Cara Tebus 1GB Internet Percuma Setiap Hari Untuk Pelanggan Celcom, Digi, Maxis dan UMobile

11,517

Pengenalan data internet 1GB percuma melalui pelan PENJANA menunjukkan keprihatinan kerajaan dengan permasalahan yang dihadapi rakyat sepanjang penularan COVID-19 dan juga PKP.

Antara inisiatif yang akan dilaksanakan adalah semua pelanggan pascabayar dan prabayar Celcom, Digi, Maxis dan UMobile akan menerima Internet berkelajuan tinggi percuma dengan kapasiti 1GB percuma setiap hari.

Ia boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang sehingga 31 Disember nanti. Kadar kuota yang sama akan diberikan pada berikutan harinya.

Melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (#PENJANA) yang diperkenalkan, rakyat juga berpeluang untuk daftar eWallet PENJANA RM50 yang bakal dikreditkan ke akaun masing-masing bermula Julai nanti.

Selain itu, antara inisiatif lain adalah bantuan RM300 JKM juga akan diberikan kepada yang layak.

Bagaimana menikmati data internet percuma ini? Bagaimana pula untuk pengguna claim free internet PENJANA?

Di bawah kami ingin kongsikan beberapa cara untuk anda dapatkan data percuma internet pelbagai syarikat telco. Semoga perkongsian claim data internet percuma di bawah membantu anda.

CLAIM TEBUS DATA MUDAH ALIH PERCUMA

Sepanjang tempoh Perintah Pengawalan Pergerakan (PKP) pasti ramai yang kebosanan di rumah kerana tidak dapat melakukan aktiviti di luar. Tidak dapat dinafikan kebanyakan antara kita banyak menghabiskan masa dengan telefon mudah alih sahaja.

Kebanyakan kerja-kerja juga banyak berkisar secara online disebabkan “stay in” yang perlu ramai patuhi. Kerja dari rumah mula menjadi norma baru dan ini memerlukan penggunaan internet yang tinggi.

Memahami masalah ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperuntukkan pakej internet khas percuma kepada semua pelanggan sehingga tempoh PKP tamat sebagai satu inisiatif bagi membantu rakyat bekerja dan menjalankan aktiviti harian.

DAFTAR PAKEJ INTERNET PERCUMA

Pakej Internet percuma ini adalah buat semua pengguna talian mudah alih termasuk pasca bayar dan prabayar bagi UMobile, Celcom, Maxis, Unifi Mobile, Yoodoo dan Digi. Pengguna akan menerima data Internet berkelajuan tinggi sebanyak 1GB secara percuma pada jam 8 pagi sehingga 6 petang.

Baca juga: Skim Perumahan Rakyat PPR Untuk Rakyat Malaysia

Pengguna boleh menebus internet percuma ini setiap hari dan penggunaannya adalah bebas mengikut kehendak pelanggan. Ketahui cara untuk tebus internet percuma ini bagi setiap telco di perkongsian bawah!

CARA TEBUS INTERNET PERCUMA

1 UMobile (Daftar & Terima Automatik)

  • Penawaran data percuma ini adalah buat pelanggan pascabayar, prabayar dan broadband tidak termasuk pengguna WeChat Go.
  • Penggunaan internet percuma ini tiada had untuk pengguna layari dan juga boleh gunakan hotspot.
  • Tawaran internet percuma hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang. Penggunaan selain daripada waktu itu akan diambil kira pakej data langganan bayar sendiri.
  • Untuk penggunaan data percuma ini, talian pelanggan mestilah aktif.
  • Penebusan perlu dilakukan sekali sahaja dan pelanggan akan terima secara automatik sehingga tempoh PKP tamat.
  • Untuk menyemak baki kuota, dail
    1186# untuk prabayar
    1187# untuk pascabayar.
  • Untuk penebusan internet percuma, dail
    *118*6*7# untuk prabayar
    *118*7*6# untuk pascabayar

Untuk maklumat lanjut, layari laman UMobile.

2 Digi (Internet & Panggilan Percuma)

  • Penawaran ini akan diterima oleh pelanggan pascabayar dan broadband Digi sebanyak 1GB setiap hari.
  • Data percuma ini boleh digunakan pada jam 8 pagi hingga 6 petang.
  • Penebusan adalah dibuat melalui aplikasi MyDigi.
  • Digi juga menawarkan Internet serta panggilan percuma jika anda menambah nilai RM10 ke atas seperti berikut:
    1. Panggilan percuma selama 5 minit + 300MB Internet dengan tambah nilai RM10 hingga RM29.99. Sah selama 3 hari
    2. Panggilan percuma selama 15 minit + 1GB internet dengan tambah nilai RM30 dan ke atas. Sah selama 7 hari.
  • Digi juga menawarkan akses percuma selama 1 bulan untuk pembelajaran digital. Layari Jomstudi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Digi.

3 Celcom (Tidak Perlu Tebus)

  • Buat pengguna Celcom, anda tidak perlu buat sebarang penebusan kerana data percuma akan dimasukkan ke dalam akaun anda secara automatik setiap hari.
  • Data internet percuma boleh dinikmati dari jam 8 pagi hingga 6 petang.
  • Baki data yang tidak digunakan akan terhapus dan tidak boleh di bawa ke hari berikutnya.
  • Penggunaan hotspot juga dibenarkan.
  • Untuk menyemak baki kuota, pengguna boleh semak melalui Celcom Life atau dail nombor berikut:
    *118*1*1*2# untuk prabayar
    *118# untuk pascabayar

Untuk maklumat lanjut, layari laman Celcom

4 Maxis (Perlu Tebus Setiap Hari)

  • Penawaran data percuma ini adalah untuk pengguna semua pelanggan pascabayar dan prabayar Maxis tidak termasuk pengguna MaxisONE.
  • Penebusan perlu dibuat setiap hari dan boleh digunakan pada jam 8 pagi hingga 6 petang. 
  • Penebusan data adalah melalui tiga aplikasi berbeza Maxis bergantung kepada talian mudah alih yang digunakan.
  • Berikut adalah langkah membuat penebusan:
    1. Aplikasi MyMaxis – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
    2. Aplikasi MyMaxis Biz – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
    3. Aplikasi Hotlink RED – Klik banner utama –>  pilih “Free 1GB/ Day Pass”. Anda juga boleh aktifkan data ini menerusi  tab ‘Shop’

Untuk maklumat lanjut, layari laman Maxis

5 Unifi Mobile (Pas Hotspot 999GB, Automatik Diaktifkan)

  • Unifi mobile telah menawarkan pas hotspot 999GB LTE secara percuma sehingga 14 April 2020.
  • Penawaran ini adalah buat pengguna Unifi Mobile Postpaid (unifi Mobile 99, webe RM79 & unifi Mobile Pek Jasa) dan unifi Mobile Biz Postpaid (unifi Mobile Biz 99 & unifi Mobile Biz 79).
  • Pengguna tidak perlu membuat penebusan kerana ia akan diaktifkan secara automatik.
  • Untuk langganan baru, pas ini akan tersedia ada dalam akaun selepas sehari pengaktifan akaun.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Unifi Mobile.

6 YooDo (Tiada Had Penggunaan)

  • Lain daripada telco lain, YooDo lebih menarik dengan tawaran penggunaan data percuma yang boleh digunakan tanpa had dan boleh digunakan sepanjang hari.
  • Data percuma ini adalah bermula 30 Mac sehingga 14 April 2020 buat akaun yang aktif dan akan dimasukkan ke dalam akaun secara automatik.
  • Data percuma ini akan ditambah pada baki sedia ada.
    Sebagai contoh jika baki anda ada 5GB, YooDo akan tambah 1GB menjadikannya 6GB apabila menerima data percuma itu.
  • Data yang tidak habis digunakan juga boleh dikumpul dan gunakan bila-bila masa sehingga pelan anda luput.

Untuk maklumat lanjut, layari laman YooDo

TEBUS DATA INTERNET PERCUMA PENJANA

Seronoknya dapat data internet percuma! Semak cara untuk menebus internet percuma anda di perkongsian di atas sekarang dan mula tebus internet percuma anda setiap hari.

Kini tiada alasan lagi untuk anda tidak duduk rumah. Jadilah pengguna yang berhemah dan rakyat yang bertanggungjawab dalam melaksanakan arahan dari kerajaan.

Selamat menikmati internet percuma!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image