Info Kerjaya Malaysia

11 Jenis Tuntutan Khairat Kematian Yang Waris Boleh Tuntut Apabila Berlakunya Kematian

3,849

Masih ramai yang tidak tahu sebenarnya ada 11 jenis tuntutan khairat kematian yang waris boleh tuntut apabila berlakunya kematian. Apa yang berlaku sekarang adalah bila berlakunya kematian dikalangan ahli keluarga terdekat, ramai yang buntu dengan sumber kewangan yang boleh diperolehi segera.

Khairat kematian merupakan sedekah, derma atau sumbangan ikhlas, pada kadar tertentu yang diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlakunya kematian. Sumbangan ini sedikit sebanyak boleh membantu waris meneruskan kehidupan, lebih-lebih lagi apabila waris bergantung pendapatan kepada yang meninggal dunia.

Berikut adalah 11 jenis khairat kematian yang waris boleh tuntut jika berlakunya kematian.

11 JENIS KHAIRAT KEMATIAN

1) Khairat Kematian ASB

Jika si mati ada buat simpanan ASB, anda boleh tuntut. Kadar bayaran adalah antara RM200 hingga RM2,000 bergantung kepada baki pelaburan yang terakhir

2) Khairat Kematian KWSP

Buat pencarum KWSP, khairat kematian yang boleh diterima adalah RM2,500

3) Khairat Kematian PERKESO

Jika si mati pernah mencarum PERKESO, nilai khairat kematian adalah RM2,000

4) Khairat Kematian Pembayar Zakat

Waris boleh rujuk pusat zakat masing-masing.

5) Khairat Kematian Masjid

Mencarum dalam skim khairat kematian masjid kariah kita. Jumlahnya bergantung pada masjid daerah masing-masing.

6) Khairat Kematian Takaful

Jika si mati mencarum dalam skim takaful, waris boleh tuntut. Bayaran adalah antara RM2,000 hingga RM5,000 bergantung pada skim yang disertai. Boleh rujuk agen takaful si mati.

7) Khairat Kematian Pencen

Jika si mati adalah pesara Kerajaan, waris boleh tuntut khairat ini yang bernilai RM3,000.

8) Khairat Kematian Bank Rakyat

Jika si mati ada akaun Bank Rakyat, nilai khairat yang waris boleh tuntut adalah RM3,000.

9) Khairat Kematian BSH

Sekiranya dulu si mati menerima BSH, waris boleh tuntut khairat kematiannya.

10) Khairat Kematian Ahli RELA

Jika si mati merupakan ahli RELA, ada peruntukan khairat kematian bernilai RM2,500.

11) Khairat Kematian Penjawat Awam (JPA)

Untuk pesara penjawat awam, waris boleh menuntut nilai khairat berjumlah RM3,000.

Untuk menuntut khairat kematian, anda perlulah membuat tuntutan di pejabat atau agen yang berkaitan. Waris perlu bawa sijil kematian, sijil nikah dan kad pengenalan diri. Sebaiknya mohon segera sebaik sahaja berlaku kematian. Jangan tangguh!

Semoga perkongsian ini dapat memudahkan urusan waris si mati untuk membuat tuntuttan khairat kematian terutama jika waris yang hilang tempat pergantungan pendapatan.

close-image