anda Sekiranya Pemberian Bonus Penjawat Awam Perlu Ikut Merit, Sektor Perkhidmatan?

908

Setujukah Anda Sekiranya Pemberian Bonus Penjawat Awam Perlu Ikut Merit, Sektor Perkhidmatan

Menurut Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC), pihak mereka mencadangkan agar pemberian bonus kepada penjawat awam dilaksanakan mengikut merit dan sektor perkhidmatan.

Perkara itu berkemungkinan boleh dilakukan berdasarkan markah Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) yang diperoleh petugas serta prestasi petugas dalam mencapai Penunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan jabatan dan kerajaan.

Tujuan Pemberian Bonus Mengikut Merit Dan Sektor Perkhidmatan

Tujuan utama pemberian bonus mengikut merit dan sektor perkhidmatan ialah :

  • Membantu penjawat awam yang berpendapatan rendah
  • Memastikan bonus diagihkan secara adil

Ini adalah kerana sebelum ini penjawat awam telah mengalami cabaran yang sangat besar sejak 3 tahun lepas sehingga berlakunya masalah seperti :

  • Kegawatan ekonomi
  • Perubahan tampuk pemerinatahan
  • Pandemik Covid-19

Perkara itu berkemungkinan boleh dilakukan berdasarkan markah Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) yang diperoleh petugas serta prestasi petugas dalam mencapai Penunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan jabatan dan kerajaan.

Presiden MAAC Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin telah menyatakan bahawa penjawat awam telah terbukti berkhidmat dengan cemerlang ketika negara berhadapan pelbagai cabaran dan dengan pemberian bonus mengikut merit dilihat akan jadi pemangkin dan inspirasi kepada semua penjawat awam untuk terus memastikan kesejahteraan masyarakat dan negara menjadi keutamaan.

CUEPACS Mohon Bonus Secara Bulanan

Selain itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah dilaporkan berkata untuk membuat permohonan dengan kerajaan pusat untuk memberikan bonus yang ditetapkan secara bulanan kepada penjawat awam dan bukannya sebagai bantuan khas kewangan seperti kelazimannya.

Jadi, isu berkenaan permohonan bonus secara bulanan akan diketengahkan kepada Kementerian Kewangan pada 7 Oktober 2020 nanti.

Setujukah Anda Sekiranya Pemberian Bonus Penjawat Awam Perlu Ikut Merit, Sektor Perkhidmatan_

Sumber : BERNAMA

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image