Info Kerjaya Malaysia

Usahawan Pertanian B40, Mohon Pembiayaan Mikro Hingga RM30,000 Untuk Kembangkan Perniagaan

1,947

Pembiayaan Mikro Untuk Usahawan Pertanian B40

Berita gembira buat usahawan pertanian B40, pihak Agrobank ada menawarkan pembiayaan mikro untuk membantu anda mengembangkan perniagaan anda serta membantu meningkatkan taraf hidup golongan B40.

Jangan lepaskan peluang ini dan baca perkongsian ini untuk ketahui maklumat lebih lanjut mengenai pembiayaan mikro Agrobank ini.

Usahawan Pertanian B40, Mohon Pembiayaan Mikro Hingga RM30,000 Untuk Kembangkan Perniagaan

Pembiayaan Mikro Agrobank

Agrobank menawarkan pembiayaan berperingkat bermula RM5000 untuk pembiayaan pertama dan boleh meningkat sehingga RM30,000 mengikut kemampuan dan rekod pembiayaan pemohon.

Konsep Tawarruq

Pembiayaan mikro Agrobank ini adalah satu pembiayaan tanpa jaminan untuk tujuan perniagaan. Manakala pelaksanaan produk adalah berdasarkan transaksi Tawarruq.

Jenis Program Pembiayaan

Berikut adalah program pembiayaan yang ditawarkan oleh Agrobank :

1. Agro Nisaa-i

Pembiayaan Agro Nisaa-i merupakan satu pembiayaan untuk membantu usahawan tani wanita yang dikhususkan untuk membantu golongan tersebut.

Inisiatif ini digerakkan melalui pembentukan kumpulan 5 ahli dngan berpeluang berkongsi tips perniagaan selain bimbingan daripada pegawai bank berkenaan.

Pembiayaan ini bertujuan :

  • Mengeluarkan wanita daripada belenggu kemiskinan dan memperbaiki ekonomi wanita.
  • Satu laluan kepada kaum wanita untuk maju dan membina masa depan yang lebih baik.
  • Menggalakkan kaum wanita lebih serius dalam bidang pertanian secara langsung meningkatkan pendapatan dan taraf sosio-ekonomi.

Faedah Pembiayaan Agro Nisaa-i

Faedah yang akan didapati ialah :

  • Pelan perlindungan takaful kemalangan diri selama setahun.
  • Pembiayaan maksimum sehingga RM30,000 serta kadar efektif serendah 8.31%.
  • Tiada sebarang cagaran dikenakan.

2. Agro Bakti

Program pembiayaan Agro Bakti dikhususkan untuk membantu usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) menjalankan atau mengembangkan perniagaan berasaskan pertanian dan industri asas tani.

Kelayakan

Program ini terbuka kepada golongan OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana pertubuhan OKU yang berdaftar. Antara syarat kelayakan yang lain ialah :

  • Warganegara Malaysia berusia 18 tahun sehingga 60 tahun.
  • Sedang menjalankan perniagaan berkaitan pertanian dan industri asas tani lebih dari 12 bulan.

Usahawan Pertanian B40, Mohon Pembiayaan Mikro Hingga RM30,000 Untuk Kembangkan Perniagaan

3. Program Agropreneur Muda (PAM)

Menyediakan kemudahan pembiayaan khusus disasarkan untuk usahawan muda dalam sektor pertanian untuk menghasilkan pendapatan progresif, berdaya saing, kreatif, dan inovatif.

Skop Pembiayaan

Untuk modal tetap dan operasi untuk tujuan (yang sedia ada) baru dan pengembangan.

Kelayakan Pemohon

Pemohon mestilah warganegara Malaysia, berumur antara 18 hingga 40 tahun, pada masa permohonan dan mesti mendaftarkan diri di Unit Agropreneur Muda (UAM), Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MoA)

Cagaran

Tiada cagaran atau cagaran yang dikehendaki di bawah program ini

4. Skim Pembiayaan Bot Perikanan-i (SPBP-i)

Perkhidmatan bertujuan untuk memodenkan industri perikanan melalui pemilikan bot serta peralatan menangkap ikan yang lebih besar dan moden berkonsepkan Tawarruq.

Kelayakan Permohonan

Individu/kumpulan/milikan tunggal /perkongsian/ syarikat milik warganegara Malaysia (minimum 51% pegangan) ditubuhkan di bawah Akta Syarikat, 1965 / lain-lain institusi yang diperbadankan.

Usahawan Pertanian B40, Mohon Pembiayaan Mikro Hingga RM30,000 Untuk Kembangkan Perniagaan

5. Skim Kredit Pengeluaran Makanan-i (SKPM-i)

SKPM-i ini bertujuan :

  • Untuk memperluaskan perniagaan serta peluang usahawan Bumiputera.
  • Memberikan modal perniagaan usahawan Bumiputera mikro, kecil dan sederhana.
  • Modal untuk persaingan di peringkat tempatan dan global berdasarkan pembiayaan berprinsipkan Syariah.

Kelayakan Memohon

Terbuka kepada usahawan / syarikat Bumiputera yang sedia ada menjalankan perniagaan yang memerlukan modal bagi pengembangan perniagaan.

6. Masyarakat Perdagangan & Perindustrian Bumiputera (MPPB – DPUP)

MPPB – DPUP ini bertujuan :

  • Untuk memperluaskan perniagaan serta peluang usahawan Bumiputera
  • Memberikan modal perniagaan usahawan Bumiputera mikro, kecil dan sederhana
  • Modal untuk persaingan di peringkat tempatan dan global berdasarkan pembiayaan berprinsipkan Syariah.

Kelayakan Memohon

Terbuka kepada usahawan / syarikat Bumiputera yang sedia ada menjalankan perniagaan yang memerlukan modal bagi pengembangan perniagaan.

7. EPP8 (Food Park/Incubator)

Dana bagi membiayai Syarikat Peneraju / Syarikat Peserta yang menyelaraskan PKS dan pengusaha kecil bagi melaksanakan projek dalam bidang pertanian dan industri asas tani secara komersial dan melibatkan pengeluaran berskala besar berkonsepkan Tawarrruq.

Kelayakan Memohon

  • Syarikat-syarikat dengan pegangan saham sekurang-kurangnya 51% oleh warganegara Malaysia.
  • Syarikat-syarikat yang dilantik sebagai Syarikat Peserta dalam Program EPP 8 dengan surat perlantikan dikeluarkan oleh MOA.
  • Organisasi-organisasi atau syarikat-syarikat tersebut hendaklah mematuhi kriteria patuh Syariah

Skop Pembiayaan

  • Perbelanjaan Modal dan Perbelanjaan Operasi.
  • Semua Projek yang berasaskan pertanian dan industri asas tani dalam bidang penanaman, penternakan dan perikanan.
  • Pembiayaan meliputi aktiviti pengeluaran, pemprosesan, pemasaran dan perkhidmatan.

Usahawan Pertanian B40, Mohon Pembiayaan Mikro Hingga RM30,000 Untuk Kembangkan Perniagaan

Maklumat Lanjut

Jika anda berminat dan ingin maklumat lanjut mengenai pembiayaan mikro Agrobank ini, anda boleh terus menghubungi pihak Agrobank di :

close-image