Senarai Nombor Hotline 24 Jam Yang Perlu Anda Simpan Untuk Buat Aduan Jika Majikan Enggan Bayar Gaji Dalam Tempoh PKP

5,943

Pengenalan

Kerajaan telah mengumumkan penularan virus Covid-19 meningkat dengan mendadak dan sehubungan dengan itu, Perdana Menteri dan jawatankuasa yang terlibat mengambil langkah serta merta untuk menghalang merebaknya Covid-19 dengan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan secara tidak langsung pelbagai sektor serta industri terutamanya swasta tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP dijalankan.

Baca juga: Majikan Wajib Bayar Gaji Penuh Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Berkuatkuasa. Termasuk Perkerja Gaji Harian & Tidak Tetap

Hanya 8 kerja kritikal sahaja yang dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP ini.

Apakah jenis 8 kerja kritikal tersebut?

Berikut adalah 8 kerja kritikal yang berada dalam skop Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Jika majikan enggan bayar gaji dan apa yang perlu saya lakukan?

Sekiranya majikan enggan membayar gaji kepada anda, anda boleh terus menghubungi Jabatan Tenaga Kerja melalui emel atau hadir ke pejabat JTK yang berdekatan selepas tamat tempoh PKP.

Adakah gaji yang dibayar kepada saya penuh sebulan atau separuh atau mengikut hari bekerja sahaja?

Ya, majikan perlu membayar gaji penuh kepada pekerja. Manakala bagi pekerja bergaji harian perlu di bayar mengikut kadar upah yang dipersetujui bersama di dalam surat pelantikan.

Tetapi gaji harian saya tidak tetap, bagaimana pula?

Sekiranya bergaji harian yang tidak tetap,majikan perlu membayar mengikut kadar upah yang minimum.

Majikan saya tersenarai dalam essential service, tetapi saya enggan pergi bekerja, adakah majikan saya perlu membayar gaji saya?

Jawapannya adalah anda tidak layak mendapat gaji kerana majikan anda tersenarai di dalam essential services.

Sekiranya terdapat masalah berkaitan gaji antara saya dan majikan, siapa dan di mana perlu saya hubungi?

Sekiranya masalah berkaitan gaji belum selesai serta soalan berkaitan sepanjang tempoh PKP, anda boleh terus berhubung terus dengan Jabatan Tenaga Kerja atau Kementerian Sumber Manusia melalui saluran di bawah.

Senarai Nombor Hotline 24 Jam Yang Anda Boleh Hubungi

Di bawah merupakan senarai nombor hotline 24 jam yang anda boleh hubungi sekiranya anda mempunyai sebarang isu pekerjaan dan perburuhan sepanjang tempoh PKK Covid-19.

Simpan nombor-nombor di bawah ya.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image