Tidak Lama Lagi Skuter Dan Basikal Elektrik Perlu Daftar Dan Berlesen

1,211

Tidak Lama Lagi Skuter Dan Basikal Elektrik Perlu Daftar Dan Berlesen

Tidak lama lagi skuter dan basikal elektrik di Malaysia perlu didaftar dan berlesen seperti yang didedahkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Pendaftaran dan lesen bagi kedua-dua jenis kenderaan ini akan diguna pakai melalui undang-undang baharu yang akan diperkenalkan untuk memperkenalkan kenderaan mikromobiliti.

Undang-undang ini juga telah dimasukkan di dalam Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 dan telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan akan dibentangkan di Dewan Negara untuk kelulusan pada bulan ini.

Skuter Dan Basikal Elektrik

Dua kenderaan ini merupakan kenderaan mikromobiliti dan bukan basikal biasa dan ia merbahaya untuk digunakan di atas jalan raya.

Kedua-dua kenderaan ini perlu dikawal sebelum berlakunya kemalangan yang boleh melibatkan nyawa orang lain. Hal ini dipandang serius kerana kenderaan ini tidak mempunyai perlindungan insurans sekiranya berlaku kemalangan.

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) akan mengawal selia jenis-jenis penggunaan kenderaan ini seperti mewajibkan pendaftaran dan mempunyai lesen memandu termasuk jika bersesuaian, melarang penggunaan jenis-jenis kenderaan sebegini daripada digunakan di atas jalan raya.

Menurut pindaan RUU tersebut, kenderaan mikromobiliti adalah kenderaan yang didorong oleh tenaga elektrik, mesin pembakaran dalaman atau tenaga manusia atau gabungan dua atau ketiga-tiganya, dan memiliki kelajuan maksimum 50km/j.

Tidak Lama Lagi Skuter Dan Basikal Elektrik Perlu Daftar Dan Berlesen

Malahan RUU mengenai kenaikan denda terhadap pemandu mabuk juga telah dipinda dan rujuk sini untuk dapatkan jumlah denda serta hukuman lain terhadap pemandu mabuk.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image