Info Kerjaya Malaysia

Contoh Soalan Pegawai Kawalan Trafik Udara & Penolong Pegawai Trafik Udara

1,718

Apa bakal di tanya dalam Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara & Penolong Pegawai Trafik Udara? Ada contoh soalan? Ada ker rujukan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara?

Untuk makluman anda, rujukan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara bakal dikeluarkan. Jadi, sila ambil peluang ini dengan daftar email anda dalam sistem kami. Hebahan jualan akan dilakukan terus ke email anda.

ADAKAH ANDA CALON PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA?

Sekiranya anda adalah salah seorang calon Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara & Penolong Pegawai Trafik Udara yang sedang mencari panduan, rujukan serta contoh soalan Pegawai Kawalan Trafik Udara 2020 pastikan anda ambil peluang ini dengan mendapatkan Rujukan Soalan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara & Penolong Pegawai Trafik Udara yang kami keluarkan.

Jika berminat sila daftar terlebih dahulu di bawah. Klik pautan berikut.

Contoh Soalan Pegawai Kawalan Trafik Udara & Penolong Pegawai Trafik Udara

DAFTAR SEKARANG

PEPERIKSAAN PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA

Jabatan Penerbangan Awam Malaysia menerusi portal SPA mengumumkan pengambilan bagi 2 jawatan seperti di bawah:

  1. Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41
  2. Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29

Pengambilan kali ini adalah untuk mengisi 80 kekosongan ditawarkan seperti diiklankan dalam iklan pengambilan lepas. (Rujuk iklan jawatan kosong Jabatan Penerbangan Awam Malaysia berikut)

Kepada calon layak, panggilan menduduki Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 & Penolong Pegawai Trafik Udara A29 telah mula dihebahkan. Tahniah kami ucapkan sekiranya anda salah seorang calon terlibat dalam tersebut.

BAGAIMANA JADI PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA?

Untuk menjawat jawatan ini seorang calon perlulah cukup syarat permohonan. Menduduki Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara dan lulus temuduga yang dijalankan. Ini merupakan proses biasa pengambilan kakitangan kerajaan.

Aliran mudah adalah seperti berikut;

Cukup Syarat Mohon -> Menduduki Peperiksaan –> Lulus Temuduga

APA ITU PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA?

Untuk menjawab persoalan di atas kita perlu melihat kembali kepada deskripsi dan bidang tugas seorang Pegawai Kawalan Trafik Udara.

Ringkasnya Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 merupakan jawatan Kumpulan Pengurusan Professional di bawah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.

Manakala, Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 pula merupakan jawatan Kumpulan Perlaksana yang juga berada di bawah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.

BIDANG TUGAS PENOLONG & PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA

Tugas Pegawai Pegawai Kawalan Trafik Udara secara umumnya berkait rapat dengan fungsi Jabatan Penerbangan Awam Malaysia itu sendiri.

Huraian ringkas bidang tugas Pegawai Trafik Udara dan Penolong Pegawai Trafik Udara adalah seperti di bawah;

TUGAS PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA
Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kawalan trafik ‘Area Control’ di dalam ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I) dan Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya dengan memberi panduan, arahan dan kebenaran kepada juruterbang bagi membantu mereka supaya dapat mengendalikan pesawat dengan selamat, teratur dan pantas.

TUGAS PENOLONG PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA
Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan ‘Aerodrome/Approach Control’ kepada semua juruterbang/pesawat di dalam ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I), Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya serta mengendalikan data-data operasi untuk kegunaan kawalan trafik udara.

Secara ringkas di atas merupakan bidang tugas Pegawai Kawalan Trafik Udara dan fungsi ini akan berubah mengikut gred jawatan. Kami akan kongsikan lebih banyak maklumat mengenai bidang tugas Pegawai Kawalan Trafik Udara dalam artikel berikutnya.

SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA

Terdapat 2 Seksyen utama dalam Peperiksaan online Pegawai Kawalan Trafik Udara & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara. Pecahan Seksyen Peperiksaan Pegawai Trafik Udara & Penolong Pegawai Trafik Udara adalah seperti di bawah.

Disertakan juga dengan Contoh Soalan Pegawai Kawalan Trafik Udara & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara sebagai rujukan calon.

  1. Seksyen A (Pengetahuan AM Tentang Malaysia dan Dunia)
  2. Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah Matematik)

Peperiksaan ini mempunyai 2 bahagian utama. Setiap bahagian disesuaikan dengan tahap peperiksaan Gred 41 & Gred 29 yang akan menguji daya pemikiran calon. Jadi persediaan sebaiknya anda perlu lakukan untuk menjawab dan lulus dengan cemerlang.

Berikut merupakan huraian topik Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara dan contoh soalan setiap bahagian.

Seksyen A : Pengetahuan AM

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji pengetahuan calon terhadap perkara-perkara yang berlaku di dunia amnya dan Malaysia khususnya hal-hal yang berkaitan dengan bidang air safety, teknologi maklumat dan komunikasi, serta lain-lain perkembangan semasa.

Berikut merupakan contoh soalan Seksyen A Pengetahuan AM Pegawai Kawalan Trafik Udara yang mungkin di tanya. Ianya bukan soalan ramalan.

Pastikan anda rujuk Contoh Soalan Pengetahuan AM Pegawai Kawalan Trafik Udara untuk gambaran jelas jenis soalan.

Anda boleh menjadikan set soalan di bawah untuk mendapatkan gambaran jenis soalan, topik dan tajuk yang mungkin di tanya dalam peperiksaan nanti.

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga dikenali sebagai?

A. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Petra
B. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail
C. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Azlan Shah
D. Lapangan Terbang Antarabangsa Tengku Ibrahim

Jawapan : B

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

1.. Jika 16 X 16 X 16 = 8 X 8 X P, jadi berapa nilai P = ?

A 4
B 8
C 48
D 64

2. Dalam satu pertandingan sukan, Syafeeq menyertai acara larian pecut 100 meter. Dia berjaya mengejar dan memintas peserta kedua dalam pertandingan tersebut. Syafeeq telah menduduki tempat

A. Pertama
B. Kedua
C. Ketiga
D. Keempat

Lebih banyak contoh soalan Seksyen B akan kami kongsikan dalam artikel atau rujukan yang bakal kami keluarkan nanti.

DAPATKAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENOLONG & PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA

Anda boleh mendapatkan contoh soalan Pegawai Kawalan Trafik Udara melalui pautan berikut. Jualan akan di buka dalam jangkamasa terdekat. Jadilah antara yang terawal mendapatkan panduan ini untuk persediaan peperiksaan anda.

Contoh Soalan Pegawai Kawalan Trafik Udara & Penolong Pegawai Trafik Udara

DAFTAR SEKARANG

APA YANG TERKANDUNG DALAM RUJUKAN PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA

Untuk sesi 2020, rujukan kali ini telah disesuaikan dengan format terkini peperiksaan online SPA yang terkini. Antara isi kandungan untuk membantu persiapan calon adalah seperti berikut:

  • Nota Ringkas untuk jimat masa persediaan anda
  • Contoh Soalan & Jawapan untuk melazimkan anda dengan format 2020
  • Contoh Soalan Terkini Seksyen A & B Beserta Jawapan

Untuk maklumat lanjut pastikan anda terus ke laman jualan di bawah untuk preview kandungan.

Selain itu, sebagai persediaan tambahan, pihak kami juga akan menghantar emel secara berkala kepada anda yang mengandungi maklumat lanjut berkaitan exam berkenaan.

Namun anda perlu ingat, setiap panduan, contoh soalan, tips dan sebagainya yang dihantar kepada anda hanyalah merupakan panduan. Namun dengan adanya panduan sebegini, anda boleh mempersiapkan diri anda sebaik mungkin untuk menghadapi peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara nanti.

Lakukan terus pembelian melalui pautan yang disediakan atau daftar dan tunggu hebahan dari kami terus ke email anda.

PENAFIAN

Portal KERJAYA.CO tiada kaitan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mahupun Jabatan Penerbangan Awam Malaysia. Apa yang kami sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan sahaja.

Soalan yang disediakan bukan SOALAN BOCOR jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi bersama nota-nota persediaan.

close-image