Contoh Resume Tanpa Pengalaman Kerja! Boleh Tiru Template Ini

5,504

Sedang Cari Resume Tanpa Pengalaman Kerja?

Anda akan menulis resume buat kali pertama dan anda belum pernah mempunyai sebarang pengalaman kerja untuk diletakkan dibahagian PENGALAMAN KERJA seperti orang lain.

Jadi apa yang perlu anda masukkan supaya resume anda kelihatan lengkap seperti mana resume-resume yang lain.

Jangan khuatir kerana perkongsian ini akan menunjukkan cara yang betul untuk anda siapkan resume walaupun anda tidak pernah mempunyai sebarang pengalaman kerja sebelum ini.

Yang penting anda kena tahu nak buat resume dahulu. Jika tak tahu anda boleh rujuk cara buat resume menggunakan PowerPoint atau menulis CV menggunakan Words ini dahulu.

Cara Menulis Resume Tanpa Pengalaman Kerja

Mudah sahaja untuk menulis dan menyiapkan resume walaupun anda tidak mempunyai sebarang pengalaman kerja sebelum ini.

Ikuti cara-cara yang disediakan seperti :

1. Menggunakan Format Betul

Pertama sekali anda mestilah pandai memilih jenis format yang betul untuk menyiapkan resume anda. Disyorkan untuk memilih resume jenis chronological walaupun anda belum mempunyai sebarang pengalaman pekerjaan atau pengalaman kerja yang tidak banyak.

Baca ini untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai jenis-jenis resume yang sesuai dengan anda: 8 Jenis Resume Asas Yang Perlu Anda Tahu & Perbezaan Fungsi Setiap Satunya

2. Tulis Resume Dengan Lengkap

Masukkan semua maklumat dengan betul dan lengkap seperti resume yang lain iaitu dengan melengkapkan bahagian :

  • Maklumat peribadi seperti nama, alamat, nombor telefon
  • Objektif
  • Bahagian pendidikan
  • Bahagian kemahiran
  • Pencapaian dan anugerah yang diterima
  • Sijil profesional & sijil ikhtisas
  • Senarai latihan industri / aktiviti ku kurikulum / aktiviti sukarelawan

3. Fokus Bahagian Kemahiran & Kepakaran

Fokuskan resume anda pada bahagian kemahiran serta kepakaran yang anda ada dan kaitkan dengan deskripsi tugas yang terdapat dalam iklan tawaran jawatan kosong.  Tawarkan kepakaran yang ada pada anda kepada bakal majikan anda. Padankan dengan keywords yang tepat seperti mana yang dikehendaki oleh majikan anda.

Rujuk sini untuk letakkan kata kunci dalam resume anda : Tips Penggunaan Keywords Dalam Resume, CV Dan Cover Letter. Baca Ini

4. Senaraikan Anugerah & Pencapaian

Masukkan apa sahaja senarai anugerah dan pencapaian yang telah anda perolehi ke dalam resume anda . Pastikan senarai anugerah dan pencapaian tersebut relevan dan bersesuian dengan jawatan yang dipohon.

Majikan dapat melihat bahawa anda adalah seorang yang sangat berbakat, berdaya saing, kreatif, mempunyai sifat kepemimpinan dan lain-lain.

Jangan lupa baca juga cara masukkan anugerah dekan dalam resume anda.

5. Lengkapkan Bahagian Lain

Lengkapkan bahagian-bahagian yang lain seperti :

  • Aktiviti Sukarela
  • Sijil
  • Hobi
  • Kebolehan bahasa

Anda hanya perlu lengkapkan bahagian-bahagian tersebut dan jangan dibiarkan kosong. Apa sahaja yang berkaitan dan relevan dengan pekerjaan yang dipohon, anda masukkan sahaja ke dalam resume.

6. Pastikan Resume Tersusun Dan Kemas 

Akhir sekali, anda check semula resume anda agar tiada kesalahan tatabahasa dan ejaan. Pastikan juga resume anda dalam keadaan yang kemas dan tersusun sebelum anda menghantar kepada bakal majikan anda.

Anda boleh gunakan template yang tersedia di dalam Google Docs, Publisher dan Power Point untuk menyiapkan resume anda.

Baca juga : Cara Buat Resume Menggunakan Google Docs, Mudah Sangat

7. Berikan Cover Letter

Jangan lupa untuk sertakan Cover Letter apabila anda menghantar resume kepada bakal majikan. Ia adalah satu dokumen yang sangat penting tetapi sering dilupakan oleh pemohon kerja.

Baca juga : Contoh Cover Letter Simple Untuk Fresh Graduate Dalam Bahasa Melayu

Contoh Resume Tanpa Pengalaman Kerja

DOWNLOAD SINI

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image