Inilah Senarai Bantuan Inisiatif Wilayah Cakna. RM3,000 Kepada Peniaga, Pelajar Dan Orang Awam
Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, perancangan untuk melancarkan Inisiatif Wilayah Cakna 3.0 telah terlaksana pada 15 Oktober 2020 demi warga Wilayah yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Terdapat pelbagai jenis bantuan terutamanya kepada para peniaga dan usahawan, pelajar dan juga kepada orang awam.
Apakah bantuan-bantuan tersebut? Jom kita lihat dalam perkongsian ini bantuan-bantuan yang terdapat dalam Inisiatif Wilayah Cakna 3.0 ini.
Untuk pengetahuan anda juga, terdapat 16 jenis bantuan yang terdapat di bawah Inisiatif Wilayah Cakna 3.0 ini.
16 Jenis Bantuan Inisiatif Wilayah Cakna 3.0
1. Pengecualian 3 Bulan Sewa PPR & PA DBKL
2. Pengecualian 3 Bulan Bayaran Sewa Premis
3. Pengecualian Bayaran Bagi Pembaharuan Lesen Penjaja & Peniaga Kecil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
4. Bantuan Buku Latihan Sekolah Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
5. Sumbangan Kepada 11 MPPWP Kuala Lumpur
6. Sumbangan Kepada Persatuan Penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
7. Aktiviti Nyah Kuman Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
8. Pengecualian 3 Bulan Bayaran Sewa Premis
9. Pengecualian Bayaran Pembaharuan Lesen Penjaja Dan Peniaga Kecil Wilayah Persekutuan Putrajaya
10. Bantuan Food Pack
11. Sumbangan Baucar Back To School
12. Sumbangan Kepada 6 Sub Zon MPPWP Putrajaya
13. Sumbangan Kepada Persatuan Penduduk Wilayah Persekutuan Putrajaya
14. Aktiviti Nyah Kuman Di Wilayah Persekutuan Putrajaya
15. Bantuan Kecemasan Khas Covid-19
16. Sumbangan Bantuan Makanan Dan Sewa Kediaman Mahasiswa IPTA