Info Kerjaya Malaysia

Cadangan 10 Idea Skim Bayaran Balik PTPTN ~ Antaranya Sekatan Pembaharuan Pasport, Lesen & Cukai Jalan

172

PENGUATKUASAAN yang lebih ketat terhadap peminjam yang tidak membayar balik pinjaman bagi tempoh lama antara 10 idea yang diperoleh untuk dipertimbangkan bagi pelaksanaan mekanisme skim bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) Mastura Mohd Khalid berkata, idea itu diperoleh hasil perbincangan meja bulat dengan pebagai pihak berkepentingan termasuk ahli kewangan, anggota Parlimen dan mahasiswa dari Januari hingga Mac lalu.

Terdapat enam langkah penguatkuasaan yang dicadangkan antaranya sekatan untuk pembaharuan pasport, lesen memandu dan cukai jalan.

“Cadangan ini merangkumi empat bidang yang secara kolektif akan memastikan kesinambungan pembiayaan pendidikan tinggi di Malaysia. Ini bukanlah cadangan PTPTN tetapi merupakan koleksi pandangan yang diperoleh daripada sesi meja bulat yang telah diadakan,” katanya pada sesi taklimat Konsultasi Rakyat Bersama Media di Kuala Lumpur, hari ini.

Kaji selidik menerusi proses Konsultasi Rakyat dibuka bermula 1 tengah hari ini sehingga 13 Jun secara dalam talian kepada orang awam menerusi laman www. ptptn.gov.my/kertas-konsultasi-rakyat bagi mendapatkan maklumat balas terhadap mekanisme skim baharu itu.

Antara 10 idea lain yang dikemukakan hasil meja bulat Konsultasi Rakyat adalah penangguhan bayaran balik bagi peminjam berpendapatan RM2,000 dan RM4,000 ke bawah, menggantikan sistem bayaran balik sedia ada kepada skim bayaran balik berasaskan pendapatan untuk peminjam baharu (IBR), potongan gaji mandatori serta secara beransur-ansur menamatkan pinjaman kepada institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) dan kursus yang berprestasi rendah.

Di bawah merupakan 10 idea skim bayaran balik PTPTN yang dicadangkan.

10 Idea Skim Bayaran Balik PTPTN

IDEA #1
Penangguhan Bayaran Balik Bagi Peminjam Berpendapatan RM2,000 Ke Bawah

IDEA #2
Menangguhkan Pembayaran Balik Bagi Peminjam Berpendapatan Bawah RM4,000

IDEA #3
Menggantikan Sistem Bayaran Balik Sedia Ada Kepada Skim Bayaran Balik Berasaskan Pendapatan Untuk Peminjam Baharu – Income Based Repayment (IBR)

IDEA #4
Potongan Gaji Mandatori

IDEA #5
Melaksanakan Penguatkuasaan Sepenuhnya

IDEA #6
Penguatkuasaan Yang Lebih Tegas Terhadap Mereka Yang Tidak Membayar Balik Dalam Tempoh Yang Lama

IDEA #7
Melaksanakan Sistem Penjamin

IDEA #8
Pemansuhan Pengecualian Bayaran Balik Graduan Kelas Pertama Atau Digantikan Dengan Pengecualian Separa

IDEA #9
Mengurangkan Jumlah Pinjaman, Dan Secara Beransur-ansur Menamatkan Pinjaman Kepada Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) Dan Kursus Yang Berprestasi Rendah

IDEA #10
Menaikkan Caj Ujrah 1% Kepada Peminjam Baharu

Sumber

close-image