Info Kerjaya Malaysia

Faedah Bulanan PERKESO Untuk Pekerja. Rujuk Tarikh Bayaran Disini

2,480

Faedah Bulanan PERKESO

Pihak PERKESO telah mengumumkan jadual untuk pembayaran faedah bulanan PERKESO bagi tahun 2020 untuk rujukan para pencarum dan anda boleh rujuk jadual pembayaran tersebut di sini.

Teruskan membaca perkongsian ini untuk tahu lebih lanjut mengenai PERKESO serta faedah yang ditawarkan.

Faedah PERKESO

Terdapat dua jenis faedah yang ditawarkan iaitu faedah berbentuk kewangan dan faedah bantuan pencarian pekerjaan oleh Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

Faedah Berbentuk Kewangan

1. Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

  • Elaun kewangan bagi mereka yang kehilangan sumber pendapatan tunggal
    Pemohon yang berjaya akan dibayar elaun bulanan minimum 3 bulan dan maksimum 6 bulan mengikut kadar dalam Jadual 1 dan berdasarkan Gaji Bulanan Anggapan dalam Jadual 2.
  • Tempoh bayaran akan ditetapkan oleh Syarat Kelayakan Caruman (CQC) pemohon. Jadual kelayakan CQC boleh didapati di Jadual 3.
    Pemohon mesti membuktikan mereka aktif mencari pekerjaan bagi melayakkan mereka menerima elaun yang seterusnya.

2. Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)

  • Elaun kewangan bagi mereka yang mempunyai beberapa pekerjaan dan telah kehilangan sekurang-kurangnya satu, tetapi tidak semua pekerjaan.
  • Kadar dan tempoh bayaran adalah sama dengan EMP.
  • Dibayar secara pukal.

3. Fi/Yuran Latihan (FL)

  • Kemudahan latihan vokasional.
  • Perbelanjaan latihan akan dibayar terus kepada syarikat yang menyediakan latihan (service provider) bagi pemohon yang terpilih.
  • Pemohon yang berjaya boleh menerima sehingga 6 bulan latihan dengan kos maksimum RM 4000.

4. Elaun Latihan (EL)

  • Satu insentif kewangan yang dibayar kepada peserta latihan bagi menggalakkan mereka menghadiri semua sesi latihan.
  • Dibayar secara bulanan dengan kadar RM10 (min) – RM20 (max) / hari (maksimum 6 bulan), bergantung kepada Gaji Anggapan Bulanan.
  • Peserta mesti membuktikan mereka menghadiri semua sesi latihan untuk melayakkan mereka menerima EL.

5. Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)

  • Insentif kewangan yang dibayar kepada penerima faedah EMP yang berjaya kembali bekerja awal.
  • Sebanyak 25% daripada baki EMP.
  • Dibayar secara pukal.

Faedah Bantuan Pencarian Pekerjaan

1. Program Penempatan Pekerjaan

  • Menerusi kaedah sokongan secara individu oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO kepada Orang Berinsurans yang berdaftar dengan Program Penempatan Pekerjaan Semula

2. Kaunseling Kerjaya

  • Satu perkhidmatan kaunseling yang disediakan oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO bagi mengenal pasti jurang kemahiran dan masalah yang dihadapi oleh Orang Berinsurans dalam membantu membuat pilihan dan hala tuju kerjaya.

Jadual Pembayaran

Berikut adalah tarikh pembayaran faedah bulanan PERKESO bagi tahun 2020.

Faedah Bulanan PERKESO Untuk Pekerja. Rujuk Tarikh Bayaran Disini

Faedah Bulanan PERKESO Untuk Pekerja. Rujuk Tarikh Bayaran Disini

Kaedah Pembayaran

PERKESO akan kreditkan semua bayaran kepada institusi perbankan dan tertakluk kepada pengkreditan oleh bank-bank berkaitan kepada akaun orang berinsurans dan tanggungannya.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pembayaran faedah bulanan serta perkara yang berkaitan, anda boleh hubungi pihak PERKESO melalui saluran berikut :

Soalan Lazim

1. Apakah had umur pekerja untuk mencarum?

Semua pekerja yang layak perlu didaftar tanpa mengira berapakah umur mereka. Untuk pekerja yang berumur 60 tahun ke bawah, majikan perlu membayar caruman jenis pertama dan apabila berumur mencapai umur 60 tahun genap, majikan hanya perlu membayar caruman jenis kedua sahaja. Pekerja yang berumur lebih 55 tahun semasa pertama kali masuk kerja di perusahaan yang layak di bawah Akta dan belum pernah mencarum, perlu membayar caruman jenis kedua.

2. Apakah tindakan boleh dikenakan terhadap majikan yang gagal mendaftar atau gagal mencarum?

Bagi majikan yang gagal mendaftar, tindakan kompaun boleh dikenakan. Jika gagal jelaskan kompaun, tindakan Pendakwaan boleh diambil. Manakala majikan yang gagal mencarum, boleh terus diambil tindakan pendakwaan.

3. Bagaimanakah menentukan kadar caruman?

Kadar caruman pekerja adalah berdasarkan kepada gaji pekerja iaitu termasuk upah, kerja lebih masa, komisen dan caj perkhidmatan, bayaran cuti tahun, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am, elaun insentif, sara hidup dan sebagainya. Semua pembayaran sama ada mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja adalah dianggap gaji. Kadar caruman bulanan bagi syer majikan dan syer pekerja adalah seperti ditunjukkan pada Jadual Caruman berdasarkan 34 kategori

4. Bagaimanakah melaporkan kemalangan dan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan?

Majikan hendaklah melaporkan kepada PERKESO dengan mengisi Laporan Kemalangan (Borang 34) dan kemukakan bersama kad perakam waktu atau rekod kedatangan, sijil cuti sakit dan salinan kad pengenalan kepada Pejabat PERKESO berkenaan untuk kemalangan semasa di tempat kerja. Jikalau kemalangan berlaku semasa ke tempat kerja atau balik kerja, perlu disertakan laporan polis dan peta lakar yang menunjukkan arah perjalanan yang dilalui pekerja semasa kemalangan.

5. Apakah nombor ahli PERKESO saya?

Nombor ahli PERKESO anda adalah nombor kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

6. Apakah syarat-syarat seorang pekerja layak diliputi di bawah Sistem Insurans Pekerjaan?

Pekerja yang layak diliputi di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta SIP) adalah seperti berikut: i) Semua pekerja yang bertaraf warganegara Malaysia dan pemastautin tetap. ii) Berumur 18-60 tahun* iii) Bekerja dengan sektor swasta** iv) Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service) *Dengan satu pengecualian yang penting: Pekerja berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelum mencapai umur tersebut TIDAK diliputi Akta SIP dan TIDAK perlu mencarum. ** Pekerja badan berkanun, kuasa tempatan, perkhidmatan awam dan negeri, pekhidmat domestik dan bekerja sendiri TIDAK diliputi Akta SIP.

7. Saya telah kehilangan pekerjaan. Adakah saya layak untuk memohon tuntutan faedah SIP?

Semua permohonan tuntutan faedah SIP perlu memenuhi syarat-syarat berikut; i. Membuat permohonan tuntutan faedah dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan pekerjaan (loss of employment). ii. Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman iaitu caruman pekerja telah dicarum mengikut jadual caruman SIP dan mempunyai bilangan bulan minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.

8. Apakah kategori kehilangan pekerjaan yang boleh dibuat tuntutan?

Kategori kehilangan pekerjaan yang boleh dibuat tuntutan adalah seperti berikut : i. Pembuangan kerja / pertindihan ii. VSS/MSS (Skim pemisahan sukarela dengan persetujuan bersama) iii. Penutupan tempat kerja kerana bencana alam iv. Bankrap atau penutupan tempat kerja v. Pembuangan kerja konstruktif vi. Perletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja vii. Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan

close-image