Info Kerjaya Malaysia

Jabatan Tenaga Kerja : Cara Mohon Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja Estate (SKRE) Melalui BSN MyHome-i

3,295

Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja Estate (SKRE)

Skim ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan untuk memberi peluang kepada pekerja estet tempatan memiliki rumah sendiri berdasarkan objektif berikut :

  • Meningkatkan kebajikan pekerja estet dan bekas pekerja estet dengan menyediakan kemudahan bagi membolehkan golongan ini memiliki rumah sendiri.
  • Sebagai salah satu bentuk jaminan kebajikan untuk pekerja setelah tamat perkhidmatan/bersara.
  • Mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing serta menggalakkan pekerja tempatan terutama golongan belia bekerja di sektor tersebut.

Jabatan Tenaga Kerja : Cara Mohon Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja Estate (SKRE) Melalui BSN MyHome-i

Jenis Hartanah Dan Jumlah Pembiayaan

Antara jenis hartanah dan jumlah pembiayaan bagi skim ini ialah :

  • Pembiayaan maksimum sehingga RM150,000.00
  • Nilai semasa hartanah atau harga belian tidak melebihi RM250,000.00 tertakluk kepada jumlah pinjaman
  • Terbuka kepada pembelian hartanah baru dan rumah terpakai (sub-sale)
  • Bina rumah di atas tanah persendirian (pasangan,ibubapa atau anak) atau yang disediakan oleh majikan ladang tertakluk kepada jumlah pinjaman / pembiayaan maksimum RM150,000.00
  • Terbuka kepada pembelian rumah yang dijual oleh majikan ladang
    Kadar faedah terendah di pasaran iaitu 2% terhadap baki bulanan
    Pinjaman 2 generasi bagi merendahkan bayaran bulanan

Kelayakan Permohonan Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja Estate (SKRE)

Sekiranya anda berminat untuk membuat permohonan, semak dahulu kelayakan anda seperti :

  1. Pekerja estet berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  2. Warganegara Malaysia yang bekerja di estet.
  3. Telah disahkan jawatan.
  4. Berjawatan dan berpendapatan tetap. Tidak termasuk pekerja-pekerja kontrak estet dan pesara.
  5. Pinjaman rumah pertama.
  6. Pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah.

Jabatan Tenaga Kerja : Cara Mohon Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja Estate (SKRE) Melalui BSN MyHome-i

Dokumen Sokongan

Sertakan bersama dokumen berikut semasa menghantar permohonan anda :

  • 2 salinan Kad Pengenalan pemohon, Salinan slip gaji 3 bulan terkini yang telah disahkan oleh majikan.
  • Borang permohonan BSN MyHome/i
  • Surat pengesahan jawatan dari majikan.
  • Salinan penyata KWSP terkini.
  • Bukti pembelian rumah : Salinan resit deposit atau proforma tempahan pembelian atau Surat Perjanjian Jual Beli (S&P) yang disetemkan

Dokumen Tambahan Jika Pembinaan Rumah Di Atas Tanah Sendiri

Sekiranya anda ingin membuat rumah di atas tanah sendiri, berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk disertakan bersama borang permohonan anda :

  • Salinan geran tanah
  • Surat akuan sumpah kebenaran daripada ahli keluarga jika tanah bukan hak milik sendiri
  • Sebutharga daripada kontraktor
  • Surat pelantikan kontraktor
  • Salinan profil syarikat kontraktor
  • Salinan sijil CIDB/SSM (berdaftar dalam bidang pembinaan)
  • Salinan perjanjian membina rumah
  • Salinan surat kelulusan pelan dan salinan pelan bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mana tempoh kelulusan masih berkuatkuasa

Muat Turun Borang Permohonan

Anda boleh dapatkan borang permohonan SKRE di Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran atau muat turun borang permohonan di sini :

Borang Permohonan BSN MyHome/i

Anda juga boleh memohon Skim Perumahan Belia BSN MyHome 2020 serta mendapat bantuan bulanan sebanyak RM200 untuk beli rumah pertama dan dapatkan maklumat selanjutnya disini.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja Estate (SKRE), anda boleh hubungi JTKSM di saluran :

close-image