Senarai 25 Sektor Dikecualikan Dari Perintah Kawalan Pergerakkan

758

PERDANA Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa pada 18 hingga 31 Mac 2020.

Terdapat enam perintah yang dikeluarkan sebagai satu usaha dalam membendung penularan wabak COVID-19 iaitu larangan perhimpunan ramai, sekatan ke luar negara, sekatan kemasukan pelancong, penutupan institusi sekolah, penutupan institusi pengajian tinggi dan penutupan premis kerajaan & swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services).

Bagi perkara keenam, essential services  melibatkan sebanyak 25 jenis sektor di seluruh negara dan dikecualikan daripada Perintah Larangan Pergerakkan.

Sekiranya anda sebahagian dari pekerja dalam sektor-sektor disebutkan di bawah sila berhubung dengan majikan anda untuk maklumat lanjut.

Berikut adalah senarai sektor-sektor tersebut;

  1. Air
  2. Elektrik
  3. Tenaga
  4. Telekomunikasi
  5. Pos
  6. Pengangkutan
  7. Pengairan
  8. Minyak
  9. Gas
  10. Bahan api
  11. Pelincir
  12. Penyiaran
  13. Kewangan
  14. Perbankan
  15. Kesihatan
  16. Farmasi
  17. Bomba
  18. Penjara
  19. Pelabuhan
  20. Lapangan terbang
  21. Keselamatan
  22. Pertahanan
  23. Pembersihan
  24. Peruncitan
  25. Bekalan makanan

Senarai 25 Sektor Dikecualikan Dari Perintah Kawalan Pergerakkan

Pihak kami juga ingin mengucapkan agar anda yang terlibat dalam Senarai 25 Sektor Dikecualikan Dari Perintah Kawalan Pergerakkan di atas untuk berhati-hati dalam menjalankan tugas anda.

Sumber: BERNAMA, Facebook

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image