10 Jenis Font Tulisan Yang Anda Tidak Boleh Guna Untuk Menulis Resume

2,685

Memang tidak dapat dinafikan bahawa graduan pada hari ini sememangnya kreatif dan kaya dengan idea yang menarik. Jadi, tidak hairanlah jika resume yang disediakan oleh graduan pada hari ini sangat cantik dihiasi dengan hiasan-hiasan grafik.

Resume yang cantik ini memanglah ada kelebihannya iaitu untuk menarik perhatian penemuduga tetapi anda harus tahu bahawa hiasan mestilah tidak terlalu fancy sehingga menjadikan resume tersebut tidak lagi formal dan mengganggu penemuduga untuk membacanya.

Salah satu aspek yang perlu anda ambil berat dalam penghasilan resume adalah font atau jenis tulisan. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 10 jenis font yang anda dilarang sama sekali untuk gunakan dalam membuat resume.

Berikut merupakan 10 jenis font tulisan yang anda tidak boleh guna untuk menulis resume.

COURIER NEW

Font jenis ini selalunya digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah dalam membuat karangan. Tulisannya sangat besar serta jelas dan juga akan memakan ruang yang sangat banyak. Jadi, hanya sedikit maklumat dapat dimuatkan dalam satu mukasurat. Oleh sebab itulah, anda tidak boleh menggunakan font ini untuk menulis resume.

LUCINDA CONSOLE

Font ini pula kelihatan seperti boleh diterima tetapi sangat memakan ruang yang besar dan banyak. Jadi, bukan sahaja banyak mukasurat diperlukan malah penemuduga juga sukar untuk mendapatkan mesej yang ingin anda sampaikan.

COMIC SANS

Jika anda perhatikan betul-betul pada jenis font ini, anda akan dapati font Comic Sans sebenarnya adalah berbentuk kasual dan tidak sesuai sama sekali untuk digunakan bagi tujuan formal.

Tulisan bagi font jenis ini berbentuk senget dan bentuknya kelihatan seperti bulat-bulat. Jadi, font ini sangatlah tidak sesuai. Ingat! Ini adalah resume dan bukannya komik santai.

BRADLEY HAND ITC

Font Bradley Hand ITC pula sebenarnya merupakan satu jenis font yang sesuai digunakan untuk tujuan board games. Hanya gamers yang ramai menggunakan font ini. Jika anda perasan, bentuk tulisannya juga seperti tulisan permainan scrabble.

BRUSH SCRIPT

Font jenis Brush Script adalah untuk tujuan penulisan skrip seperti skrip drama dan sebagainya. Anda sekarang sedang menulis resume dan bukannya proposal skrip. Jadi, hindarilah daripada menggunakan font jenis ini.

CHALKDUSTER

Walaupun zaman telah berkembang moden dengan perkembangan ICT yang pesat namun, konsep tulisan kapur pada papan hitam masih lagi diiktiraf melalui font ini. Jadi, font Chalkduster tidaklah sesuai untuk penulisan resume.

APPLE CHANCERY

Sungguhpun font ini cantik kerana bentuknya kelihatan seperti tulisan berangkai ataupun “cursive writing” namun anda dilarang sama sekali untuk gunakannya untuk menulis resume. Mengapa?

Anda mungkin menyangka font yang cantik akan menarik minat penemuduga. Salah sama sekali. Penemuduga hanya mahu melihat font yang formal dan selaras. Font yang cantik ini sama sekali tidak dilihat oleh penemuduga sekaligus beliau turut akan melabel anda sebagai tidak tahu tulisan formal.

MAYALAM MN

Font jenis ini mempunyai tulisan yang berbentuk terlalu narrow dan sebenarnya sangat sukar untuk dibaca. Walaupun bentuknya itu stylish dan sesuai dengan gaya moden sekarang, namun anda harus ingat dalam penghasilan resume, itu tidak penting. Jadi, jangan gunakan font ini.

HARRINGTON

Sekali pandang pun anda sudah tahu bahawa font jenis Harrington tidak sesuai untuk penulisan resume. Bentuknya yang comel ini lebih sesuai digunakan dalam penghasilan tulisan buku cerita kanak-kanak sahaja tetapi tidak untuk penghasilan resume.

BRAGGADOCIO

Font ini kelihatan unik dan sangat sesuai digunakan dalam penghasilan poster. Tulisannya yang besar dan jelas itu memudahkan orang lain untuk membacanya. Namun, dalam menulis resume, janganlah gunakan font ini. Bayangkan dengan tulisan sebesar itu, berapa mukasurat yang anda perlukan untuk resume anda. Oleh sebab itulah font ini tidak sesuai digunakan.

Meskipun kelihatan remeh, namun pemilihan font adalah sangat penting dalam membuat resume. Jangan sesekali menggunakan kesemua 10 font yang disenaraikan di atas. Gunakanlah font yang selaras. Contoh font yang selaras adalah seperti Times New Roman dan juga Arial. Selamat menulis resume!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image