Info Kerjaya Malaysia

Tips Penggunaan Keywords Dalam Resume, CV Dan Cover Letter. Baca Ini

4,663

Penggunaan Keywords Dalam Resume, CV Dan Cover Letter

Penggunaan keywords yang betul dan sepadan dengan kehendak dan keperluan majikan adalah sangat penting untuk menjadikan resume, CV dan cover letter anda adalah pilihan utama majikan.

Secara tidak langsung penggunaan keywords penting dalam resume boleh membuatkan anda akan tersenarai sebagai calon yang akan dipanggil temuduga menjawat sesuatu jawatan.

Jadi apa itu keywords dalam resume?

Keywords adalah perkataan atau frasa pendek yang berkaitan dengan keperluan tertentu untuk jawatan yang dipohon. Keywords yang digunakan adalah berkaitan dengan kemahiran, kebolehan, tauliah dan kualiti yang dicari oleh majikan.

Mengapa Keywords Penting?

Keywords penting dalam resume, CV dan cover letter kerana ia memudahkan majikan untuk membuat saringan calon yang layak untuk jawatan yang diiklankan.

Sekiranya majikan menggunakan sistem ATS (Aplicant Tracking System) untuk membuat saringan calon pula, keywords yang betul dan tepat sangat penting disini kerana sistem ATS akan membuat imbasan pada resume, CV dan cover letter yang dihantar melalui online.

Jika ATS dapat mengesan keywords yang dikehendaki ada pada permohonan anda, anda akan disenarai pendek untuk dipanggil temuduga berbanding dokumen yang tidak menggunakan keywords yang berkaitan.

Pastikan dokumen anda tidak terlalu fancy dengan pelbagai warna, fonts yang tidak sesuai, text box dan table sekiranya diupload secara online. Ini font yang sesuai di dalam resume yang anda perlu tahu.

Malahan, anda perlu simpan fail dalam bentuk yang mesra ATS seperti .doc dan PDF. Ini untuk memastikan ATS boleh membaca dan imbas dokumen yang dihantar sebelum dibuat saringan. Anda boleh rujuk tutorial tukar dokumen Words ke PDF ini untuk lebih maklumat.

Tips Penggunaan Keywords Dalam Resume, CV Dan Cover Letter. Baca Ini

Jenis Keywords Resume, CV Dan Cover Letter

Keywords yang perlu ada dalam resume, CV dan cover letter anda mestilah merangkumi deskripsi jawatan yang ditawarkan seperti:

  • Kemahiran
  • Kecekapan
  • Kelayakan yang relevan
  • Jawatan
  • Majikan sebelumnya

Untuk lebih faham, keywords merupakan satu perkataan atau ayat pendek yang menunjukkan anda menepati kehendak dan kriteria yang diperlukan oleh majikan.

Berikut adalah contoh keywords berdasarkan pengalaman :

Pengurus Sumber Manusia

  • Pelan faedah pekerja
  • Kemahiran sistem filling maklumat pekerja
  • Kemahiran asas komputer
  • Bekerjasama dengan PERKESO dan KWSP
  • Mahir dengan sistem pekerja asing

Perkhidmatan Pelanggan

  • Perkhidmatan pelanggan
  • Sistem tracking pelanggan
  • Kemahiran komputer
  • Mahir komunikasi dengan pelanggan

Tips Penggunaan Keywords Dalam Resume, CV Dan Cover Letter. Baca Ini

Tips Untuk Dapatkan Keywords

Luangkan masa anda untuk mendapatkan maklumat mengenai syarikat dan deskripsi jawatan yang dipohon. Dapatkan keywords berdasarkan maklumat yang diperolehi dan pastikan ia sepadan dengan jawatan yang dipohon. Sesuaikan dengan latar belakang, kemahiran dan pengalaman anda.

Baca: Bagaimana membuat kajian mengenai majikan anda

Sekiranya anda mendapatkan maklumat melalui laman web syarikat, dapatkan keywords pada bahagian Tentang Kami atau bahagian Misi dan Visi Syarikat. Sekiranya anda mendapati penerangan syarikat berkaitan dengan kreatif dan berdaya maju, anda boleh masukkan kemahiran kreatif, berfikir dengan kreatif dan sentiasa belajar untuk menambahkan ilmu ke dalam resume, CV dan cover letter anda.

Pastikan anda sentiasa memgemaskini setiap keywords sebelum menghantar resume, CV dan cover letter supaya keywords yang ada bertepatan dengan kehendak majikan.

Tips Menggunakan Keywords

Spesifikkan keywords

Spesifik keywords yang berkaitan dengan pekerjaan yang dipohon. Semakin fokus dan spesifik keywords anda, semakin besar peluang untuk anda mendapatkan pekerjaan tersebut kerana dokumen anda mempunyai padanan keywords yang dikehendaki.

Dapatkan maklumat syarikat

Dapatkan maklumat syarikat melalui laman web atau portal rasmi mereka. Anda boleh menambah keywords yang berkaitan melalui maklumat tersebut. Anda juga boleh menggunakan LinkedIn untuk mendapatkan gambaran yang tepat mengenai syarikat. Luang sedikit masa untuk klik profil pekerja syarikat yang mempunyai kedudukan yang serupa dengan jawatan yang dipohon untuk melihat review mereka mengenai syarikat. Jadi mudah untuk anda mendapatkan keywords yang sepadan dengan mereka.

Gunakan seberapa banyak kata kunci

Gunakan keywords yang relevan dengan setiap jawatan yang dipohon. Sekiranya anda tidak mempunyai kemahiran mengikut kriteria yang disenaraikan, jangan masukkan ke dalam resume, CV dan cover letter anda.

Masukkan seberapa banyak keywords yang sesuai untuk menjadikan anda layak menjawat jawatan tersebut. Walau bagaimanapun, jangan masukkan keywords dengan keterlaluan dan sehingga mencacatkan resume, CV dan cover letter anda.

Gabungkan keywords

Anda boleh gabungkan keywords seperti soft skill, sijil profesional, kemahirantermasuk kemahiran insaniah, kemahiran keras, kata kunci industri, pensijilan dan banyak lagi. Menggunakan pelbagai kata kunci akan menunjukkan bahawa anda mempunyai semua kualiti yang diperlukan untuk pekerjaan tersebut.

Taburkan keywords

Anda boleh masukkan keywords pada bahagian yang berkaitan dalam resume, CV dan cover letter anda. Teknik ini akan menjadikan sistem ATS mudah mengimbas dokumen anda. Apabila keywords yang digunakan sepadan, anda akan disenarai pendek untuk dipanggil temuduga dan kemungkinan besar anda menjadi calon yang tepat untuk menjawat jawatan tersebut.

Tips Penggunaan Keywords Dalam Resume, CV Dan Cover Letter. Baca Ini

Mudah rupanya untuk mendapatkan keywords yang sepadan dan sesuai untuk dimasukkan ke dalam resume, CV dan cover letter. Cuma ikuti tips yang dikongsikan ini untuk menjadikan anda adalah calon yang sesuai dan yang dicari oleh majikan.

Baca juga: Sebutkan Satu Perkara Tentang Anda Yang Tiada Dalam Resume?

close-image