Info Kerjaya Malaysia

Pekerja Kerajaan: Ini 6 Tips Mudah Menyimpan Wang Untuk Masa Depan Anda

924

Tips Menyimpan Wang Untuk Masa Depan Pekerja Kerajaan

Terdapat pelbagai cara untuk membuat simpanan dimasa hadapan terutamanya kepada pekerja kerajaan. Ini kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan kepada mereka yang bekerja disektor awam.

Namun ramai antara pekerja kerajaan sukar untuk membuat simpanan walaupun serendah RM500 untuk sebarang kecemasan.

Ikuti 6 tips berikut untuk menyimpan duit demi masa depan terutamanya bagi pekerja kerajaan.

6 Tips Mudah Menyimpan Wang

  • Kawal hutang
  • Kawal perbelanjaan
  • Tempat simpanan yang menguntungkan
  • Pilih paling murah dan berbaloi
  • Akaun persaraan tambahan
  • Bergaul dengan orang yang celik kewangan

1. Kawal hutang

Anda boleh mengawal hutang yang dilakukan dan lebihkan membuat simpanan setiap bulan.

Langsaikan hutang kecil yang ada dan wang pinjaman tersebut boleh dijadikan simpanan anda. Jika hutang anda berlebihan, dapatkan nasihat kewangan supaya hutang tersebut tidak menjadi satu bebanan buat anda.

2. Kawal perbelanjaan

Pastikan anda berbelanja dengan berhemah. Jika gaji anda bergaji rendah, berbelanjalah mengikut keupayaan anda. Bagi anda yang bergaji tinggi pula, tidak perlu boros ketika berbelanja.

Kawal perbelanjaan dengan membuat rekod belanja setiap bulan. Utamakan keperluan yang wajib dan kurangkan pembelian mengikut kehendak.

Lebihan wang perbelanjaan anda boleh menjadi simpanan anda untuk masa akan datang.

3. Tempat simpanan yang menguntungkan

Antara tempat simpanan yang menguntungkan adalah :

  • Amanah Saham Bumiputera (ASB)
  • Tabung Haji
  • Saham Bank Rakyat
  • Simpanan Emas
  • Takaful

Setiap keuntungan yang diterima akan menjadi satu kepuasan dalam menyimpan. Jadi, anda boleh memilih salah satu senarai di atas untuk membuat simpanan yang menguntungkan anda.

Pekerja Kerajaan: Ini 6 Tips Mudah Menyimpan Wang Untuk Masa Depan Anda

4. Pilih produk paling murah dan berbaloi

Pilih produk kewangan atau pelaburan yang lebih jimat dan menguntungkan. Buat perbandingan secara online. Ini kerana produk kewangan di Malaysia mempunyai banyak pilihan dan pilih produk yang terbaik untuk anda.

5. Akaun persaraan tambahan

Anda juga disarankan untuk mencipta pelan persaraan tambahan untuk memastikan kehidupan selepas bersara lebih terjamin. Antara pelan persaraan tersebut ialah, Private Retirement Scheme (PRS) bertujuan membantu individu yang tidak mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta individu yang ingin menambah lagi simpanan KWSP mereka.

Anda juga boleh mendapat pelepasan cukai bagi tujuan cukai individu anda. Mulakan dari awal supaya jumlah yang dikeluarkan tidak terlalu besar dan membebankan.

Pekerja Kerajaan: Ini 6 Tips Mudah Menyimpan Wang Untuk Masa Depan Anda

6. Bergaul dengan orang yang celik kewangan

Untuk mendapatkan cara mudah menyimpan wang, anda boleh mula bergaul dengan rakan yang celik dan bijak menguruskan kewangan. Sekurangnya mereka boleh memberi tips yang berguna untuk anda menyimpan wang serta membuat pelaburan.

Manfaatkan media sosial sebgai satu platform untuk anda menambahkan ilmu serta maklumat tentang pelaburan serta produk kewangan yang ada.

Pekerja Kerajaan: Ini 6 Tips Mudah Menyimpan Wang Untuk Masa Depan Anda

Amalkan 6 tips yang dikongsikan ini untuk memudahkan anda membuat simpanan masa depan anda. Semoga berjaya.

close-image