Jom Jana Pendapatan Yang Lumayan Sebagai Commercial Diver

901

Jom Jana Pendapatan Yang Lumayan Sebagai Commercial Diver

Apa kata kita ubah hobi menjadi punca pendapatan yang utama pula. Bagi mereka yang hilang punca pendapatan dan mempunyai kelayakan dalam bidang scuba diving, bolehlah mencuba dalam bidang commercial diver ini.  Jom jadi buruh kasar dalam air pula.

Apakah keperluan untuk menjadi seorang commercial diver seterusnya perolehi pendapatan yang lumayan setiap bulan?

Keperluan Untuk Bekerja Sebagai Commercial Diver

Sijil Commercial Diver

Walaupun anda mempunyai sijil diving seperti PADI, NAUI, SDJ, SSI dan sebagainya, ia bukanlah satu tiket untuk anda terus melibatkan diri dalam bidang ini. Anda perlu mempunyai sijil yang dikeluarkan oleh pusat latihan yang bertauliah dan diiktiraf untuk melakukan kerja di dalam air.

Antara contoh mudah sijil yang diiktiraf untuk kerja commercial diver ialah ADAS, HSE dan ADCI.

Jom Jana Pendapatan Yang Lumayan Sebagai Commercial Diver

Kelayakan

Seterusnya, semak dahulu kelayakan anda sebagai seorang commercial diver dari segi kesihatan seperti :

  • Tubuh badan yang sihat untuk pekerjaan tersebut.
  • Tidak mempunyai sejarah penyakit yang kronik.
  • Fizikal yang sihat dan aktif.
  • Kebolehan berenang tanpa bantuan sejauh 200 meter.
  • Keupayaan mengapungkan diri selamat selama 10 minit.

Untuk membuat pemeriksaan kesihatan sebagai commercial diver, anda perlu pengesahan di hyperbaric medicine doktor sahaja. Hanya mereka sahaja yang layak membuat pengesahan kesihatan untuk penyelam.

Pengalaman Kerja

Untuk pekerjaan ini, tiada pengalaman kerja yang diperlukan dan termasuk dalam syarat kelayakan. Namun bagi mereka yang mempunyai pengalaman itu adalah lebih baik.

Pengalaman yang sedia ada dapat membantu anda melakukan kerja dengan lebih baik dimana teknik serta kemahiran tertentu akan digunakan sepanjang anda melakukan tugasan di dalam air.

Kewangan

Pastikan anda mempunyai kewangan yang secukupnya untuk menghadiri kursus penyelam kerana harganya sangat mahal. Berapakah harga untuk kursus sebagai penyelam? Untuk pengetahuan anda, harga untuk kursus penyelam adalah antara RM60,000 sehingga RM70,000 dan bergantung pada pusat latihan.

Pastikan anda dapatkan maklumat berkaitan kursus dan tempat kursus terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembayaran. Khuatir juga anda di scam oleh penipu.

Jom Jana Pendapatan Yang Lumayan Sebagai Commercial Diver

Pasti ramai yang mencari peluang pekerjaan secara sambilan untuk menampung kewangan ekonomi sekarang. Dapatkan 10 kerja part time yang boleh anda lakukan disini.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image