Info Kerjaya Malaysia

Syarat Layak Terima Bantuan ERP RM600 PERKESO. Sila Semak Sini

41,094

Peruntukan RM120 juta disediakan menerusi Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) bagi membantu majikan dan pekerja yang terkesan dengan penularan COVID-19.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menjelaskan bantuan kewangan sementara dengan kadar rata sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan itu akan diberikan kepada pekerja dan majikan yang memenuhi syarat kelayakan.

Permohonan juga akan di buka bermula 20 Mac 2020 nanti.

Syarat Layak Terima Bantuan RM600 Kewangan Kerajaan

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM600 (ERP)

Antara syarat kelayakan ialah:

  1. Pekerja diberi notis cuti sementara tanpa gaji oleh majikan berkuat kuasa mulai 1 Mac 2020.
  2. Pekerja sektor swasta pula berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO.
  3. Bantuan hanya terhad kepada pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.

Bagi mendapatkan bantuan kewangan RM600 ini majikan perlulah membuat permohonan bagi pihak pekerja dan majikan hendaklah menyalurkan RM600 terus kepada akaun pekerja.

Untuk makluman, ERP bertujuan membantu majikan yang terjejas akibat COVID-19 sehingga terpaksa mengambil langkah mengurangkan kos operasi dengan pendekatan mengeluarkan notis cuti tanpa gaji kepada pekerja mereka.

MAKLUMAT PENTING BERKAITAN PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN

Di bawah merupakan pautan utama yang majikan dan pekerja boleh rujuk mengenai tatacara permohonan Bantuan Kewangan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) Untuk Pekerja Yang Terpaksa Mengambil Cuti Tanpa Gaji ini. Maklumat lengkap boleh didapati di laman PERKESO.

1) pdfKENYATAAN MEDIA PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP) UNTUK PEKERJA TERIMA NOTIS CUTI TANPA GAJI
2) pdfPEKELILING MAJIKAN BIL.2 TAHUN 2020
3) xlsxBORANG – PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2020 – PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP)
4) pdfBORANG – ERPC-19
5) pdfSOALAN LAZIM PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN – EMPLOYMENT RETENTION PROGRAM (ERP)

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan, 1-300-22-8000 atau kemukakan pertanyaan anda menerusi email ke [email protected] ATAU salurkan aduan/pertanyaan melalui facebook.com/perkeso.official

close-image