Info Kerjaya Malaysia

Tawaran Pelantikan Peserta Agropreneur Muda Di Tapak Projek Bahagian Pembangunan Teknologi Nanas. Mohon Segera

1,284

Agropreneur Muda Di Tapak Projek Bahagian Pembangunan Teknologi Nanas

Individu yang berminat untuk membangunkan Projek Tanaman Nanas Premium Agropreneur Muda di Bahagian Pembangunan Teknologi Nanas, Alor Bukit, Pontian, Johor boleh membuat permohonan mulai hari ini dan dapatkan cara untuk membuat permohonan disini.

Projek ini akan dijalankan dengan keluasan sebanyak 5 ekar di :

  • Ladang Bahagian Pembangunan
    Teknologi Nanas, Alor Bukit,
    Pontian, Johor

Tawaran Pelantikan Peserta Agropreneur Muda Di Tapak Projek Bahagian Pembangunan Teknologi Nanas. Mohon Segera

Tarikh Tawaran & Tarikh Tutup Permohonan

  • Tarikh tawaran : 10 Ogos 2020
  • Tarikh Tutup : 23 Ogos 2020

Syarat Permohonan

Bagi anda yang berminat untuk menyertai program ini, semak dahulu syarat permohonan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia dan individu yang berumur 18 hingga 40 tahun.
  • Berpengetahuan dan/atau berpengalaman dalam industri nanas serta berminat dalam bidang pertanian.
  • Mempunyai kemampuan kewangan yang kukuh.
  • Belum pernah menerima bantuan daripada Geran Agroprenenur Muda (GAM).
  • Keutamaan kepada calon sekitar Daerah Pontian.
  • Bersetuju dengan syarat perjanjian dan bersedia memberikan kerjasama yang baik dengan pihak LPNM dalam tempoh perjanjian.

Tawaran Pelantikan Peserta Agropreneur Muda Di Tapak Projek Bahagian Pembangunan Teknologi Nanas. Mohon Segera

Cara Permohonan Agropreneur Muda Di Tapak Projek Bahagian Pembangunan Teknologi Nanas

Anda boleh mendapatkan borang permohonan ini secara percuma dan boleh dimuat turun disini atau melalui lawan web www.mpib.gov.my mulai 10 Ogos 2020 atau diperolehi di pejabat seperti alamat berikut :

i) Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,
Bahagian Pengembangan dan Pembangunan Tanaman (BPPT),
Wisma NANAS, No. 5, Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru, Johor.
Telefon : 07-236 1211/012
Faks : 07-236 5694/451

ii) Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,
Bahagian Pembangunan Teknologi Nanas (BPTN)
Stesen Nanas Alor Bukit, 81500 Pekan Nanas, Pontian, Johor.

Download Borang Permohonan

DOWNLOAD SEKARANG

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia di saluran berikut :

  • Telefon : 07-236 1211 / 07-236 1012
  • Faks : 07-236 5694 / 07-236 5451
  • Emel : [email protected]

close-image