Contoh Soalan & Jawapan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29

22,260

Sesi temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29 merupakan sesi penilaian akhir sebelum anda layak menjawat jawatan N29. Temuduga boleh diibaratkan sebagai killing stage bagi mana-mana calon yang ingin menjawat apa jua jawatan. 

Jadi untuk berhadapan dengan sesi temuduga persediaan secukupnya dari calon adalah sesuatu yang perlu. Hadir bersedia bermakna anda hadir sebagai seorang calon terbaik untuk melayakkan anda menjawat jawatan tersebut.

Bagi anda yang telah lulus peperiksaan online untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29, anda pasti telah menerima SMS dan email temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29 dari pihak SPA.

Jadi, bila sahaja di panggil temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29 sudah tentu anda sedang mencari tips berkaitan temuduga. Jom persiapkan diri dengan ilmu tentang jawatan ini sebelum anda di temuduga.

Kita mulakan dengan tugas-tugas Penolong Pegawai Tadbir N29 terlebih dahulu.

APAKAH TUGAS PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29?

Berikut merupakan deskripsi tugas seorang Penolong Pegawai Tadbir N29:

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Skop Fungsi dan Bidang Tugas Penolong Pegawai Tadbir N29:

Kerja Penolong Pegawai Tadbir ini merangkumi 4 aspek utama iaitu POLC (Planning, Organizing, Controlling and Leading)

  1. Planning – penetapan sasaran / capai sasaran
  2. Organizing bantu kumpulan dan menyediakan lain2 keperluan supaya sasaran tercapai
  3. Leading beri motivasi, komunikasi dgn pelbagai jabatan, bimbing pekerja lain.
  4. Controlling sentiasa lihat kepada hasil keputusan dan ambil langkah2 yg perlu utk tambahbaik.

Di samping 4 aspek utama di atas, di bawah merupakan info utama berkaitan jawatan dan tugas Penolong Pegawai Tadbir N29.

Pengurusan

  1. Penyeliaan dan kepimpinan dalam jabatan/organisasi. Maknanya anda terlibat membantu dalam tugasan mengurus/selia/memimpin jabatan/ anda berkhidmat termasuk kakitangannya.
  2. Menyelesai masalah dan membuat keputusan dari isu-isu yang timbul berkaitan petadbiran/ penyeliaan jabatan anda
  3. Mengurus perjalanan tugas/projek/perjalanan satu-satu jabatan termasuk pengurusan kakitangan

Aspek Pentadbiran Pejabat

  1. Sistem Fail dan Rekod – mengurus dengan efektif sistem failing/rekod unit/jabatan termasuk membuka fail baru, penutupan fail/rekod, pembukaan semula, pelupusan, arkib..
  2. Surat menyurat – menguruskan penyediaan surat, penghantaran surat – keluar dan masuk
  3. Pengurusan mensyuarat – penganjuran mensyuarat, penyediaan minit mensyuarat
  4. Perhubungan – berkomunikasi dengan pelanggan kerajaan, termasuk rakyat
  5. Arahan Keselamatan – memastikan panduan keselamatan disediakan di setiap unit/jabatan.
  6. Etika dan Protokol – menguruskan/menerangkan etika/protocol kerja kepada kakitangan

Hal-Hal Kewangan

  1. Belanjawan dan perakaunan – menguruskan perbelanjaan unit/jabatan untuk kursus, majlis, mesyuarat dan menyediakan akaun untuk kesemua perbelanjaan
  2. Prosedur pembelian, stok, penjualan dan sewaan – menyediakan prosedur dalam urusan pembelian, stok, jual dan sewaan termasuk penyediaan invois
  3. Pembayaran dan penerimaan – menguruskan urusan pembayaran dan penerimaan kos untuk pembelian, jualan, sewaan dan stok..
  4. Tuntutan – menguruskan tuntutan termasuk tuntutan dari pelanggan kerajaan, kakitangan berkaitan OT, Claim, gaji dll..

Hal Teknologi Maklumat

  1. Penggunaan/kemahiran computer – Microsoft office – word, power point, excel dll
  2. Penggunaan internet
  3. Penggunaan aplikasi, system yang berkaitan

Di atas merupakan antara maklumat utama berkaitan dengan tugas Penolong Pegawai Tadbir N29.

PEMBAHAGIAN SOALAN-SOALAN TEMUDUGA SPA

Soalan-soalan yang bakal ditanya semasa temuduga SPA biasanya akan dipecahnya mengikut beberapa bahagian. Berikut merupakan bahagian-bahagiannya. Latar belakang dan kelayakan Jawatan yang dimohon

  • Latar belakang dan kelayakan calon
  • Jawatan yang dimohon
  • Dasar kerajaan
  • Isu semasa

CONTOH SOALAN TENTANG LATAR BELAKANG DAN KELAYAKAN CALON

Berikut merupakan contoh-contoh soalan berkaitan latar belakang dan kelayakan calon.

  • Sila perkenalkan diri anda
  • Apakah kelebihan anda sehingga menyebabkan kami perlu memilih anda untuk bekerja dengan kami dan bukan orang lain?
  • Mengapakah kami harus memilih anda untuk bekerja dalam sektor kerajaan?
  • Apakah yang anda lakukan untuk projek akhir semester anda?

CONTOH SOALAN TENTANG JAWATAN YANG DIPOHON

Berikut merupakan contoh soalan temuduga SPA tentang jawatan yang dipohon.

  • Apakah tugas yang akan anda pikul dalam jawatan yang anda pohon ini?
  • Apakah peranan Kementerian dan Jabatan ini?
  • Terangkan kepada saya tentang inisiatif yang ingin anda ambil.
  • Apakah sumbangan yang boleh anda berikan sekiranya anda dipilih bagi menjawat jawatan ini?

CONTOH SOALAN TENTANG DASAR KERAJAAN

Berikut merupakan contoh soalan temuduga SPA tentang dasar kerajaan.

  • Sila senaraikan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.
  • Siapakah nama Menteri yang memegang portfolio bagi jawatan yang anda pohon ini?
  • Apakah yang anda faham tentang SST? Sila terangkan secara ringkas.
  • Pada pendapat anda, perlukah penjawat awam setia kepada kerajaan? Terangkan mengapa.

CONTOH SOALAN TENTANG ISU SEMASA

Soalan tentang isu semasa akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu isu semasa dalam negara dan juga isu semasa luar negara. Berikut merupakan contoh soalan tentang isu semasa. Isu Semasa Dalam Negara

  • Apakah tema kemerdekaan tahun ini?
  • Apakah yang anda faham tentang isu MH17? Sila terangkan secara ringkas.
  • Apa pandangan anda tentang pembatalan projek ECRL? Sila terangkan.

Isu Semasa Luar Negara

  • Terangkan tentang konflik Israel dan Palestin?
  • Apakah yang anda tahu tentang pertemuan antara Presiden USA, Donald Trump dengan Presiden Korea Utara, Kim Jong Un? Jelaskan sebab pertemuan tersebut.
  • Terangkan krisis kaum yang berlaku di Myanmar.

JADI APA NAK PREPARE UNTUK TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI TADBIR?

Bagaimana nak prepare untuk hadiri temuduga N29 ni? Sedikit tips mudah untuk anda.

1) Buat persediaan awal. Kaji tugas seorang Penolong Pegawai Tadbir. Anda boleh lihat di atas di bahagian skop fungsi/bidang tugas Penolong Pegawai Tadbir N29 yang disenaraikan di atas.

2) Baca pekeliling bagi perkhidmatan awam.

Ini merupakan tips utama dan berguna semasa temuduga. Kami seringkali dimaklumkan ramai juga calon di tanya soalan berkenaan pekeliling ini. Contohnya, ditanya berkenaan tangga gaji Penolong Pegawai Tadbir, pasal cuti, pasal kenaikan pangkat. Tak perlu anda hafal semua. Cukup perkara asas yang perlu anda tahu sahaja.

3) Jangan fikir pasal nak menjawab soalan temuduga saja.

Anda akan dinilai dari segi akhlak, keyakinan, adab, air muka dan sebagainya. Untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir ini, anda perlu kelihatan sentiasa ramah sentiasa senyum.

Tugas Penolong Pegawai Tadbir nanti akan membuatkan anda berjumpa dengan ramai orang. Jadi, kenalah sentiasa ramah, senyum semasa temuduga supaya si panel penemuduga akan berkata “Dia ni peramah, dia ni suka senyum. Memang sesuai dengan jawatan ini”.

CONTOH SOALAN TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

1. Ceritakan tentang diri anda? Latar pendidikan, pengalaman praktikal, matlamat hidup.

Saya merupakan graduan Universiti XXX dan merupakan alumni XXX. Sebelum menjejak kan kaki ke menara gading lagi saya telah banyak bekerja sambilan untuk menampung keluarga. Semasa menuntut di universiti, saya telah terlibat dengan banyak program di dalam dan luar Malaysia. Saya sangat bersememangat dan teruja dengan aktiviti kampus. Disamping dapat kenalan, saya juga perolehi pelbagai input berguna untuk manfaat bersama. Oleh itu saya mencari-cari peluang untuk mendekatkan diri saya dengan XXX.

2. Pelan jangka pendek dalam 5 tahun akan datang?

Saya ingin mengukuhkan kerjaya saya bersama institusi yang mengkhusus kepada pembangunan XXX. Bak kata lain, saya berharap dapat berkhidmat untuk XXX supaya saya boleh bekerja keras dari bawah dan mengambil peluang2 yang ada sejajar dgn taraf XXX.

3. Kelemahan kamu?

Kelemahan yg jelas adalah kebolehan untuk berkomunikasi dengan lancar disebabkan kekurang kemahiran dan faktor gugup. Saya berusaha sebaik mungkin untuk mengatasi kelemahan ini dan berkhidmat untuk XXX mampu membantu saya.

4. Apa pendapat orang lain terhadap diri anda?

Kelihatan matang dan serius, kadangkala menjadi-juga perangai. (Hehe) … Antara maklum balas yg saya terima adalah saya boleh bekerja sama dgn baik, sangat menghargai ahli kumpulan dan mampu memberi idea penambahbaikan yang baru.

5. Apa kelebihan kamu berbanding orang lain?

Saya merupakan calon yang paling sesuai untuk kerja ini. Saya tahu bahawa calon diluar sana juga sesuai untuk berkhidmat di sini, namun minat saya untuk maju dan berjaya melainkan saya daripada mereka. Saya amat komited dalam mendapatkan hasil yang bagus. Contoh nya, i. Dapat status 5S dari MPC – dalam masa sebulan sahaja bersama kumpulan. ii. Sales – 3k iii. Misi Kemanusian di Indonesia.

6. Kalau diberi peluang untuk pilih kerja nak dekat mana?

Secara ikhlasnya, saya mahukan jawatan ini dan tidak akan memohon jawatan lain selain daripada XXX. Saya merupakan calon yang sesuai kerana : i. Alumni XXX ii. Produk XXX iii. Berpengalaman dalam banyak aktiviti kampus

7. Ada mohon kerja mana-mana tak?

Saya ada juga memohon untuk mendapatkan latihan seperti di Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) dan Graduate Emploability Management Scheme (GEMS). Selain itu saya juga dipanggil temuduga untuk Jawatan Pegawai Perhubungan Keluarga di Saidina Solutions, namun saya tolak.

8. Tak kisah gaji kecil?

Saya berharap dapat meningkatkan taraf hidup saya, namun saya lebih fokus kepada kerjaya daripada nilai gaji itu sendiri.

9. Cara kerja anda?

Saya fokus keoada setiap kerja dan berterusan akan memastikan setiap kerja dapat disiapkan dalam masa yang singkat.

10. Berapa jam anda bekerja?

Saya bekerja selama mana yang diperlukan untuk menyempurnakan tugasan.

11. Contoh kerja berpasukan?

Semasa menyiapkan tesis, Dr. Naila telah memperkenalkan Peer Assisted learning. Kerja cepat siap berbanding kumpulan lain dan lebih mudah.

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.    

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image