Percuma Telefon Pintar Dengan 120GB Data Percuma Untuk Pelajar Sekolah B40 Kawasan Anda

4,115

Belajar Dari Rumah

Pendidikan kepada semua pelajar yang tidak dapat ke sekolah kerana PKP tetap di ambil berat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak KPM menitikberatkan hal pelajaran sehingga menyiarkan semula TV Pendidikan melalui siaran TV Okey dan Astro supaya pelajar sekolah rendah dan menengah dapat mengulangkaji pelajaran mengikut matapelajaran.

Terdapat inisiatif terkini daripada pihak YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia .

Mereka akan membekalkan 40GB data Internet dan akses sumber pembelajaran percuma kepada semua murid sekolah kerajaan.

Melalui inisiatif ini, semua murid sekolah rendah dan menengah boleh mengakses:

  • Bahan pembelajaran percuma yang selaras dengan kurikulum sekolah kebangsaan Malaysia untuk membolehkan murid mengikuti sukatan pelajaran sekolah di rumah.
  • Kuiz Revisi percuma dengan memuat turun aplikasi mudah alih FrogPlay.
  • 40GB Data percuma untuk murid belajar dari rumah.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Inisiatif Belajar Dari Rumah – Telefon Pintar Percuma Dengan Data?

  • Sebagai salah satu inisiatif Belajar Dari Rumah , YTL Foundation bekerjasama dengan Yes dan FrogAsia dalam penyediaan data dan bahan pembelajaran yang selaras dengan sukatan pembelajaran Malaysia supaya para pelajar di sekolah kerajaan dapat meneruskan pembelajaran dari rumah sewaktu musim PKP.
  • Inisiatif Belajar Dari Rumah – Telefon pintar percuma dengan data adalah merupakan peringkat kedua kepada inisiatif Belajar Dari Rumah, khas untuk menyokong para pelajar dari golongan B40 yang tidak mempunyai akses kepada alat peranti supaya dapat terus belajar dari rumah.
  • Pihak YTL akan memberikan telefon pintar percuma kepada keluarga yang layak dikalangan komuniti B40 yang tidak mempunyai sebarang alat peranti atau telefon pintar. Setiap telefon pintar akan dilengkapi dengan data 120GB (10GB/sebulan selama 12 bulan).

Siapakah Yang Layak Untuk Menerima Manfaat Daripada Program / Inisiatif Ini?

Hanya guru yang boleh mencalonkan para pelajar yang berhak untuk menerima telefon pintar percuma dengan data di www.ytlfoundation.org/learn.

Sekiranya pencalonan tersebut berjaya, Ibubapa pelajar akan dimaklumkan. Kemudian ibubapa dikehendaki untuk mengemukakan pendaftaran bagi mendapatkan telefon pintar percuma dengan data 120GB (10GB/sebulan selama 12 bulan).

Kriteria:

  • Guru yang mencalonkan pelajar masih berkhidmat di sekolah rendah atau menengah kerajaan.
  • Pelajar yang dicalonkan adalah merupakan pelajar sekolah di mana guru tersebut berkhidmat.
  • Pelajar yang dicalonkan adalah daripada golongan keluarga B40

Apakah Langkah Seterusnya Selepas Pencalonan?

Sekiranya pencalonan berjaya, notifikasi menerusi e-mel akan dihantar kepada guru dan ibubapa pelajar berserta langkah seterusnya.

Ibubapa dikehendaki mengikuti proses pendaftaran serta mengemukakan maklumat terperinci, termasuk memuat naik:

  • Satu salinan MyKad/MyKid pelajar
  • Satu salinan MyKad ibubapa
  • Surat Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40.

Maklumat di atas diperlukan untuk mengesahkan kelayakan penerima dan tiada sebarang unsur penipuan.Maklumat peribadi yang diterima tidak akan digunakan untuk tujuan lain selain daripada proses pengesahan inisiatif ini. Semua maklumat yang diterima akan dianggap sulit.

Berapa Lamakah Waktu Menunggu Untuk Menerima Telefon Bimbit Tersebut?

Sebaik sahaja maklumat yang diberikan oleh Ibubapa semasa proses pendaftaran dapat disahkan, ibubapa akan menerima notifikasi menerusi e-mel berkenaan penghantaran telefon. Pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan lengkap agar proses pendaftaran berjalan lancar.

Bolehkah Telefon Ini Digunakan Untuk Membuat Panggilan Dan Menghantar SMS?

Telefon pintar percuma ini dilengkapi dengan:

  • Data 120GB (10GB data sebulan bagi tempoh 12 bulan).
  • Panggilan suara selama 60 minit ke nombor rangkaian lain, selain YES sebulan bagi tempoh 12 bulan.
  • Panggilan suara dan sms tanpa had ke talian nombor YES .

Sekiranya memerlukan lebih data dan panggilan suara, tambah nilai boleh dilakukan di aplikasi MyYes4G.

Perlukah telefon pintar ini dipulangkan?

Tidak. Sebaik sahaja menerimanya, telefon pintar ini akan menjadi hak milik anda.

Semoga ibubapa dan guru mendapat manfaat dengan inisiatif yang diusahakan oleh pihak YTL Foundation, YES dan FroqAsia ini dan pelajar mendapat manfaat dengan mengulangkaji pelajaran dirumah masing-masing.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image