Info Kerjaya Malaysia

Adakah Sijil / Diploma / Ijazah Anda Diiktiraf MQR? Semak Kelayakan Anda Disini

10,035

Semakan Sijil / Diploma / Ijazah

Setelah anda tamat pengajian dalam apa jua bidang dan peringkat sama ada sijil, diploma atau ijazah, pastikan anda mmebuat semakan kelayakan supaya siji akademik anda diiktiraf oleh MQA yang membawa maksud diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Kelayakan ini sangat penting terutamanya bagi anda yang mendapat panggilan temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia (SPA). Anda perlu menyediakan salinan pengiktirafan kelayakan untuk diberikan kepada pihak penemuduga semasa sesi temuduga anda.

Rujuk juga artikel ini : Hadir Temuduga SPA, Ini Panduan Cara Susun Dokumen / Sijil Serta Cara Lengkapkan MyResume

Kandungan Malaysian Qualifications Register (MQR)

Antara maklumat yang terdapat dalam pengesahan status akreditasi ialah :

  • Nama dan alamat institusi pendidikan tinggi (IPT)
  • Nombor rujukan kelayakan
  • Nama kelayakan
  • Bidang kelayakan
  • Tempoh sah laku
  • Tahap kelayakan
  • Jam kredit bergraduat

Cara Membuat Semakan Sijil / Diploma / Ijazah MQR

  • Klik pautan MQR ini.
  • Kemudian anda lihat pada CARIAN KELAYAKAN.
  • Klik institusi pendidikan yang berkaitan (Universiti/Politeknik/Kolej/Institusi)
  • Klik pada NAMA IPTA dan NEGERI IPTA pada senarai yang dipaparkan.

Adakah Sijil / Diploma / Ijazah Anda Diiktiraf MQR? Semak Kelayakan Anda Disini

  • Paparan seperti gambar dibawah akan keluar.
  • Seterusnya klik pada nombor yang berwarna biru.

Adakah Sijil / Diploma / Ijazah Anda Diiktiraf MQR? Semak Kelayakan Anda Disini

  • Status kelayakan anda akan keluar dengan maklumat penuh seperti dibawah.

Adakah Sijil / Diploma / Ijazah Anda Diiktiraf MQR? Semak Kelayakan Anda Disini

  • Cetak status kelayakan anda.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Jika anda mempunyai pertanyaan berkaitan semakan kelayakan sijil, anda boleh hubungi MQR di :

close-image