Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Tahun 2018/1439 Hijrah Bagi Kuala Lumpur Dan Putrajaya
Bulan Ramadhan merupakan bulan mulia buat semua umat Islam. Di bulan ini juga, terdapat satu ibadah yang wajib dilakukan oleh seluruh umat Islam. Ibadah tersebut adalah berpuasa. Setiap umat Islam yang memenuhi syarat-syarat sah berpuasa diwajibkan berpuasa.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud: “Bulan Ramadhan. Bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan membezakan antara hak dan batil. Oleh itu, barangsiapa di antara kamu yang hadir pada bulan itu (bulan Ramadhan) maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu.”
Selain berpuasa, umat islam juga diunjurkan untuk melakukan amalan-amalan yang lain seperti solat sunat, memperbanyakkan bacaan Al-Quran, bersedekah dan lain-lain. Hal ini kerana di bulan Ramadhan ini, Allah telah menjanjikan pahala yang melimpah ruah buat setiap umat yang melakukan amal kebaikan.
Amalan-amalan sunat pada bulan Ramadhan juga perlulah dilakukan. Contohnya seperti berbuka dengan manisan atau kurma, menyegerakan berbuka puasa setelah tiba waktunya dan melambatkan waktu sahur.
Anda perlu tahu waktu berbuka puasa untuk anda bersegera membuka puasa apabila tiba waktunya. Anda juga perlu tahu waktu imsak bagi merancang waktu ideal untuk anda bersahur. Untuk makluman anda, setiap negeri mempunyai waktu berbuka dan waktu imsak yang berbeza.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan Waktu Berbuka dan Imsak Tahun 2018/1439 Hijrah Bagi Kuala Lumpur dan Putrajaya.
WAKTU BERBUKA DAN IMSAK SELURUH KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
Waktu berbuka dan imsak adalah sama di semua kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Berikut merupakan jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi Kuala Lumpur serta Putrajaya.
Semoga dengan artikel ini dapatlah memberi manfaat kepada anda dalam menyegerakan waktu berbuka dan merancang waktu ideal untuk bersahur. Selamat berpuasa!