Info Kerjaya Malaysia

Skim Kafalah Muzakki, Bayar Zakat RM50 & Terima Sumbangan RM3000 PPZ-MAIWP

810

Skim Kafalah Muzakki

Skim Kafalah Muzakki atau mudah dikenali sebagai Skim Khairat Kematian merupakan sumbangan ikhlas dan tanda kasih sayang dari PPZ-MAIWP. Skim ini akan diberikan kepada waris pembayar zakat apabila berlaku kematian terhadap pembayar zakat yang membayar zakat di PPZ-MAIWP serta tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Bagaimana cara untuk memohon skim ini? Baca perkongsian ini untuk mengetahui cara memohon Skim Kafalah Muzakki.

Baca juga : Permohonan Skim Musaadah Khaira PPZ RM300 Setiap Orang

Jumlah Bantuan Skim Kafalah Muzakki

Waris keluarga pembayar zakat akan mendapat bantuan berbentuk wang tunai berjumlah RM3,000 secara tunai.

kafalah muzakki

Syarat Kelayakan Memohon

Berikut adalah syarat kelayakan untuk permohonan Skim Kafalah Muzakki :

  • Anda perlu menjadi pembayar zakat PPZ-MAIWP.
  • Pembayaran zakat mestilah bermula pada tahun 2019.
  • Bayar zakat minimum RM50 setahun pada setiap tahun di PPZ-MAIWP.
  • Pembayar zakat yang membuat bayaran dalam tahun kematian atau mempunyai rekod bayaran zakat pada (1) tahun sebelum kematian.
  • Permohonan tuntutan oleh waris/penama/pemohon adalah dalam masa 6 bulan selepas tarikh kematian.
  • Bayaran zakat adalah tertakluk kepada Zakat Harta sahaja.

Individu Yang Layak Memohon

Antara individu yang layak memohon ialah seperti :

  • Ibu/Bapa
  • Balu/Duda
  • Anak Angkat (Sah dari segi undang-undang)
  • Anak
  • Pihak Ketiga – NGO/organisasi/badan-badan kebajikan yang berdaftar

kafalah muzakki

Dokumen Sokongan

Anda perlu lampirkan bersama dokumen sokongan berikut ketika menghantar permohonan anda :

  • Sijil kematian (asal dan salinan)
  • Salinan kad pengenalan Allahyarham (jika ada)
  • Kad pengenalan pemohon (asal dan salinan)
  • Dokumen hubungan pemohon dengan Allahyarham (sijil dan salinan asal)
  • Surat Pengakuan Sumpah bagi pemohon kategori pihak ketiga
  • Salinan muka surat nombor akaun bank atau salinan penyata akaun bank pemohon

Borang Permohonan Dan Tuntutan

Download borang anda di pautan ini : Borang Kafalah Muzakki.

Borang yang telah siap di isi perlu diserahkan ke kaunter PPZ-MAIWP di Wilayah Persekutuan atau mengikut senarai kaunter seperti di bawah.

Lihat ini : SENARAI KAUNTER

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Jika anda inginkan maklumat lanjut dan mempunyai persoalan mengenai skim ini, anda boleh terus menghubungi :

  • Talian Zakat : 1 300 88 5757

Soalan Lazim

1. Berapakah bayaran zakat minimum?

Hanya serendah RM50 setahun untuk melayakkan anda sertai skim ini

2. Perlukah mengisi borang untuk menyertai skim ini?

Tidak perlu daftar, tidak perlu mengisi borang, anda secara terus layak menerima skim ini apabila membuat bayaran zakat sekurang-kurangnya RM50 setahun.

3. Kenapa anda perlu sertai skim ini?

Skim ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban waris pembayar zakat untuk menguruskan perbelanjaan kematian dan lain-lain.

4. Adakah sama konsep Skim Kafalah Muzakki(SKM) ini dengan khairat kematian?

Ya, skim ini berkonsepkan khairat kematian iaitu sumbangan berbentuk wang tunai kepada waris pembayar zakat dan boleh digunakan untuk perbelanjaan kematian dan lain-lain.

5. Jika saya sudah sertai skim ini, apa yang saya dapat?

Waris keluarga pembayar zakat akan mendapat bantuan berbentuk wang tunai berjumlah RM3,000 secara tunai.

6. Adakah penyertaan SKM ini mempunyai tarikh tutup?

Setakat ini, PPZ-MAIWP tidak mempunyai sebarang pengumuman untuk menutup skim ini malah mengalakkan semua pembayar zakat untuk sertai skim ini.

7. Bagaimana proses pemindahan bayaran serta tempoh bayaran?

Tempoh bayaran adalah selama 14 hari bekerja dengan menggunakan Pemindahan Wang Secara Elektronik (EFT)

 

close-image