Info Kerjaya Malaysia

Contoh Surat Berhenti Kerja Serta Merta, 24 Jam dan Sebulan Dalam BM/BI

22,770

Nak Berhenti Kerja

Bukanlah perkara yang mudah untuk anda berhenti kerja dan pastinya keputusan yang diambil adalah keputusan yang muktamad bagi anda.

Pastikan anda berhenti kerja secara profesional iaitu datang bekerja dengan cara yang baik dan berhenti kerja juga dengan cara yang baik juga.

Tulis dengan ringkas serta gunakan alasan yang baik dan munasabah ketika menulis surat berhenti kerja anda. Walaupun anda berhenti kerja, pastikan anda membina hubungan yang baik dengan bekas rakan sekerja dan bekas majikan anda.

Melalui perkongsian ini, anda boleh guna dan edit contoh surat berhenti kerja mengikut kategori berikut :

  • Contoh surat berhenti kerja serta merta (BM / BI)
  • Contoh surat berhenti kerja 24 jam (BM / BI)
  • Contoh surat berhenti kerja 1 bulan (BM / BI)

Contoh Surat Berhenti Kerja Serta Merta (Bahasa Malaysia)

Jika anda ingin berhenti kerja serta merta dengan alasan yang kukuh, seeloknya sertakan bukti agar Pegawai Sumber Manusia menerima keputusan anda dengan berlapang dada.


Chee Wee Sang
……………………….

………………………

(Alamat)

Pengurus,

Boombastic Sdn Bhd

……………………………….

………………………………

(Alamat Syarikat)

28 Januari 2022

Tuan / Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA SERTA MERTA DI BOOMBASTIC SDN BHD

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya Chee Wee Sang yang bertugas sebagai Juruteknik Teknikal ingin memaklumkan kepada pihak Tuan / Puan tentang perletakan jawatan saya berkuatkuasa serta-merta pada hari ini 28 Januari 2022.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan / puan, saya mengambil keputusan ini adalah kerana saya perlu menjaga bapa saya yang sakit lumpuh dan memerlukan perhatian serta penjagaan yang khusus.

3. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat Boombastic Sdn Bhd dan rakan sekerja kerana sudi memberi peluang saya bekerja disini dengan selesa dan cemerlang.

4. Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak tuan / puan sepanjang saya berkhidmat di sini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………
( Chee Wee Sang )

No Pekerja : 8790


Contoh Surat Berhenti Kerja Serta Merta (Bahasa Inggeris)

 

Cecilia Alfred

…………………..

…………………..

(Employee address)

Manager,

Creative Nature Sdn Bhd

……………………

……………………

(Employer address)

23 December 2022

Dear Sir / Madam,

IMMEDIATLY RESIGNATION

Please accept this letter as my formal resignation from Creative Nature Sdn Bhd as Human Resource Manager.

2. While my contract requires me to work until 31 December 2022, I would be obliged if I could cease work immediately. I will assume this is satisfactory unless otherwise noted.

3. Please let me know if I can be of assistance during the transition.

4. Once again, I would like to thank you for the opportunities that you and Creative Nature Sdn Bhd has given me.

Thank you.

Sincerely,

………………

( Cecilia Alfred )

Employee Number : 98765


Contoh Surat Berhenti Kerja 24 Jam (Bahasa Malaysia)

Terdapat pelbagai alasan mengapa sesorang itu berhenti kerja 24 jam. Mungkin mendapat pekerjaan yang baru atau menyambung pengajian.

Ini adalah contoh dan format surat berhenti kerja 24 jam setelah mendapat pekerjaan baru.


Nur Hawa Binti Abdul

……………………………………

……………………………………

(Alamat anda)

Pics Venture Sdn Bhd,

……………………………………..

……………………………………..

(Alamat syarikat)

16 Ogos 2020

Tuan / Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA 24 JAM DI PICS VENTURE SDN BHD

Berhubung perkara di atas, saya Nur Hawa Binti Abdul yang bertugas sebagai Kerani Logistik  ingin memaklumkan kepada pihak Tuan / Puan tentang perletakan jawatan saya berkuatkuasa 17 Ogos 2020.

2. Untuk makluman pihak Tuan / Puan, perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru.

3. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pics Venture Sdn Bhd kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika untuk melaksanakan setiap tugasan di syarikat ini.

4. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

……………………………………….

( Nur Hawa Binti Abdul )


Contoh Surat Berhenti Kerja 24 Jam (Bahasa Inggeris)

Ilyas Bin Ahmad

……………………………………..

……………………………………..

(Employee address)

Manager,

……………………………………..

……………………………………..

(Employer address)

20 September 2021

Dear Sir / Madam,

24 HOURS LETTER OF RESIGNATION

Please accept this as formal notice of my resignation, effective tomorrow dated 21 September 2021.

I am very honored to be working for Need Job Sdn Bhd as Junior Accountant. Honestly, it has been a wonderful experience.

2. As indicated, I have been exploring several employment possibilities and received an offer from another company with a new position. After thoughtful consideration, I have decided to accept it.

3. This decision has not been easy. But I have decided that it will be in the best interest for my career advancement and future development.

4. Once again, I would like to thank you for the countless opportunities that you and Need Job Sdn Bhd has given me.

Thank you.

Sincerely,

……………………………

( Ilyas Bin Ahmad )

Employee Number :124789


 

Contoh Surat Berhenti Kerja 1 Bulan (Bahasa Malaysia)

Sekiranya perjanjian sewaktu anda masuk bekerja menetapkan syarat bahawa notis satu bulan untuk berhenti kerja, anda perlu mengikut syarat tersebut.

Ini adalah kerana supaya anda tidak dikenakan sebarang tindakan oleh pihak syarikat kerana pelanggaran terma dan syarat.


Mohan Tillaisamy
……………………….

………………………

(Alamat)

Pengurus,

Last Time Sdn Bhd

……………………….

………………………

(Alamat Syarikat)

12 Mei 2021

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA SEBULAN DI LAST TIME SDN BHD

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya Mohan Tillaisamy yang bertugas sebagai Pereka Grafik ingin memaklumkan kepada pihak tuan / puan tentang perletakan jawatan saya berkuatkuasa 11 Jun 2021.

2. Untuk makluman pihak tuan / puan perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru.

3. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Last Time Sdn Bhd kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan Last Time Sdn Bhd

4. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan / puan dapat memberi kerjasama dan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………
Mohan Tillaisamy


Contoh Surat Berhenti Kerja 1 Bulan (Bahasa Inggeris)

Anna Adore
………………………

………………………

(Employee address)

Manager,

River Side Sdn Bhd

………………………………

……………………………….

(Employer address)

2 September 2022

Dear Sir / Madam,

I am writing to provide you with my formal notice of resignation from River Side Sdn Bhd. My last day will be 2 October 2022, one month  from today.

2. This was not an easy decision to make, and I appreciate your support over the course of my employment at River Side Sdn Bhd.  I truly value the experience, training, and knowledge I gained over the past 3 years. It has been a pleasure working with you and the team.

3. Please let me know how I can help during this transition. I wish you all the best as the company continues to grow.

Sincerely,

……………………

(Anna Adore)

Contoh Surat Berhenti Kerja Serta Merta, 24 Jam dan Sebulan Dalam BMBI

Diharap dengan perkongsian ini memudahkan anda untuk membuat surat berhenti kerja dengan formal dan menggunakan format yang betul.

Anda juga boleh download contoh surat berhenti kerja melalui pautan berikut :

close-image