Semakan Kenaikan Pangkat Guru Secara Online / ePangkat
Kenaikan Pangkat Guru
Tahniah kerana anda dinaikkan pangkat. Tetapi betul dan sahih ke? Bagaimanakah cara yang cepat dan mudah untuk check kenaikan pangkat guru? Boleh mohon dan semak secara online?
Jika anda ingin membuat permohonan dan semakan kenaikan pangkat guru secara online atau ePangkat, anda boleh teruskan membaca perkongsian ini untuk ketahui cara permohonan dan semakan pangkat secara online.
Tujuan ePangkat
ePangkat ini diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan :
- Membolehkan perancangan urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat dilaksanakan dengan cepat dan tepat pada waktunya.
- Menyelesaikan masalah isu kelewatan dan pertindihan urusan kenaikan pangkat.
- Memberikan penempatan pemangkuan.
- Menyelesaikan isu pertukaran jawatan.
- Memantau serta mengemaskini data-data kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
- Mengautomasikan semua proses dan operasi urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat.
- Membudayakan sistem kerja semua urusan naik pangkat yang cekap dan sistematik melalui aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
- Memupuk rasa tanggungjawab untuk mengemas kini dan melengkapkan data-data naik pangkat dari setiap peringkat.
- Menyediakan satu sistem maklumat kenaikan pangkat yang fleksibel dan terkemas kini bagi memenuhi keperluan warga KPM dan pihak-pihak lain yang terlibat.
Cara Mendaftar
Berikut adalah cara mendaftar sebelum login untuk semakan kenaikan pangkat.
- Klik pautan ini: EPANGKAT DAFTAR
- Klik BELUM BERDAFTAR dan terus ke halaman ini : FIRST TIME LOGIN
- Masukkan NOMBOR MYKAD tanpa space.
- Pilih KATA LALUAN yang mudah diingat dan sahkan.
- Kata Laluan boleh diubah selepas ini apabila anda log masuk ke dalam Sistem ePangkat.
- Masukkan EMEL yang aktif.
- Klik HANTAR.
Permohonan Kenaikan Pangkat
Untuk memohon kenaikan pangkat, anda boleh ikuti langkah-langkah seperti dibawah :
- Klik pautan ini: EPANGKAT MOHON
- Masukkan ID PENGGUNA dan KATA LALUAN anda.
- Klik LOGIN.
- Pilih LALUAN yang betul seperti di bawah.
- TBBK
- Cemerlang
- Tingkatan 6
- DG42
- Guru Besar EXPPLD
- Hakiki
- Rujuk pada laman web KPM untuk maklumat lanjut setiap LALUAN.
Semakan Kenaikan Pangkat
Setelah permohonan dibuat dan dihantar, anda boleh membuat semakan melalui cara-cara berikut :
- Klik sini : EPANGKAT SEMAK
- Taip ID PENGGUNA dan KATA LALUAN.
- Klik LOGIN.
- Skrin akan mempaparkan IKLAN PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT.
- Lihat paparan STATUS PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT.
- Kemaskini permohonan jika perlu
- Pemohon boleh mengemaskini maklumat dalam tempoh iklan masih dibuka sahaja.
- Klik SLIP PERMOHONAN.
- Cetak dan simpan untuk rujukan.
Persoalan Dan Rujukan
Sekiranya anda ingin membuat permohonan yang lain dan seterusnya serta mempunyai beberapa persoalan yang berkaitan, anda boleh rujuk manual panduan ePangkat atau hubungi :
- EPANGKAT SOALAN
- Cawangan Naik Pangkat,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4,Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604, Putrajaya - Telefon : 03-8884 7201 / 03-8884 7173
- Emel : [email protected]