Info Kerjaya Malaysia

Tips Berkesan Memperkenalkan Diri Ketika Temuduga. Amalkan Ini Ketika Temuduga Nanti

5,485

Tips Berkesan Memperkenalkan Diri Ketika Temuduga. Amalkan Ini Ketika Temuduga Nanti

Terdapat pelbagai cara untuk memperkenalkan diri ketika sesi temuduga dijalankan. jadi, ketika sesi memperkenalkan diri, Anda perlu menjadi calon yang unik dan berbeza dengan calon yang lain dan menarik perhatian bakal majikan anda.

Namun diingatkan disini supaya anda tidak lagi memperkenalkan diri dengan menggunakan teknik yang lama seperti berikut :

” Nama saya Laila. Saya berasal dari Perlis. Tarikh lahir saya adalah 1 Disember 1999 dan saya baru menamatkan pengajian di…..”

Kami dah huraikan beberapa tip utama dalam artikel 8 Point Penting Untuk Jawab Soalan Temuduga “Sila Perkenalkan Diri Anda Secara Ringkas” dan juga artikel Cara Terbaik Untuk Jawab Soalan “Perkenalkan Diri Anda” Semasa Temuduga dalam penulisan sebelum ini. Anda boleh baca jika belum untuk mendapat lebih maklumat.

Dalam artikel ini pula pihak kami akan tumpukan lebih kepada penghuraian dan penggunaan beberapa teknik memperkenalkan diri dalam temuduga.

3 Tips Berkesan Memperkenalkan Diri Ketika Temuduga

Pastikan anda mencipta kelainan ketika memperkenalkan diri untuk menarik perhatian bakal majikan anda. Cipta kelainan dan tunjukkan kesungguhan dan minat anda untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.

Tips yang boleh anda amalkan ialah :

Fokuskan Kelebihan Anda

Pada bahagian ini, lihat dahulu apakah jawatan yang anda mohon. Dapatkan kelebihan yang anda miliki berkaitan dengan jawatan tersebut dan nyatakan pada sesi awal perkenalan.

Contoh cadangan jawapan :

“Nama saya Laila. Saya mempunyai kesungguhan dan komitmen yang sangat tinggi dalam melakukan sesuatu tugasan. Saya percaya kemahiran ini akan membantu saya untuk meningkatkan prestasi syarikat dari semasa ke semasa.”

Elevator Pitch

Teknik ini adalah teknik yang paling banyak digunakan ketika sesi memperkenalkan diri. Ia diibaratkan anda sedang menaiki sebuah lif dari tingkat 1 ke tingkat 5 dan bertemu dengan bakal majikan di dalam lif. Apakah yang akan anda sebutkan dalam masa yang singkat itu supaya bakal majikan itu ingat akan anda.

Ada tiga komponen utama dalam elevator pitch iaitu :

  • Siapa anda?
  • Apakah kepakaran anda?
  • Kenapa anda berminat terhadap jawatan ini?

Contoh cadangan jawapan:

“Nama saya Laila binti Munir. Saya mempunyai pengalaman selama 5 tahun sebagai Pengurus HR di Syarikat ABC. Impian saya adalah untuk meningkatkan potensi diri. Saya juga percaya jawatan ini dapat membantu saya merealisasikan impian ini.”

Tips Berkesan Memperkenalkan Diri Ketika Temuduga. Amalkan Ini Ketika Temuduga Nanti

PBN

Anda perlu fokus menjawab soalan cara memperkenalkan diri terbaik adalah dengan memasukkan 3 elemen ini iaitu :

  • Pencapaian
  • Bakat istimewa
  • Nilai yang boleh diberikan

Contoh cadangan jawapan :

“Nama saya Ahmad bin Husin. Saya merupakan pelajar terbaik SPM di Sekolah Kebangsaan Tuanku Mahmud. kawan-kawan menggelarkan saya ‘The Precious Genius’. Kemahiran saya adalah menyelesaikan sesuatu yang dimulakan dengan terbaik dan saya percaya kemahiran ini dapat menjadi satu aset bernilai yang boleh disumbangkan kepada syarikat.”

Jadi, ini adalah 3 cara memperkenalkan diri semasa temuduga dan anda boleh gunakan ketika sesi perkenalkan diri kepada penemuduga.

Baca juga: Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29

Anda juga boleh gunakan tips baru dan mudah cara perkenalkan diri semasa interview. Confirm markah tinggi dan klik disini.

PANDUAN TEMUDUGA JAWATAN KERAJAAN

Sebelum hadiri temuduga berikut mungkin antara isu yang akan anda hadapi:

  • Tiada pengalaman temuduga, anda fresh graduate yang belum mempunyai pengalaman
  • Tidak tahu jenis-jenis soalan bakal ditanya panel penemuduga. Kurang pengalaman maka lebih gemuruh anda nanti
  • Tak tahu beri lontaran jawapan yang jelas, gugup, kurang keyakinan semasa bercakap
  • Masih belum berjaya walaupun telah hadir temuduga beberapa kali. Ini biasa, tapi kegagalan bukan penamat. Anda kena usaha sehabis baik.

Jika anda masih buntu dan tercari-cari bahan rujukan, kami di portal Kerjaya amat rekomen agar anda dapatkan Panduan Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan di bawah.

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Contoh Soalan Temuduga Penolong Akauntan W29 SPA Lengkap

TEMPAH PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.

close-image