Info Kerjaya Malaysia

Contoh Soalan Juruaudit W41 & Penolong Juruaudit W29 ~ Jabatan Audit Negara Malaysia

1,691

Tahukah anda yang peperiksaan Penolong Juruaudit W41/W29 yang diadakan oleh pihak SPA Malaysia bertujuan untuk menguji kemahiran dan daya pemikiran calon mengaplikasikan maklumat melalui latihan, akademik dan pengalaman.

Antara matlamat utama peperiksaan tersebut ialah untuk “menguji” calon dari pelbagai jurusan berbeza dengan set soalan Juruaudit yang telah ditetapkan.

Jadi, untuk lulus dengan cemerlang anda perlu bersedia dengan sebaik mungkin. Antara persediaan awal yang calon boleh lakukan ialah:

  • Menyesuaikan diri dengan contoh-contoh soalan peperiksaan Juruaudit
  • Bersedia dengan topik peperiksaan yang mungkin diajukan dalam peperiksaan.
  • Ketahui bagaimana hendak menjawab dan melengkapkan diri dengan skema jawapan.
  • Ketahui tugas anda sebagai seorang “Juruaudit W41/W29”.

Secara asasnya itu antara persediaan yang calon boleh lakukan. Lebih dari itu, calon peperiksaan juga boleh mendapatkan rujukan dan panduan peperiksaan Juruaudit di bawah yang telah berjaya membantu calon terdahulu.

JADI ADAKAH ANDA CALON JURUAUDIT W41/W29?

Calon Peperiksaan Juruaudit W41 yang sedang mencari panduan, rujukan serta contoh soalan untuk peperiksaan tersebut mungkin boleh mengambil kesempatan dalam peperiksaan kali ini dengan mendapatkan Contoh Soalan Peperiksaan Juruaudit W41 yang akan pihak kami edarkan nanti.

Untuk maklumat lanjut mengenai format peperiksaan Juruaudit W41, tugas-tugas seorang Juruaudit, huraian ringkas jawatan dan contoh soalan peperiksaan W41 pastikan anda habiskan membaca perkongsian pihak kami di bawah.

PEPERIKSAAN JURUAUDIT

Jabatan Audit Negara Malaysia menerusi portal SPA mengumumkan pengambilan untuk mengisi kekosongan 2 jawatan seperti di bawah:

1. Juruaudit W41
2. Penolong Juruaudit W29

Pengambilan kali ini adalah untuk mengisi 60 kekosongan ditawarkan seperti diiklankan dalam iklan pengambilan lepas. (Rujuk iklan jawatan kosong Jabatan Audit Negara Malaysia berikut)

BAGAIMANA JADI JURUAUDIT?

Untuk menjawat jawatan ini seorang calon perlulah cukup syarat permohonan. Menduduki Peperiksaan Juruaudit dan lulus temuduga yang dijalankan. Ini merupakan proses biasa pengambilan kakitangan kerajaan.

Aliran mudah adalah seperti berikut;

CUKUP SYARAT MOHON -> MENDUDUKI PEPERIKSAAN –> LULUS TEMUDUGA

SEPINTAS LALU MENGENAI JAWATAN JURUAUDIT

Jawatan Juruaudit Gred W41 merupakan jawatan Pengurusan dan Professional yang diwujudkan di bawah Jabatan Juruaudit Negara.

Mana-mana calon yang lulus peperiksaan dan temuduga Juruaudit W41 akan berkhidmat sama ada di bawah Kementerian, Jabatan-jabatan atau Agensi-agensi yang memerlukan khidmat seorang Juruaudit.

APA ITU JURUAUDIT?

Untuk menjawab persoalan di atas kita perlu melihat kembali kepada deskripsi dan bidang tugas seorang Juruaudit.

Ringkasnya Juruaudit merupakan jawatan Kumpulan Pengurusan Professional di bawah Jabatan Audit Negara Malaysia.

Manakala, Penolong Juruaudit pula merupakan jawatan Kumpulan Perlaksana yang juga berada di bawah Jabatan Audit Negara Malaysia.

BIDANG TUGAS PENOLONG JURUAUDIT W29 & JURUAUDIT W41

Tugas Juruaudit secara umumnya berkait rapat dengan fungsi Jabatan Audit Negara Malaysia itu sendiri.

Huraian ringkas bidang tugas Juruaudit dan Penolong Juruaudit W29 adalah seperti di bawah;

TUGAS JURUAUDIT

Mengaudit dan menyediakan draf Laporan Audit, Akaun-akaun Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Islam dan lain-lain kumpulan wang.

TUGAS PENOLONG JURUAUDIT

Menolong Juruaudit dalam menjalankan auditan terhadap akaun dan aktivit-aktiviti Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain kumpulan wang yang di bawah bidang kuasa Ketua Audit Negara.

Secara ringkas di atas merupakan bidang tugas Juruaudit W41 & W29 dan fungsi ini akan berubah mengikut gred jawatan. Kami akan kongsikan lebih banyak maklumat mengenai bidang tugas Juruaudit dalam artikel berikutnya.

PEPERIKSAAN JURUAUDIT W41 SESI 2019

Peperiksaan Juruaudit W41 dan Penolong Juruaudit W29 merupakan antara peperiksaan SPA tahap tinggi yang mempunyai tahap penilaian berbeza untuk menguji calon yang terlibat.

Pihak kami ingin berkongsi beberapa maklumat berkaitan peperiksaan tersebut dalam penulisan khas ini dan bagaimana anda boleh mendapatkan panduan khas peperiksaan Juruaudit W41/W29 nanti.

PANDUAN PEPERIKSAAN JURUAUDIT W41

Khas untuk peperiksaan Juruaudit W41 sesi 2019/2020, Portal Juruaudit akan mengedarkan Pembelian Pakej Rujukan Khas Peperiksaan Online Juruaudit W41/W29 tidak lama lagi.

Nota: Panduan terkini kami hanya dikeluarkan setahun sekali. Ianya updated dari segi kandungan, soalan dan nota. Disediakan khas untuk peperiksaan Juruaudit setiap tahun.

Untuk membeli dan mendapatkan panduan khas tersebut anda boleh daftar sebagai calon Juruaudit W41 terlebih dahulu.

Pihak kami akan menghantar link pembelian terus ke email calon-calon yang melanggan apabila jualan di buka nanti.

Langganan boleh di buat menggunakan borang langganan di bawah atau melalui link berikut.

Contoh Soalan Juruaudit W41 & Penolong Juruaudit W29 ~ Jabatan Audit Negara Malaysia

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN

Untuk pengetahuan anda, pakej rujukan khas ini mempunyai himpunan contoh soalan peperiksaan Juruaudit W41, skema jawapan dan lengkap dengan nota ringkas untuk membantu calon peperiksaan Juruaudit W41.

Anda boleh mendapatkan panduan tersebut nanti.

KEGAGALAN CALON DALAM PEPERIKSAAN JURUAUDIT W41/W29

Pelbagai faktor yang menyumbang kegagalan calon dalam peperiksaan tersebut. Antara yang paling utama ialah tidak tahu format menjawab dan jenis soalan yang di tanya dalam peperiksaan tersebut.

Dalam penulisan kali ini, pihak kami ingin berkongsi dengan anda contoh soalan peperiksaan Juruaudit W41. Ianya merupakan contoh agar anda mendapat idea dan gambaran jelas jenis soalan yang mungkin di tanya nanti dalam peperiksaan yang sebenar.

Untuk makluman ia sebahagian dari Nota Khas yang boleh didapati dari Panduan Peperiksaan Juruaudit W41 yang akan diedarkan oleh pihak kami tidak lama lagi. Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat sila dapatkan salinan panduan tersebut melalui link di bawah.

Contoh Soalan Juruaudit W41 & Penolong Juruaudit W29 ~ Jabatan Audit Negara Malaysia

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN

FORMAT PEPERIKSAAN JURUAUDIT W41

Untuk makluman anda, Peperiksaan Juruaudit W41 kali hanya melibatkan 3 Seksyen utama penilaian.

Berikut merupakan format peperiksaan terbaru Juruaudit W41 yang perlu anda ketahui sebagai seorang calon.

  1. Bahagian A (Pengetahuan AM Tentang Malaysia dan Dunia)
  2. Bahagian B (Daya Menyelesaikan Masalah)
  3. Bahagian C Pemahaman Bahasa Inggeris (Berdasarkan Format Baru SPA)

Peperiksaan ini mempunyai 3 bahagian utama. Setiap bahagian disesuaikan dengan tahap peperiksaan W41 yang akan menguji daya pemikiran calon. Jadi persediaan sebaiknya anda perlu lakukan untuk menjawab dan lulus dengan cemerlang.

Berikut merupakan sedikit perkongsian mengenai huraian topik peperiksaan Juruaudit dan contoh soalan setiap bahagian.

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM JURUAUDIT W41

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji pengetahuan calon terhadap perkara-perkara yang berlaku di dunia amnya dan Malaysia khususnya berkaitan dengan isu-isu semasa, hal ehwal politik, dasar-dasar awam pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, serta keselamatan negara.

Tips menjawab Seksyen Pengetahuan AM – Fahami tujuan mengapa Seksyen Pengetahuan AM ini diadakan.

Berikut merupakan contoh soalan Seksyen A Pengetahuan AM Juruaudit Gred W41 yang mungkin di tanya. Ianya bukan soalan ramalan.

Anda boleh menjadikan set soalan di bawah untuk mendapatkan gambaran jenis soalan, topik dan tajuk yang mungkin di tanya dalam peperiksaan nanti.

1. Jabatan Audit Negara ialah sebuah jabatan di bawah?

A Jabatan Perdana Menteri.
B Jabatan Perkhidmatan Awam.
C Kementerian Kewangan Malaysia.
D Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan.

2. Berikut merupakan firma perakaunan terbesar di dunia, kecuali

A KPMG.
B Lloyds.
C Ernst & Young.
D PricewaterhouseCoopers.

3. Kunci kira-kira menunjukkan maklumat

A. Catatan dalam Imbangan Duga
B. Kedudukan kewangan sesebuah perniagaan
C. Semua catatan penutupan sesebuah perniagaan
D. Senarai baki aset, ekuiti dan liabiliti pemilik perniagaan pada sesuatu tarikh

4. Ketua Perwakilan Malaysia di negara-negara Komanwel dikenali sebagai

A) Duta
B) Konsul
C Konsul Kehormat
D) Pesuruhjaya Tinggi

5. Jawatan tertinggi dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan ialah

A) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
B) Ketua Hakim Negara
C) Ketua Setiausaha Negara
D) Perdana Menteri

6. Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat di Parlimen dikenali sebagai

A) Akta
B) Dasar
C) Ordinan 
D) Enakmen

7. Bumiputera atau Peribumi ialah penduduk asal sesuatu tempat. Golongan yang dikira sebagai Bumiputera menurut undang-undang adalah semua seperti berikut kecuali

A) Pendatang yang menetap melebihi 50 tahun 
B) Suku kaum Orang Asli
C) Orang Melayu
D) Peribumi Sabah & Sarawak

8. Ia merupakan tinggaln manusia moden (Homosapienns) yang terpentin pernah ditemui di Malaysia kerana usianya, berkeadaan lengkap dari sudut anatominya. Fakta ini adalah berkaitan

A) Batu Bersurat Terengganu
B) Rangka Manusia Purba Gua Chawan
C) Rangka Zaman Neolitik di Guar Kepah
D) Manusia Perak di Lembah Lenggong

CONTOH SOALAN MATEMATIK JURUAUDIT GRED W41/W29

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

(i) KEMAHIRAN LOGIK

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

(ii) KEMAHIRAN MENGINTERPRETASI DATA

Calon di beri beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

(iii) KONSEP-KONSEP MATEMATIK

Konsep matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon.

1) Sebuah kotak mengandungi 98 batang ais krim milo, 82 ais krim oren dan 76 ais krim merah. Apabila sebatang ais krim di pilih secara rawak, apakah kebarangkalian mendapat sebatang ais krim merah?

A) 1/3
B) 9/32
C) 1/4
D) 19/64

2. 1010212XX232. Apakah XX?

A) 01
B) 02
C) 12
D) 13

3. Ukuran keliling sebuah kolam ialah 300m dan dua jenis pokok bunga ditanam di sekeliling kolam dalam jarak setiap 3m. 1/4 daripadanya ialah pokok bunga raya. Berapakah bilangan pokok bunga kertas?

A) 75
B) 30
C) 25
D) 100

4. Jika EEFFFEEEFFFF = 556665556666 maka EFEFE = ?

A) 55665
B) 66555
C) 56565
D) 65656

5. Kebun Zeo menghasilkan 35 biji mangga harumanis dan purata berat sebiji mangga harumanis ialah 2.5kg. Jika dia menjual dengan harga RM2.50 sekilogram, berapakah jumlah hasil yang diperolehinya?

A) 218.75
B) 87.50
C) 118.10
D) 75.25

Calon-calon siswazah jurusan matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

Untuk contoh lengkap, anda boleh mendapatkan contoh soalan Juruaudit Gred W41 yang bakal kami keluarkan nanti.

ISI KANDUNGAN PANDUAN JURUAUDIT W41

Segala ilmu serta informasi yang terkandung di dalamnya merupakan ilmu serta informasi yang ‘real’, yang datang dari pengetahuan serta pengalaman mereka yang telah pun berjaya dalam peperiksaan W41.

Inilah satu-satunya panduan yang boleh anda gunakan bagi mencapai impian menjawat jawatan kerajaan.

Berikut merupakan apa yang akan anda dapat sekiranya anda memiliki panduan Peperiksaan Juruaudit W41 ini.

  • Contoh Soalan Khas Peperiksaan Juruaudit W41 untuk rujukan.
  • Panduan lengkap yang menyentuh semua bahagian yang perlu dijawab oleh calon-calon.
  • Huraian secara terperinci setiap Seksyen Peperiksaan W41 Juruaudit.
  • Juga dibekalkan dengan Contoh Soalan Exam Juruaudit W41 beserta Skema Jawapan untuk memudahkan ulangkaji pantas.
  • Nota khas merupakan satu komponen dalam pakej ini yang bakal membantu anda!
  • Anda akan menerima maklumat Peperiksaan Juruaudit W41 beserta contoh soalan peperiksaan Juruaudit W41 dan jawapan sebagai persediaan anda.

Selain itu, sebagai persediaan tambahan, pihak kami juga akan menghantar emel secara berkala kepada anda yang mengandungi maklumat lanjut berkaitan exam berkenaan.

Namun anda perlu ingat, setiap panduan, contoh soalan, tips dan sebagainya yang dihantar kepada anda hanyalah merupakan panduan. Namun dengan adanya panduan sebegini, anda boleh mempersiapkan diri anda sebaik mungkin untuk menghadapi peperiksaan Juruaudit W41 nanti.

Dapatkan di sini sekarang sekiranya anda memilih untuk lulus.

Langganan boleh di buat menggunakan borang langganan di bawah atau melalui link berikut.

Contoh Soalan Juruaudit W41 & Penolong Juruaudit W29 ~ Jabatan Audit Negara Malaysia

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN

Kepada calon Peperiksaan Juruaudit yang telah daftar ke sistem sebelum ini, pastikan anda tunggu email pembelian yang akan di hantar terus ke email anda. Pastikan email hanya dari Portal Juruaudit.

Jangan terlepas.

close-image