Info Kerjaya Malaysia

Rujukan Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

2,319

Sedang mencari Rujukan Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41? Berdasarkan maklumat terbaru SPA, Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 bakal diadakan dalam masa terdekat.

Jadi sekiranya anda adalah salah seorang calon Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN yang sedang mencari panduan, rujukan serta contoh soalan Pegawai Eksekutif LHDN untuk peperiksaan tersebut mungkin boleh mengambil kesempatan dalam peperiksaan kali ini dengan mendapatkan Rujukan Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN yang akan kami edarkan nanti.

Anda berminat dengan rujukan di bawah? Jika berminat sila daftar terlebih dahulu di bawah. Klik pautan berikut.

Rujukan Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Tempah Rujukan Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41
.

PEPERIKSAAN PEGAWAI EKSEKUTIF LHDNM

Lembaga Hasil Dalam Negeri menerusi portal SPA mengumumkan pengambilan bagi jawatan Pegawai Eksekutif LHDN.

Pengambilan kali ini adalah untuk mengisi 230 kekosongan ditawarkan seperti diiklankan dalam iklan pengambilan lepas. (Rujuk iklan jawatan kosong LHDN berikut)

Kepada calon layak, panggilan menduduki Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 telah mula dihebahkan. Tahniah kami ucapkan sekiranya anda salah seorang calon terlibat dalam Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN itu nanti.

BAGAIMANA JADI PEGAWAI EKSEKUTIF LHDN?

Untuk menjawat jawatan ini seorang calon perlulah cukup syarat permohonan. Menduduki Peperiksaan Pegawai LHDN dan lulus temuduga yang dijalankan. Ini merupakan proses biasa pengambilan kakitangan kerajaan.

Aliran mudah adalah seperti berikut;

Cukup Syarat Mohon -> Menduduki Peperiksaan –> Lulus Temuduga

APA ITU PEGAWAI EKSEKUTIF LHDNM?

Ringkasnya Pegawai Eksekutif LHDNM merupakan Kumpulan Pengurusan Professional di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Berikut merupakan pecahan jawatan Pegawai Eksekutif LHDNM:

1. Pegawai Eksekutif Penaksiran Gred 41
2. Pegawai Eksekutif Pentadbiran Gred 41
3. Pegawai Eksekutif Perundangan Gred 41
4. Pegawai Eksekutif Teknologi Maklumat Gred 41
5. Pegawai Eksekutif Kejuruteraan Gred 41
6. Pegawai Eksekutif Perakaunan Gred 41

BIDANG TUGAS PEGAWAI EKSEKUTIF LHDN

Tugas Pegawai Eksekutif LHDN secara umumnya berkait rapat dengan fungsi Lembaga Hasil Dalam Negeri itu sendiri.

Ambil contoh bidang tugas Pegawai Eksekutif Penaksiran adalah seperti berikut;

Bidang tugas Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41: 

  1. Menjalankan operasi Pematuhan Cukai, Audit Meja, Audit Pengurusan, Audit Komputer, Audit Kewangan dan Lawatan Audit Luar. Menjalankan tugas-tugas pendakwaan di mahkamah bagi kes-kes jenayah yang disabitkan dan dibicarakan.
  2. Memberi khidmat kepada pembayar cukai menaksir pendapatan yang kena cukai. Bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pemungutan cukai.

Secara ringkas di atas merupakan bidang tugas Pegawai Eksekutif Penaksiran dan fungsi ini akan berubah mengikut jawatan. Kami akan kongsikan lebih banyak maklumat mengenai bidang tugas Pegawai Eksekutif LHDNM dalam artikel berikutnya.

SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI EKSEKUTIF LHDN

Terdapat 3 Seksyen utama dalam Peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDN. Pecahan Seksyen Peperiksaan LHDN adalah seperti di bawah. Disertakan juga dengan Contoh Soalan Pegawai Eksekutif LHDN sebagai rujukan calon.

  1. Seksyen A (Pengetahuan AM Tentang Malaysia dan Dunia)
  2. Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah Matematik)
  3. Seksyen C (Kefahaman Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris)

Peperiksaan ini mempunyai 3 bahagian utama. Setiap bahagian disesuaikan dengan tahap peperiksaan Gred 41 yang akan menguji daya pemikiran calon. Jadi persediaan sebaiknya anda perlu lakukan untuk menjawab dan lulus dengan cemerlang.

Berikut merupakan huraian topik Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 dan contoh soalan setiap bahagian.

Seksyen A : Pengetahuan AM

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji pengetahuan calon terhadap perkara-perkara yang berlaku di dunia amnya dan Malaysia khususnya berkaitan dengan isu-isu semasa, hal ehwal politik, dasar-dasar awam pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, serta keselamatan negara.

Berikut merupakan contoh soalan Seksyen A Pengetahuan AM Pegawai LHDN yang mungkin di tanya. Ianya bukan soalan ramalan.

Anda boleh menjadikan set soalan di bawah untuk mendapatkan gambaran jenis soalan, topik dan tajuk yang mungkin di tanya dalam peperiksaan nanti.

1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) merupakan agensi di bawah kementerian mana?

A. Kementerian Kewangan
B. Kementerian Dalam Negeri
C. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
D. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

2. Apakah tujuan utama LHDN ditubuhkan?

A. Menanam tabiat berjimat cermat dan menyimpan
B. Memungut dan mentadbir cukai langsung negara
C. Mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965
D. Pemungut hasil negara, memberi fasilitasi perdagangan dan penguatkuasaan undang-undang

3. Pilih akta yang berkaitan dengan LHDN

I. Akta Cukai Pendapatan 1967
II. Seksyen 2 Akta Cukai Jualan 1972
III. Akta Levi Kenderaan Barang-barang 1983
IV. Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

1. Dalam satu pertandingan sukan, Syafeeq menyertai acara larian pecut 100 meter. Dia berjaya mengejar dan memintas peserta kedua dalam pertandingan tersebut. Syafeeq telah menduduki tempat

A. Pertama
B. Kedua
C. Ketiga
D. Keempat

2. Pendapatan bercukai pada tahun ini adalah sebanyak RM20 000 dan pada tahun hadapan anda akan mendapat pendapatan bercukai sebanyak RM23 000. Berapakah jumlah cukai tambahan yang perlu di bayar pada tahun hadapan?

A. RM200
B. RM300
C. RM900
D. RM1500

Seksyen C: Pemahaman Bahasa Melayu dan Inggeris

Dalam Seksyen C, calon bakal di uji dengan Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Untuk menjawab dengan baik dalam Seksyen ini sebaiknya calon perlulah mempunyai kemahiran memindahkan maklumat, tatabahasa dan kosa kata berdasarkan petikan yang diberikan.

Contoh Soalan Seksyen C Pemahaman Bahasa Melayu dan Inggeris Contoh Soalan Seksyen C Pemahaman Bahasa Melayu dan Inggeris

Lebih banyak contoh soalan Seksyen C Pemahaman Bahasa Melayu dan Inggeris LHDN akan kami kongsikan dalam artikel atau rujukan yang bakal kami keluarkan nanti.

DAPATKAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI EKSEKUTIF LHDN

Anda boleh mendapatkan contoh soalan Pegawai LHDN melalui pautan berikut. Jualan akan di buka dalam jangkamasa terdekat. Jadilah antara yang terawal mendapatkan panduan ini untuk persediaan peperiksaan anda.

Rujukan Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Tempah Rujukan Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41
.

APA YANG TERKANDUNG DALAM RUJUKAN PEGAWAI LHDN

Untuk sesi 2017, rujukan kali ini telah disesuaikan dengan format terkini peperiksaan online SPA yang terkini. Antara isi kandungan untuk membantu persiapan calon adalah seperti berikut:

  • Nota Ringkas untuk jimat masa persediaan anda
  • Contoh Soalan & Jawapan untuk melazimkan anda dengan format 2017

Untuk maklumat lanjut pastikan anda terus ke laman jualan di bawah untuk preview kandungan.

Selain itu, sebagai persediaan tambahan, pihak kami juga akan menghantar emel secara berkala kepada anda yang mengandungi maklumat lanjut berkaitan exam berkenaan.

Namun anda perlu ingat, setiap panduan, contoh soalan, tips dan sebagainya yang dihantar kepada anda hanyalah merupakan panduan. Namun dengan adanya panduan sebegini, anda boleh mempersiapkan diri anda sebaik mungkin untuk menghadapi peperiksaan Pegawai LHDN Gred 41 nanti.

Lakukan terus pembelian melalui pautan yang disediakan atau daftar dan tunggu hebahan dari kami terus ke email anda.

PENAFIAN

Portal KERJAYA.CO tiada kaitan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mahupun Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Apa yang kami sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan sahaja.

Soalan yang disediakan bukan SOALAN BOCOR jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi bersama nota-nota persediaan.

close-image