Program Insentif Pengambilan Pekerja Untuk Penganggur Diperkenalkan

6,832

Program Insentif Pengambilan Pekerja berjumlah RM1.5 bilion. Bagi menggalakkan pengambilan pekerja oleh majikan, Kerajaan akan memperkenalkan Program Insentif Pengambilan Pekerja di mana syarikat akan diberikan insentif kewangan untuk memberi pekerjaan kepada golongan penganggur dan belia.

Dianggarkan 300 ribu pencari kerja akan mendapat manfaat melalui dua insentif iaitu:

  1. Pertama: Insentif bagi menggaji penggangur berumur di bawah 40 tahun sebanyak RM800 sebulan bagi setiap pekerja; dan
  2. Kedua: Insentif bagi menggaji penganggur berumur 40 tahun dan ke atas dan golongan OKU sebanyak RM1,000 sebulan.

Insentif-insentif ini akan diberikan selama 6 bulan.

Bagi membantu dan menggalakkan penganggur meningkatkan kemahiran, elaun latihan sehingga RM4,000 boleh dituntut daripada PERKESO oleh mereka yang hilang pekerjaan, walaupun mereka bukan pencarum di bawah Skim Insurans Pekerjaan.

Bagi menangani isu kadar pengangguran belia dan meningkatkan kebolehpasaran graduan, Kerajaan juga akan menyediakan insentif kepada majikan yang menyediakan peluang perantis kepada lepasan sekolah dan graduan pada kadar RM600 sebulan.

Inisiatif seterusnya ialah Kerajaan akan memperuntukkan RM2 bilion bagi program peningkatan kemahiran untuk mereka yang sedang menganggur dan juga golongan belia. Ini akan memanfaatkan lebih daripada 200 ribu orang.

Bagi golongan belia, ini termasuklah program latihan dan penempatan (place and train), pelaksanaan kursus jangka pendek di institusi-institusi terpilih dan subsidi latihan.

Seterusnya, bagi golongan penganggur pula, Kerajaan akan melaksanakan program peningkatan kemahiran (upskilling) di dalam industri penting seperti elektrik dan elektronik serta teknologi maklumat dan komunikasi dan menggalakkan penyambungan pembelajaran melalui kursus jangka pendek dan subsidi latihan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Program Insentif Pengambilan Pekerja ini anda boleh download teks ucapan penuh di bawah.

Di bawah video pengumuman PM sebentar tadi.

 

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image