Inilah Senarai Pekerjaan Yang Kritikal Dan Mendapat Permintaan Tinggi Di Malaysia
Pekerjaan Yang Kritikal & Permintaan Tinggi
Mengapa sesuatu pekerjaan tersebut dikatakan pekerjaan yang kritikal dan mendapat permintaan yang tinggi? Ini kerana pekerjaan jenis ini mungkin tidak diperlukan lagi dan menyebabkan permintaan pekerjaan jenis ini sangat tinggi dan tidak mempunyai banyak kekosongan.
Teruskan membaca perkongsian ini untuk ketahui apakah senarai jenis pekerjaan yang kritikal dan mempunyai permintaan yang tinggi buat masa kini.
Senarai Pekerjaan Kritikal & Permintaan Tinggi
1. Pereka Grafik
Pekerjaan jenis ini agak kurang mendapat sambutan di kalangan pekerja pada masa kini dan dikhabarkan terdapat banyak syarikat yang memerlukan pekerja sebagai pereka grafik. Pereka grafik diperlukan untuk menghasilkan bahan pemasaran sesuatu syarikat supaya dapat menarik lebih ramai pelanggan mereka. Kebanyakan syarikat yang mempunyai jabatan pemasaran sangat memerlukan pereka grafik untuk memudahkan mereka membuat iklan marketing dengan lebih berkesan.
2. Akauntan Bertauliah
Jawatan ini mendapat permintaan yang sangat tinggi sejak tahun 2015 untuk menguruskan kewangan syarikat masing-masing. Kebanyakan akauntan yang diambil bekerja tidak begitu memenuhi kehendak syarikat kerana tidak mempunyai kemahiran lain yang diperlukan oleh syarikat dan syarikat terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk mengupah akauntan luar untuk membuat kira-kira kewangan syarikat dengan lebih lengkap.
3. Juruteknik Kejuruteraan Elektrikal
Tahukah anda bahawa pekerjaa Juruteknik Kejuruteraan Elektrikal telah tersenarai dalam COL selama 3 tahun berturut-turut semenjak tahun 2016 hingga 2018 dimana mempunyai permintaan tinggi di kalangan majikan.
4. Ahli Kimia
Ahli kimia terbahagi kepada banyak bahagian dan pekerjaan sebagai ahli kimia farmaseutikal mendapat permintaan yang tertinggi setakat ini.
5. Keselamatan Siber
Dari tahun ke tahun, teknologi semakin lama semakin meluas penggunaannya. Maka, keselamatan data sangat penting untuk dilindungi. Untuk menjaga keselamatan data pengguna, sudah pastinya pekerjaan ini mendapat permintaan yang sangat tinggi.
6. Penganalisis Dan Saintis Data
Menjelang tahun 2020 dan seterusnya pekerjaan ini semakin mendapat permintaan yang tinggi kerana kebanyakan syarikat akan memperluaskan analisis data besar pengguna.
7. Pembangun Perisian
Belia hari ini mempunyai pengetahuan yang luas mengenai perisisan, web, komputer dan sebagainya sehingga boleh mencipta apps, game serta platform media sosial sendiri. Maka secara tidak langsung dan sesuai dengan peredaran masa, pekerjaan ini pastinya menjadi fokus pihak majikan untuk mencipta beberapa perisian, aplikasi serta platform media sosial yang terkini.
8. Kejuruteraan Mekanikal
Tidak ramai antara kita yang tahu skop pekerjaan yang berkaitan dengan Kejuruteraan Mekanikal. Ianya terbahagi kepada pelbagai sektor. Antara sektor yang berkaitan adalah sektor :
- Plastik
- Kimia
- elektrik
- Elektronik
Juga tersenarai sebagai pekerjaan yang kritikal sejak tahun 2015 hingga sekarang.
9. Jurukimpal & Juru Potong (Flame Cutter)
Tidak semua orang mempunyai kemahiran dalam bidang ini. Malahan ruang untuk belajar dalam institusi kemahiran juga dibuka dengan meluas untuk mengisi kekosongan jawatan ini. Tetapi ia tetap mempunyai permintaan yang sangat tinggi kerana tidak ramai yang bermiat untuk mengisi kekosongan pekerjaan ini.
10. Guru Tadika / Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Pekerjaan ini sentiasa mendapat permintaan yang tinggi kerana banyak tadika serta pusat asuhan kanak-kanak telah dibuka. Tadika yang disediakan bukan sekadar daripada pihak kerajaan, malahan terdapat banyak tadika serta pusat asuhan kanak-kanak yang beroperasi adalah daripada pihak swasta.
Bagi anda yang ingin menyambung pengajian atau ingin belajar kemahiran, anda boleh meneruskan bidang pengajian berdasarkan permintaan pekerjaan pada masa kini.
Untuk dapatkan senarai pekerjaan lain yang kritikal dan mendapat permintaan yang tinggi, sila lihat senarai dibawah.
Anda mempunyai IQ tinggi? Klik sini untuk lihat 5 pekerjaan yang sesuai dengan anda.
Sumber : Kementerian Sumber Manusia