Semakan Status Permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ Online 2020)

12,365

Ingin Membuat Semakan Status Permohonan RMMJ 2020 Rumah Mampu Milik Johor Secara Online?

Di bawah merupakan panduan membuat semakan status permohonan RMMJ 2020 secara online buat rakyat Malaysia terutamanya yang menetap di negeri Johor.

Sekiranya anda telah membuat permohonan RMMJ secara online sebelum ini maka pastikan anda ikut panduan di bawah untuk membuat semakan permohonan anda. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Status Permohonan RMMJ Online.

RMMJ adalah suatu langkah yang diambil oleh kerajaan negeri Johor untuk membantu rakyat Johor. Bantuan yang dimaksudkan adalah dalam bentuk memudahkan rakyat Johor memiliki rumah sendiri dengan harga yang berpatutan.

Skim perumahan rumah mampu milik RMMJ mengutarakan konsep kediaman yang lengkap dengan tiga bilik tidur dan dua buah bilik air. Ia membawa imej rumah yang mesra keluarga dan selesa untuk didiami. Kadar harga yang dikenakan juga mampu dimiliki oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Status Permohonan RMMJ Online buat rujukan semua:

Aplikasi Semakan Status Permohonan RMMJ Online

Berikut dikongsikan pautan yang dapat digunakan untuk membuat semakan Status Permohonan RMMJ secara online:

Klik: Aplikasi Semakan Permohonan RMMJ

Taipkan sahaja nombor kad pengenalan pemohon di ruangan yang disediakan. Klik Cari.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan RMMJ, anda boleh mengunjungi kaunter cawangan berdasarkan senarai atau rujuk kepada butiran yang disediakan di bawah:

1.Bahagian Perumahan Negeri Johor
Alamat: Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan), Aras 1 & 2, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor
Emel: [email protected]
Telefon: 07-26662620 / 07-2666261 / 07-2666262

2.Bahagian Perumahan (Cawangan Kluang)
d/a Peabat Daerah Kluang, 86000, Kluang, Johor

3.Bahagian Perumahan (Cawangan Muar)
d/a Majlis Perbandaran Muar, 84000, Muar, Johor

4.Bahagian Perumahan (Cawangan Batu Pahat)
No 3, Aras Bawah, Blok A, Rumah Pangsa Batu Pahat, 83000, Batu Pahat, Johor

5.Bahagian Perumahan (Cawangan Tangkak)
Pejabat Daerah Tangkak, Jalan Dataran 2, 84000, Tangkak, Johor

6.Bahagian Perumahan (Cawangan Segamat)
No 1G, Rumah Pangsa Segamat, Jalan Dato’ Wan Idris, 85000, Segamat, Johor

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image