Info Kerjaya Malaysia

Banyak Pengalaman Dan Agak Berumur. Ini Resume Yang Sesuai Untuk Pencari Kerja Seperti Anda

1,400

Pencari Kerja Yang Berumur

Jika anda seorang pencari kerja yang berumur anda perlu ingat bahawa usia bukanlah satu kelebihan ketika anda mencari pekerjaan. Ini kerana kebanyakan HR dan bakal majikan merasakan pekerja yang lebih berumur kurang mempunyai pengalaman atau kemahiran yang terkini dan tidak sesuai dengan teknologi serta tempat kerja masa kini.

Contoh Resume Dan Tips Untuk Pencari Kerja Yang Berumur

Rujuk juga : Cek Resume Anda : Ini Maklumat Yang Perlu Ada Dalam Resume Anda Beserta Contoh

Tips Menghasilkan Resume Orang Yang Berumur

  • Hadkan resume anda terutamanya dari perspektif kronologi pengalaman bekerja.
  • Masukkan kemahiran teknologi terkini yang telah anda ikuti untuk memaksimumkan peluang anda untuk dipanggil temuduga.
  • Pilih resume mengikut jenis dan kesesuaian iaitu dengan menggunakan format functional yang memfokuskan kepada kemahiran dan pengalaman serta menyenaraikan pencapaian anda. Bahagian ini akan berada dibahagian atas resume dan majikan akan fokus untuk melihat kemahiran, pengalaman serta senarai pencapaian anda.
  • Anda juga boleh menggabungkan format resume iaitu resume kronologi dan resume functional tetapi hadkan sejarah pekerjaan anda tidak lebih dari 10 hingga 15 tahun.
  • Masukkan pengalaman yang terkini dan elakkan untuk memasukkan pengalaman yang tidak berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
  • Senaraikan pengalaman, pendidikan dan latihan tanpa meletakkan tarikh bekerja, belajar serta latihan yang telah anda ikuti. Letakkan tarikh sekiranya pengalaman serta sijil yang dimasukkan adalah relevan dan terkini.
  • Elakkan untuk meletakkan tempoh pengalaman pada bahagian objektif seperti, “Berpengalaman dalam bidang ini selama 30 tahun.” Sudah pasti bakal majikan dapat mengetahui bahawa anda terlalu tua untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut walaupun anda layak. Gantikan dengan, “Mempunyai pengalaman dalam bidang ini selama 10+”.
  • Masukkan pautan profesional anda dalam resume seperti pautan LinkedIn atau website kerjaya anda sebagai satu portfolio.
  • Gunakan template resume terkini sebelum anda menghantar kepada bakal majikan. Tunjukkan bahawa anda seorang yang up-to-date iaitu mengikuti perkembangan semasa dan berkemahiran dalam teknologi yang terkini.
  • Setelah siap, baca semula resume anda, periksa semula ayat, ejaan dan tatabahasa resume. Setelah berpuas hati, save dalam bentuk PDF supaya mudah dibuka dan dibaca oleh bakal majikan.

Contoh & Template Resume Untuk Pekerja Berumur

Baca juga : Cara Buat Resume Menggunakan Google Docs, Mudah Sangat

close-image