Info Kerjaya Malaysia

Mohon Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar Dan Dapat RM100 Setiap Bulan

2,836

Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar

Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar merupakan satu program dibawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang akan membantu ibu bapa yang layak dan memenuhi syarat untuk membayar yuran TASKA atau nurseri di negeri Selangor.

Syarat Kelayakan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar

Semak dahulu kelayakan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar seperti :

  • Pemohon Mestilah Warganegara Malaysia.
  • Dilahirkan Dan menetap di Selangor.
  • Tidak dilahirkan di Selangor tetapi telah menetap secara sah di selangor sekurang-kurangnya 5 tahun (perlu mendapatkan pengesahan dari ketua kampung / Pengerusi taman perumahan tempat di mana pemohon menetap).
  • Syarat pendapatan isi rumah mestilah RM 5,000 ke bawah.
  • Suami dan isteri yang berkerja.
  • Anak berumur 4 tahun dan ke bawah.
  • Terhad kepada 2 orang anak sahaja.
  • Taska berdaftar dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat).
  • Ibu dan bapa adalah pengundi berdaftar di SPR (Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia).

Mohon Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar Dan Dapat RM100 Setiap Bulan

Cara Membuat Permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar

Untuk membuat permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar, anda perlu membuat permohonan seperti berikut :

  • Dapatkan borang pendaftaran dan isikan maklumat yang diperlukan.
  • Klik HANTAR setelah permohonan anda lengkap.

Mohon Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar Dan Dapat RM100 Setiap Bulan

MOHON DISINI

Sertakan juga dokumen sokongan bersama permohonan seperti :

  • Salinan sijil kelahiran anak yang dipohon.
  • Salinan MyKad Ibu.
  • Salinan MyKad Bapa.
  • Slip gaji ibu (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah).
  • Slip gaji bapa (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah).
  • Cop pengesahan mastautin (bagi bukan kelahiran Selangor).
  • Salinan pengesahan pendaftaran SPR bagi ibu dan bapa.

Borang yang lengkap perlu dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online ke alamat :

  • Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
    Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
    Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
    Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan
  • Telefon : 03-5481 8800

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar adalah pada 15 haribulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut.

Sebagai contoh permohonan untuk manfaat bulan Mac 2020 wajib dihantar sebelum atau pada 15 Mac 2020.

Mohon Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar Dan Dapat RM100 Setiap Bulan

Info Lanjut & Pertanyaan

Sebarang info selanjutnya dan pertanyaan berkaitan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar, anda boleh hubungi YAWAS di saluran :

close-image