Info Kerjaya Malaysia

Skim Pemulihan Perniagaan TBRS TEKUN Sehingga RM10,000 Telah Dibuka. Mohon Sekarang

967

Skim Pemulihan Perniagaan TBRS TEKUN

Untuk membantu usahawan perniagaan mikro yang terjejas akibat wabak Covid-19, TEKUN Nasional telah membuka permohonan iaitu Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN.

Apa itu TBRS? TBRS adalah bermaksud TEKUN Business Recovery Scheme (TBRS TEKUN) dan ia merupakan skim pembiayaan mikro yang diuruskan oleh TEKUN Nasional untuk memulihkan perniagaan usahawan yang layak.

Jumlah Pembiayaan TBRS

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan oleh TBRS ialah sebanyak RM1,000 sehingga RM10,000.

Syarat Kelayakan Permohonan TBRS TEKUN

JIka anda adalah usahawan yang ingin membuat pembiayaan perniagaan ini, semak dahulu kelayakan anda seblum membuat permohonan ini. Syarat kelayakan untuk permohonan TBRS TEKUN ini adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera atau India).
  • Usahawan mikro yang mana perniagaan mereka terjejas akibat penularan wabak COVID-19.
  • Pemohon berumur 18- 60 tahun.
  • Pemohon terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan.
  • Syarikat perlulah mempunyai pendaftaran SSM atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah atau dokumen lain yang mengesahkan pemohon menjalankan perniagaan.
  • Pemohon hendaklah bebas daripada tindakan kebankrapan.
  • Pemohon mempunyai rekod bayaran balik yang baik dengan TEKUN Nasional (untuk usahawan sedia ada).

Langkah-Langkah Membuat Permohonan TBRS TEKUN

Untuk membuat permohonan ini, anda boleh membuat permohonan seperti berikut :

Skim Pemulihan Perniagaan TBRS TEKUN Telah Dibuka. Mohon Sekarang

  • Pergi ke bahagian INISIATIF TEKUN COVID-19 dan bahagian SKIM PEMULIHAN PERNIAGAAN TEKUN (TBRS).

Skim Pemulihan Perniagaan TBRS TEKUN Telah Dibuka. Mohon Sekarang

Senarai Dokumen Sokongan

Berikut adalah senarai dokumen sokongan yang perlu disertakan bersama borang yang akan dihantar ke pejabat TEKUN Nasional :

  1. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah.
  2. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
  3. Salinan Penyata Akaun Bank Individu untuk 1 bulan terkini.
  4. Salinan salah satu bil utiliti terkini sama ada elektrik/air/telefon/syarikat TV berbayar.

Tempoh Kelulusan Permohonan

Tempoh kelulusan permohonan adalah seperti berikut :

  • 7 hari bekerja untuk permohonan pertama kali.
  • 5 hari bekerja untuk usahawan TEKUN sedia ada.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Bagi anda yang berminat dan inginkan maklumat lanjut serta pertanyaan berkaitan Skim Pemulihan Perniagaan TBRS TEKUN, ini, anda boleh hubungi pegawai TEKUN di saluran berikut :

close-image