[LENGKAP] Intipati Bajet 2018 Yang Perlu Anda Tahu

358

Berikut ialah intipati Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

TEMA BAJET 2018

Bajet 2018 kali ini bertemakan;

‘Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi, Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50.

TERAS UTAMA BAJET 2018

Bajet 2018 kali ini bertemakan lapan teras utama iaitu:

  1. Merancak pelaburan perdagangan dan industri
  2. Menuju Aspirasi TN50
  3. Mengungguli pembangunan pendidikan, latihan dan kemahiran serta bakat
  4. Memacu pembangunan inklusif
  5. Mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana  pendapatan
  6. Mempersiaga Revolusi Perindustrian Keempat dan ekonomi digital
  7. Meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC dan perkhidmatan awam
  8. Mengimbangi Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi.

Intipati Bajet 2018 Yang Perlu Anda Tahu

TUMPUAN UTAMA BAJET 2018

Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan berkata, selain memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah (B40), bajet kali ini juga akan memberi manfaat langsung kepada golongan berpendapatan sederhana (M40), masyarakat luar bandar dan kakitangan awam.

Tumpuan akan diberikan kepada inisiatif perumahan, kaedah menangani kos sara hidup, jalinan hubungan pelabur asing yang akan menjana pendapatan negara serta revolusi ekonomi selaras dengan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.3.59 PM: Bajet 2018 bernilai RM280.5 bilion. Pertambahan berbanding RM268 bilion pada 2017. RM234 bilion adalah perbelanjaan mengurus dan bakinya bagi perbelanjaan pembangunan.

Intipati Bajet 2018 Yang Perlu Anda Tahu

6.07PM: Bg menyanjung tinggi sifat wala’ & kesetiaan dlm mendokong kemajuan negara, saya umum bayaran khas RM1500 kpd semua penjawat awam

Manakala tidak pernah dilupakan, kepada pesara Kerajaan, bayaran khas sebanyak RM750.

6.00PM: RM50 juta kepada GiatMara bagi baik pulih & menyelenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz yang berdaftar di seluruh negara

Selain RM588j bayaran elaun bulanan kepada imam, bilal, guru KAFA & takmir yang diterima selama ini, Kerajaan umum bayaran one-off RM1,500

5.54PM: Demi menghargai sumbangan para penjawat awam, khabar gembira yang ditunggu-tunggu itu sudah pun tiba. Saya umumkan berikut

1. Kenaikan pangkat time-based kali kedua bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun, selepas kenaikan kali pertama
2. Penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan akan terima faedah persaraan seolah-olah pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan wajib
3. Membenarkan Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan
4. Menaikkan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada 7 hari kepada 10 hari setahun
5. Kerajaan buat pertama kalinya, bersetuju berikan kemudahan 7 hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah
6. Untuk beri fleksibiliti, Krjn akan menambah satu lagi Waktu Kerja Berperingkat iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang
7. Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas akan diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan Waktu Kerja Fleksi
8. Penjawat awam wanita yg mengandung 5 bln ke atas dibenar pulang awal sejam. Suami yg bekerja Krjn jg dibenar pulang awal sejam
9. Meningkatkan kelayakan cuti bersalin drpd 300 hari kpd 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kpd maksimum 90 hari setahun
10. Pembelajaran sepanjang hayat pegawai perkhidmatan awam dengan melaksanakan Kursus Sarjana dan PhD secara in-house
11. Menaikkan kadar pencen terendah kpd RM1000 sebulan melibatkan lbh 50k pesara awam dgn sekurang2nya 25 tahun tempoh perkhidmatan
12. Pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada pesara Kerajaan.

5.52PM: Mengimbangi Par Excellence Duniawi & Par Excellence Ukhrawi. Tiada siapa dapat ramal wajah dunia masa mendatang

5.50PM: Berhubung hal penyampaian dlm mengutamakan kebajikan semua pihak termasuk warga emas, OKU dan kanak2, Krjn umumkan bantuan RM1.7b

Menaikkan elaun warga emas RM50 menjadi RM350 sebulan, manfaatkan hampir 144 ribu orang, dengan peruntukan RM603 juta

Menaikkan elaun OKU yg bekerja, tidak bekerja & penjaga OKU sebyk RM50 sebulan, manfaatkan lbh 163 ribu org dgn peruntukan RM100j

5.49PM: GLC akan meningkatkan pengagihan keuntungan kepada pekerjanya, seperti menerusi pembayaran gaji dan elaun, secara berperingkat

GLC akan menyediakan taska di pejabat utama, dan kemudahan pengurangan waktu bekerja untuk pekerja wanita yang mengandung

5.47PM: Meningkatkan Kecekapan dan Penyampaian GLC dan Perkhidmatan Awam. Malaysia berhasrat capai prtumbuhan dengan agihan lebih saksama.

5.43PM: Pe-Tunjang Keenam: Mempersiaga Revolusi Perindustrian Keempat dan Ekonomi Digital. Dunia kini di ambang 4th Industrial Revolution.

RM83.5 juta diperuntukkan bagi membiayai penyediaan infrastruktur fasa satu DFTZ di Aeropolis, KLIA

Fasa Pertama DFTZ sasarkan penyertaan 1,500 PKS dlm ekonomi digital, dijangka menarik pelaburan RM700j & 2500 peluang pekerjaan

Nilai de minimis bg import, dinaikkan dari RM500 ke RM800, utk capai matlamat jadikan Malaysia sebagai hab e-commerce serantau

5.43PM: Mempersiaga Revolusi Perindustrian Keempat dan Ekonomi Digital. Dunia kini di ambang 4th Industrial Revolution.

Kerajaan sediakan geran sepadan sebanyak RM245j bawah Dan

5.37PM: Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) .

Kerajaan cadangkan semua pembekalan perkhidmatan PBT tidak dikenakan GST, kuatkuasa 1 Apr 2018 atau 1 Okt 2018 brdasarkan pilihan PBT

Layanan GST brkadar sifar atas bhn bacaan, diseragam&diperluas liputi semua majalah, komik, journal & terbitan brkala mulai 1 Jan

5.33PM: Kerajaan akan merancakkan lagi usaha pemilikan rumah untuk rakyat dengan peruntukan RM2.2b

Kerajaan umum pengecualian cukai ke atas pendapatan sewaan rumah kediaman sebanyak 50% bg pendapatan sewa sehingga RM2k sebulan

5.30PM: Kerajaan sedar beban ditanggung isi rumah bg penggajian pembantu rumah asing. Masa ini, kos bawa masuk mencecah setinggi RM12k-RM18k

Sebagai permulaan, Kerajaan beri pilihan kepada majikan untuk ambil pembantu rumah asing secara langsung daripada 9 negara sumber, tanpa lalui ejen.

Majikan boleh mohon visa pembantu rumah drpd Jabatan Imigresen secara online dengan bayaran levi & fi pmprosesan spt kadar sedia ada.

5.28PM: Juga peruntukkan RM3.9b subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik & tol

Bagi Program Penyeragaman Harga Barang Keperluan Asas di Sabah dan Sarawak diteruskan dengan peruntukan RM80j

5.27PM: Kedai Rakyat 1Malaysia akan kembali. Sbg permulaan pd 2018, 50 kedai akan dijadikan KR1M 2.0 dan diperluaskan kpd 3 ribu KR1M 2.0 dlm 3 tahun

KR1M 2.0 akan sediakan 5 barang keperluan asas dgn harga rendah iaitu beras, gula, minyak masak, tepung & LPG

5.24PM: Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan 2 mata peratusan bg banjaran pndptn bercukai antara RM20 ribu – RM70 ribu

Langkah ini juga bermakna lebih 261 ribu orang kini tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan

Langkah ini akan tingkatkan pendapatan boleh guna rakyat antara RM300-RM1000, RM1.5b lebihan pendapatan boleh guna dapat dibelanja oleh rakyat

Intipati Bajet 2018 Yang Perlu Anda Tahu

5.23PM: Sy umum 1 lg khabar gembira kpd setiap 2.3j pembayar cukai yg akan dinikmati terutamanya oleh mereka yg berpendapatan pertengahan

Kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah serta merapatkan jurang pendapatan di Malaysia

5.22PM: BR1M yg manfaatkan 7 juta penerima dgn peruntukan RM6.8B, akan diteruskan dgn kadar maksimum sehingga RM1,200

5.21PM: Sejak BR1M diperkenalkan, terbukti rkyt menerimanya, subsidi bersasar kpd golongan benar2 memerlukannya, terbukti keberkesanannya

Pembangkang yang kata BR1M sebagai rasuah. U-turn dan cadang BR1M dilaksanakan.

5.20PM: Pe-Tunjang Kelima: Mengutamakan Kesejahteraan Rkyt & Peluang Menjana Pndptn. Krjn komited wujudkan peluang pekerjaan, jana pndptn

RM25 juta utk Program Motosikal Tiga Roda di bwh FAMA, program mobileprenuer GiatMARA dan program MyAGROSIS

RM60 juta utk program 1AZAM, termasuk RM10 juta utk Sabah & RM10 juta utk Sarawak

Pinjamn mudah RM120j kpd 1k usahawan Food Truck 1Msia, Mobile Food Kiosk 1Msia melalui BankRkyt & BSN, Krjn subsidi kdr faedah 4%

RM100 juta untuk memperluas Program eRezeki, eUsahawan dan eLadang di bawah MDEC.

Intipati Bajet 2018 Yang Perlu Anda Tahu

5.17PM: Cadangan tempoh cuti bersalin mandatori utk sektor swasta dinaikkan drpd 60 hari ke 90 hari spt yg dilaksanakan perkhidmatan awam

5.15PM: Melalui MIB, pngambilan pelajar kaum India ke IPTA dan perkhidmatan awam akan Kerajaan tingkatkan kpd sasaran 7%

PNB akan membuat pengagihan khas 1.5b unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia untuk masyakat India, terhad kpd 30k unit setiap pelabur

5.13PM: Purata pendapatan bulanan isi rumah kaum India mnunjuk kadar pertumbuhan tinggi, 6.8% setahun & saya lancar Pelan Tindakan Masyarakat India baru2 ni

Kepada pembangunan Kampung2 Baru Cina, sebanyak RM65j diperuntukkan, dan RM10j lagi untuk program membaik pulih rumah

Untuk komuniti Cina, Kerajaan sediakan RM50j untuk pinjaman PKS melalui KOJADI. RM30j disalur keapada Yayasan Peniaga & Penjaja Kecil 1Msia

RM50j diperuntukkan melalui TEKUN utk Skim Pinjaman Usahawan Msykt India, manfaatkan 35k. Tambahan RM50j lg utk pmbgn sosio ekonomi

5.11PM: RM2.4b diperuntukkan kpd UiTM. Krjn tambah bil kemasukan pelajar di UiTM kpd lbh 165k org dgn sasaran 250k pelajar menjelang 2020

UiTM sbg institusi Bumiputera, telah berjaya melahirkan lebih 700 ribu graduan Melayu dan Bumiputera

RM2.5b yakni tertinggi pernah diberi utk biasiswa pengajian tinggi dan latihan di bawah MARA, memanfaatkan hampir 90 ribu pelajar

5.09PM: Dlm mnghargai peranan RELA, Krjn sediakan peruntukan plg tinggi, hampir RM250j bg kelengkapan keperluan, termasuk pakaian seragam

Dlm mnjaga kebajikan tentera,Krjn akan sediakn blueprint Perumahan Keluarga Angkatan Tentera utk bina lbh 40k unit secara berfasa

5.01PM: RM420 juta termasuk hampir RM300 juta untuk Sabah dan Sarawak, disediakan bagi bekalan air bersih meliputi 3 ribu rumah

Sejak 2009, lebih RM100b subsidi telah dibelanjakan termasuk subsidi gas bahan api, membolehkan rakyat dpt bekalan elektrik murah.

RM50 juta diperuntukkan utk pemetaan & pengukuran tanah2 adat, iaitu RM30 juta untuk Sarawak dan RM20 juta untuk Sabah.

RM164 juta diperuntukkan bagi membina 5 ribu unit Rumah Generasi Kedua FELDA, dengan kerjasama SPNB

Hampir RM200 juta lagi diperuntukkan kepada FELDA, bagi sistem bekalan air dan menaik taraf jalan serta lampu jalan.

4.58PM: Memacu Pembangunan Inklusif Dengan peruntukan RM6.5 bilion.

4.56PM: Setiap penuntut IPT dan tingkatan enam akan terus diberi Bantuan Baucar Buku bernilai RM250, manfaatkan seramai 1.2j pelajar.

4.55PM: Bagi pelajar dari keluarga B40 yg ikuti kursus berbolehpasaran tinggi, RM200j ditambah utk naikkan jumlah pinjaman maksimum PTPTN

Tempoh grace period pembayaran balik pinjaman PTPTN dilanjutkan kepada 12 bulan setelah tamat pengajian berbanding 6 bulan masa ini.

Intipati Bajet 2018 Yang Perlu Anda Tahu

4.51PM: Kerajaan melanjutkan penawaran diskaun hutang PTPTN sehingga 31 Disember 2018.

4.47PM: Mengungguli Pembangunan Pendidikan, Latihan, Kemahiran dan Bakat, RM61.66 bilion diperuntukkan pada 2018.

RM20j kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk menambah baik kemudahannya sebagai sekolah sukan premier.

Bajet ini sentiasa beri keutamaan kpd Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah, RM550 juta diperuntukkan.

Untuk itu, melalui kaedah Industrial Building System, Kerajaan mengumumkan peruntukan terbesar sejumlah RM2.5b bg tempoh 2 tahun.

4.43PM: Sejak tahun 2009 hinggalah sekarang, peruntukan untuk biasiswa yang disediakan oleh Kerajaan berjumlah RM44bilion

Bagi tahun 2018, RM2.2bilion bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan.

Intipati Bajet 2018 Yang Perlu Anda Tahu

4.39PM: Setiap anak Msia dilahir bermula 1 Jan 2018-2022, dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebyk RM200 melalui unit AmanahSaham.

Skim yang pertama kali diperkenalkan di negara ini akan dinamakan sebagai Amanah Dana Anak Malaysia 2050, atau ADAM50.

4.36: Menuju Aspirasi TN50

Menuju Aspirasi TN50. Pada #Bajet2017 lalu, saya memperkenalkan #TN50 bagi melakar sebuah negara bangsa yang unggul.

Setakat ini, lebih daripada 80 ribu aspirasi telah diterima, melibatkan 1.8j rakyat, mewakili pelbagai golongan dari seluruh negara.

Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah wajibkan semua bangunan pejabat yang baharu sediakan kemudahan pusat jagaan kanak-kanak bermula di KL.

Potongan cukai tambahan bagi majikan menggaji OKU diperluas kepada majikan menggaji pekerja mengalami kemalangan/penyakit kritikal.

4.32PM: Kerajaan akan naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang & Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi

Membina baharu lapangan terbang Mukah dan pembesaran Lapangan terbang Kota Bharu dan Sandakan

Kerajaan juga akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi cadangan untuk membina jambatan menghubungkan Sabah ke Pulau Labuan.

4.28PM: Kerajaan akan mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line, dijangka siap pada 2025, lebih awal berbanding 2027.

Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam akn dibangunkan, merangkumi Zon Pengindustrian Bebas, jadi tarikan baharu kepada pelabur.

Juga isytiharkan Pulau Pangkor, Perak sebagai Pulau Bebas Cukai, tidak termasuk barang-barang seperti minuman keras, rokok, dan kenderaan bermotor.

4.28PM: Kerajaan akan mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line, dijangka siap pada 2025, lebih awal berbanding 2027.

4.26PM: Memperkemas Inftrasturktur logistik dan pengangkutan

Pembinaan ECRL akan mula dibina Januari. Lebuhraya akan alternatif ke Pelabuhan Klang akan dibina.

Pembinaan MRT2 jajaran Sungai Buloh Serdang Putarajaya dengan kos RM32 bilion.

4.19PM: Pertama kali dalam sejarah peruntukan paling besar kepada pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak, penoreh getah bernilai RM6.5 bilion.

Hampir RM200 juta bagi penanaman semula getah & menyediakan kemudahan infrastruktur dengan meningkatkan pngeluaran latex berbanding cup lump.

Hampir RM500 juta bagi menambah baik infrastruktur pengairan di kawasan pertanian dan menaik taraf jalan ladang.

Hampir RM140 juta bagi program pembangunan dan penanaman semula kelapa sawit termasuk promosi.

Program peningkatan pengeluaran kelapa melalui penanaman semula kelapa variasi baru dgn peruntukan RM50 juta, memanfaatkan 10,000 pekebun kecil.

RM200 juta bagi inisiatif Sumber Kekayaan Baharu, khususnya penanaman jagung bijian,kelapa,durian&sektor kulinari serta industri tenusu.

Intipati Bajet 2018 Yang Perlu Anda Tahu

4.16PM: Eksport Negara Akan Dipertingkat

RM150 Juta Untuk mempromosi pasaran eksport, RM1 bilion disediakan exim Bank bagi kresiden pelindungan insuran. Dan RM100j disediakan sebagai pinjaman dengan 70 peratus jaminan Kerajaan bg mengautomasi pengeluaran perabot tempatan untuk tujuan eksport.

4.12PM: RM7bilion di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan – RM5b untuk modal kerja & RM2bilion pinjaman dgn 70% jaminan Kerajaan untuk sektor prkhidmatan.

Untuk mengautomasikan proses pengeluaran & kurangkan penggajian pekerja asing, RM1bilion dengan pinjaman 70 peratus jaminan Kerajaan bawah SJPP

Saiz Dana Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah ditambah RM1b, jadikan saiz dana RM2.5b, diberi subsidi 2% ke atas kadar keuntungan.

4.10PM: Pelaburan swasta dijangka mencecah RM260b pada 2018, sejajar matlamat jadikan sektor swasta sebagi engine of growth Bajet2018

4.08PM: Bajet 2018 bertajuk ‘Memakmurkan Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi & Ukhrawi Demi Mensejahterakan Kehidupan Rakyat Demi Aspirasi TN50’.

Intipati Bajet 2018 Yang Perlu Anda Tahu

3.59 PM: Bajet 2018 bernilai RM280.5 bilion. Pertambahan berbanding RM268 bilion pada 2017. RM234 bilion adalah perbelanjaan mengurus dan bakinya bagi perbelanjaan pembangunan.

3.56PM: Laporan Pendapatan Isi Rumah dan Asas 2016l Daripada RM27,819 pada 2010 kepada RM40,713 pada 2017.

Pendapaan median bulanan RM4.585 (2014) kepada RM3,000 (RM2016).

3.54PM: Pada Ogos 2017, Eksport negara buat pertama kali mencapai paras tertinggi melebihi RM80 bilion.

Rizab Antarabangsa kini telah mencata RM428.7 bilion yang mampu menampung import tertanggung.

3.50PM: Baru-baru ini, tiga agensi penarafan kredit antarabangsa yang berwibawa mengekalkan kredit Malaysia pada penarafan ‘A-’ dengan prospek yang stabil.

3.47PM: Sejak 2009, sungguhpun berdepan cabaran seperti harga minyak merudum, faktor geopolitik antarabangsa tidak menentu, Malaysia tetap mampu mentadbir negara.

Defisit fiskal negara diunjurkan 6.7%. Kita yakin defisit 3% pada 2017 dan akan turun lagi kepada 2% pada 2018.

3.45PM: KDNK tumbuh 5.7%. Jangan terpedaya dengan dakyah di media sosial. Tiga minggu lepas Bank Dunia menyemak ekonomi Asia Pasifik dan memuji dasar Malaysia. Bank Dunia mengunjurkan pertumbuhan KDNK 5.2% bagi 2017.

Kerajaan menjangkakan 5.2% kepada 5.7% bagi tahun 2017. Lebih tinggi daripada jangakaan awal antara 4.3% hingga 4.8& tahun lalu.

3.40PM: Perdana Menteri memberikan ucapan alu-aluan sempena pembentangan Bajet 2018. Beliau meminta semua wakil rakyat untuk menunggu sehingga tamat pembentangan berakhir sebelum keluar dewan.

3.15PM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di lobi Parlimen memakai baju melayu biru tua. Beliau dijangka akan mula membentangkan Bajet 2018 pada jam 3.30 petang sebentar lagi.

Intipati Bajet 2018 Yang Perlu Anda Tahu

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image