Info Kerjaya Malaysia

Calon Temuduga Ini Kongsikan Cara Beliau Tackle Soalan “Kenapa Anda Memohon Jawatan Ini?”

2,181

Bagaimana Menjawab Soalan Temuduga “Kenapa Anda Memohon Jawatan Ini?”

Soalan “Kenapa Anda Memohon Jawatan Ini?” adalah antara soalan popular dalam temuduga, terutamanya dalam sesi temuduga jawatan kerajaan.

Selalunya soalan ini ditanya selepas anda disoal dengan “Soalan Sila Perkenalkan Diri Anda?“. Selain dari soalan itu, anda juga boleh baca contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29 dengan jawapan ini.

Soalan ini bertujuan menilai motivasi, kesesuaian, dan pemahaman calon terhadap jawatan yang dimohon. Untuk memberikan jawapan yang baik memerlukan pemahaman calon tentang tanggungjawab jawatan, serta bagaimana pengalaman dan aspirasi anda selari dengan peranan tersebut.

Artikel ini adalah hasil daripada perkongsian calon temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29 yang berjaya dalam temuduga mereka. Mereka berkongsi pengalaman dan strategi yang telah membantu mereka dalam memberikan jawapan yang baik untuk soalan ini.

Kerangka Menjawab Soalan Temuduga

  1. Mulakan dengan Memahami Peranan Penolong Pegawai Tadbir N29:
    • Penolong Pegawai Tadbir N29 bertanggungjawab dalam pengurusan pentadbiran, penyelarasan aktiviti jabatan, penyediaan laporan, dan membantu dalam pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Peranan ini memerlukan kemahiran dalam pengurusan, komunikasi, dan penyelesaian masalah.
    • Kenali fungsi dan tugas Penolong Pegawai Tadbir N29 dapat membantu anda menjawab apa jua jenis soalan dan kaitkan semula dengan tugas jawatan nanti.
  2. Kaitkan Pengalaman dan Kelayakan Anda:
    • Tunjukkan bagaimana latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja anda relevan dengan tugas-tugas Penolong Pegawai Tadbir N29.
  3. Tunjukkan Minat dan Aspirasi:
    • Nyatakan minat anda dalam bidang pentadbiran dan bagaimana anda melihat diri anda berkembang dalam perkhidmatan awam.
  4. Nyatakan Sumbangan Potensi Anda:
    • Jelaskan bagaimana anda boleh menyumbang kepada jabatan atau agensi tersebut dengan kemahiran dan pengetahuan yang anda miliki.

Baca juga Kenapa Anda Tidak Dipanggil Temuduga Kerajaan?

Contoh Jawapan Soalan “Kenapa Anda Memohon Jawatan Ini?”

“Saya memohon jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 kerana saya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. Saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dari Universiti Malaya, dan saya yakin kelayakan akademik saya memberikan saya asas yang kukuh dalam memahami dasar-dasar kerajaan serta prosedur pentadbiran yang berkesan.

Sepanjang pengalaman kerja saya sebagai Pembantu Tadbir di sebuah syarikat swasta, saya telah mengendalikan pelbagai tugas seperti penyediaan laporan, pengurusan mesyuarat, dan penyelarasan aktiviti jabatan. Saya juga berpeluang terlibat dalam beberapa projek pengurusan yang memperkukuhkan kemahiran organisasi dan penyelesaian masalah saya.

Saya sangat tertarik dengan jawatan ini kerana ia memberi peluang untuk saya menyumbang kepada perkhidmatan awam, yang saya percaya adalah landasan penting dalam membangunkan negara. Saya berhasrat untuk membawa kemahiran dan pengalaman saya untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran di jabatan ini. Saya juga melihat jawatan ini sebagai peluang untuk berkembang secara profesional dalam perkhidmatan awam, di mana saya boleh terus belajar dan meningkatkan kemahiran saya.

Sebagai contoh, dalam tugas terakhir saya, saya berjaya memperkenalkan sistem pengurusan dokumen digital yang telah meningkatkan kecekapan operasi jabatan sebanyak 20%. Saya berharap untuk menerapkan pendekatan inovatif yang sama di jabatan ini untuk membantu mencapai matlamatnya.”

Artikel ini dihasilkan berdasarkan perkongsian dari calon temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29 yang telah berjaya, diharap artikel ini dapat memberikan panduan praktikal dan nyata untuk membantu calon-calon lain dalam menghadapi temuduga dengan lebih yakin dan berjaya

close-image