Info Kerjaya Malaysia

Daftar My Future Agro : Elaun RM1,000 Sebulan Dengan On Job Training My Future Agro. Terbuka Untuk 6,000 Orang Sahaja. Daftar Sekarang

28,263

Rebut Peluang On Job Training Dengan My Future Agro

Mungkin ada dikalangan anda yang berminat untuk bekerja dalam Sektor AgroMakanan dan menantikan tawaran ini dibuka untuk membuat permohonan. Terkini, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan telah membuka peluang yang dinantikan ini kepada anda semua melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) iaitu Program My Future Agro.

My Future Agro merupakan satu jenama kepada pelaksanaan Program Mobiliti Tenaga Kerja dalam Sektor AgroMakanan dimana RM40 juta telah diperuntukkan untuk program ini.

Syarat Permohonan My Future Agro

Anda boleh membuat semakan syarat permohonan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan ini seperti :

Individu

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Terbuka kepada semua lepasan sekolah, graduan menganggur dan golongan yang diberhentikan kerja.
  3. Berumur di antara 18 sehingga 55 tahun.
  4. Tidak mengira kelayakan akademik.
  5. Berminat untuk menceburi bidang pertanian agromakanan.

Syarikat

  1. Syarikat telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM -Companies Commission of Malaysia) SSM / Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) / Pendaftaran Perniagaan (ROB) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau lain-lain pertubuhan sebelum 10 Ogos 2020.
  2. Bidang perniagaan atau urusan syarikat hendaklah berkaitan sektor Agromakanan.

Jumlah Peserta My Future Agro

Hanya mereka yang terpilih sahaja boleh mengikuti program ini dimana ianya terhad kepada 6,000 orang peserta sahaja.

Daftar My Future Agro : Elaun RM1,000 Sebulan Dengan On Job Training My Future Agro. Terbuka Untuk 6,000 Orang Sahaja. Daftar Sekarang

Tempoh Latihan Kerja My Future Agro

Para peserta akan menjalani On Job Training di syarikat Sektor Agro Makanan selama :

  • 1 hingga 6 bulan

Elaun Peserta My Future Agro

Terdapat 2 jenis elaun disediakan kepada peserta iaitu :

Elaun Mobiliti (One-Off)

  • Lebih 100 km sehala : RM600
  • Sabah/Sarawak/Semenanjung : RM1,000

Elaun Penggajian Melalui Syarikat

  • 40 tahun ke bawah : RM800
  • 40 tahun ke atas atau OKU : RM1,000

Nota : Pembayaran insentif akan dibuat secara bulanan selepas penerimaan pelaporan daripada pihak syarikat. Pembayaran bantuan mobiliti akan dibuat selepas syarikat berjaya membuat pemilihan pelatih dan saringan kelayakan dibuat.

Cara Membuat Permohonan My Future Agro

Anda yang berminat, perlu membuat pendaftaran secara online melalui :

  • BORANG PERMOHONAN
  • Lengkapkan borang permohonan dengan mengisi maklumat yang diperlukan.

Jom Rebut Peluang On Job Training Dengan My Future Agro. Mohon Segera

  • Seterusnya, klik SUBMIT dan pendaftaran anda telah lengkap.

Jom Rebut Peluang On Job Training Dengan My Future Agro. Mohon Segera

Tempoh Permohonan & Kelulusan My Future Agro

Selepas permohonan lengkap diterima, proses pemadanan akan dibuat dan e-mel notifikasi akan diterima selepas selesai proses tersebut.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Jika anda mempunyai pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai program My Future Agro, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian di :

close-image