Info Kerjaya Malaysia

Contoh Soalan SPIER Penguasa Imigresen KP41 (Psikometrik/Personaliti)

60,842
Berikut merupakan Contoh Soalan SPIER Penguasa Imigresen KP41 Di Bawah KDN Yang Boleh Calon Penguasa Imigresen Jadikan Panduan Awal. Set Soalan Di Bawah Hanyalah Contoh Sahaja.

APA ITU UJIAN SPIER PENGUASA IMIGRESEN

Pengambilan anggota keselamatan beruniform baharu berdasarkan kompetensi psikologi merupakan satu inisiatif dalam mengenal pasti calon-calon yang bermasalah. Justeru, satu set instrumen yang dinamakan sebagai SPIER telah dibangunkan bagi tujuan penyaringan pengambilan anggota keselamatan baharu.

Baca juga: Contoh Soalan SPiER Penolong Penguasa Imigresen

Kementerian Dalam Negeri (KDN) merupakan sebuah kementerian di bawah Kerajaan Malaysia dengan visi “Peneraju Keselamatan dan Keamanan Dalam Negeri”. Misi utama KDN adalah untuk memastikan keselamatan dan keamanan dalam negara terjamin dan kesejahteraan rakyat juga terpelihara dengan moto “Keselamatan Tanggungjawab Bersama” (Pelan Strategik Kementerian Dalam Negeri 2015-2020).

KDN juga telah menggariskan enam teras utama iaitu integriti, kualiti, inovasi, profesionalisme dan Espirit de Corps. Sebagai salah satu kementerian yang utama dalam menjaga keselamatan dan keamanan dalam negeri, KDN sentiasa berusaha dalam membangunkan pelbagai kaedah dan pendekatan agar kualiti perkhidmatan para pegawai dan anggota di bawah KDN mahupun agensi di bawah KDN sentiasa terjamin termasuklah dari aspek perekrutan dan pengambilan kakitangan bagi jabatan di bawah KDN seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Penjara Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim.

KDN telah mencadangkan agar satu set ujian psikometrik diwujudkan untuk proses pengambilan dan penempatan pegawai baharu bagi semua agensi penguatkuasaan di bawah KDN.

Kewujudan ujian psikometrik diharapkan dapat dijadikan sebagai saringan pertama
sebelum para calon layak ke fasa temu duga dan ujian fizikal. Ujian ini bukan sahaja dapat membantu pihak KDN untuk memilih calon yang berkelayakan malah mengelak daripada wujudnya bias dan diskriminasi.

Tambahan pula, pengambilan dan penempatan calon juga dapat dibuat mengikut kualiti yang diutamakan oleh setiap agensi KDN menerusi ujian psikometrik yang spesifik.

Justeru, Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPIER); set bateri psikometrik yang mengandungi beberapa alat ujian psikometrik dibangunkan bagi tujuan saringan awal calon baru bagi agensi Polis DiRaja Malaysia di bawah KDN tanpa melibatkan kos pentadbiran tinggi.

Bagi memastikan perkara ini berjaya ditangani, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KDN perlu membangunkan Bateri Psikometrik SPIER sebagai alternatif kepada MIT dan mempunyai lebih banyak dimensi pengukuran yang menjamin kualiti calon yang direkrut

Pembangunan SPIER telah diiktiraf sebagai satu mekanisma yang efektif dalam
menjimatkan perbelanjaan yang akhirnya menjadikan Bateri psikometrik SPIER sebagai satu kriteria yang wajib bagi calon yang ingin menyertai agensi di bawah KDN, di samping ujian temu duga dan ujian fizikal yang dikenakan terhadap calon tersebut.

Sebagai usaha dalam memilih calon yang sesuai dan berkelayakan untuk setiap agensi yang mempunyai visi dan misi yang berbeza, SPIER dibangunkan secara spesifik mengikut keperluan setiap agensi atau jabatan di bawah KDN.

Dalam erti kata lain, setiap agensi dan jabatan penguatkuasaan di bawah KDN akan mempunyai SPIER yang khas sebagai ujian saringan. Bateri psikometrik SPIER ini juga diharapkan dapat membantu pihak pengurusan sumber manusia KDN bagi mengenalpasti kriteria individu yang dikehendaki sebelum diserap masuk ke dalam agensi atau jabatan di KDN.

CONTOH SOALAN SPIER PENGUASA IMIGRESEN KP41

1) Jika penyelia saya berat sebelah, saya tidak berasa sakit hati
A) Amat tidak setuju
B) Tidak bersetuju
C) Setuju
D) Amat setuju
2) Saya amat susah untuk merasa bimbang
A) Amat tidak setuju
B) Tidak bersetuju
C) Setuju
D) Amat setuju
3) Saya selalu mematuhi undang-undang
A) Amat tidak setuju
B) Tidak bersetuju
C) Setuju
D) Amat setuju
4) Saya tidak berkawan dengan pesalah undang-undang
A) Amat tidak setuju
B) Tidak bersetuju
C) Setuju
D) Amat setuju
5) Ibu bapa saya sentiasa menyokong saya
A) Amat tidak setuju
B) Tidak bersetuju
C) Setuju
D) Amat setuju
6) Saya tidak pernah mencuri duit orang
A) Amat tidak setuju
B) Tidak bersetuju
C) Setuju
D) Amat setuju
7) Saya tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan
A) Amat tidak setuju
B) Tidak bersetuju
C) Setuju
D) Amat setuju
8) Saya sentiasa mengira pendapat daripada orang lain
A) Amat tidak setuju
B) Tidak bersetuju
C) Setuju
D) Amat setuju
9) Saya tidak memandu kenderaan jika tidak mempunyai lesen yang sah
A) Amat tidak setuju
B) Tidak bersetuju
C) Setuju
D) Amat setuju
10) Jika ada ahli keluarga yang membuat jenayah dan langgar undang-undang, saya tidak akan berdiam diri
A) Amat tidak setuju
B) Tidak bersetuju
C) Setuju
D) Amat setuju

Di atas hanya merupakan sebahagian sahaja daripada Contoh Soalan SPIER Penguasa Imigresen KP41 (Psikometrik/Personaliti) kelak.

Untuk menjawab soalan SPIER Penguasa Imigresen begini anda perlulah berfikiran positif dan rasional ke arah nilai positif. Anda hanya perlu lulus sahaja bagi membolehkan anda dipanggil untuk sesi temuduga kelak.

Ujian ini adalah salah satu cara Jabatan Imigresen Malaysia untuk melakukan saringan bagi memastikan kalangan yang benar-benar berkualiti dan berintegriti boleh diserapkan dalam pasukan uniform ini.

CONTOH SOALAN SPIER PENGUASA IMIGRESEN

Untuk mendapatkan lebih banyak Contoh Soalan SPIER Penguasa Imigresen KP41 (Psikometrik/Personaliti) anda boleh terus dapatkan rujukan SPiER Imigresen di bawah.

Klik pautan tempahan dan buat pembelian segera.

TEMPAH RUJUKAN SPIER IMIGRESEN

close-image