Info Kerjaya Malaysia

Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota, Syarat & Mohon Disini

2,583

Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota

Kementerian Wilayah Persekutuan telah menyediakan satu inisiatif untuk membantu  usahawan muda terutamanya yang menetap dan lahir di Kuala Lumpur atau Putrajaya iaitu Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota.

Senarai Inisiatif Program Usahawan Anak Muda Kota Wilayah Persekutuan

  • Bayaran sewaan nominal.
  • Memudahcara (green lane) permohonan lesen perniagaan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya (PPj).
  • Bantuan pembiayaan dan bimbingan perniagaan daripada Agensi Kerajaan.
  • Bantuan dan akses dalam mengaplikasikan ekonomi digital daripada pelbagai aspek seperti pengiklanan, pengisian pesanan, komunikasi antara pekerja dan kajian pasaran.
  • Tawaran perniagaan francais (tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan).
  • Peluang latihan serta tawaran-tawaran dalam bidang keusahawanan yang diumumkan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan.
  • Lokasi di Dataran Niaga Belia, Presint 14, Putrajaya menyediakan 30 tapak niaga secara percuma selama 6 bulan.

Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota, Syarat & Mohon Disini

Syarat Kelayakan Permohonan

Untuk membuat permohonan, anda boleh semak kelayakan seperti berikut :

  1. Peluang terbuka kepada individu yang berminat dalam bidang keusahawanan dan keutamaan diberikan kepada usahawan baharu atau usahawan sedia ada yang terjejas mata pencariannya akibat pandemik Covid-19.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Menetap atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  4. Berumur 18 tahun ke atas dengan keutamaan kepada golongan belia.

Cara Memohon

Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota, Syarat & Mohon Disini

  • Muat turun dokumen sokongan yang diminta.

  • Tandakan bahagian PERAKUAN dan klik SIMPAN & HANTAR PERMOHONAN.

Tarikh Semakan Permohonan

Anda boleh membuat semakan pada 1 Ogos 2020.

Lokasi Ruang Niaga

Berikut adalah lokasi ruang niaga yang ditawarkan kepada anda :

  • Penyediaan ruang niaga di Berjaya Times Square;
  • Penyediaan ruang niaga berbentuk kiosk dan side walk café di lokasi strategik (kawasan CBD & di luar kawasan CBD)
  • Penyediaan ruang niaga berbentuk kiosk di Hentian Bas/ Teksi di sekitar Kuala Lumpur; dan
  • Penyediaan ruang niaga (pit stop) bagi usahawan FoodTruck.

Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota, Syarat & Mohon Disini

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berkaitan Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota Wilayah Persekutuan ini, anda boleh hubungi Urusetia di :

close-image