Permohonan Bantuan Insan Johor Peniaga Golongan B40 & M40. Mohon Dan Semak Sekarang
Program Insan Johor Peniaga Golongan B40 & M40
Kerajaan negeri Johor melaksanakan Program Insan Johor menerusi Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) yang memberi manfaat kepada peniaga golongan B40 & M40 yang terjejas akibat wabak Covid-19.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Izhar Ahmad, berkata program itu selari dengan hasrat kerajaan negeri meneruskan legasi kemakmuran Johor dalam pelbagai bidang khususnya mengukuhkan agenda pembangunan modal insan demi manfaat rakyat.
Senarai Pakej Bantuan
Berikut adalah senarai pakej bantuan yang ditawarkan dalam Program Insan Johor :
- Pakej Jahitan
- Pakej Automotif
- Pakej Agro
- Pakej Gunting Rambut Lelaki
- Pakej Makanan dan Minuman
Bantuan ini merangkumi latihan dan kursus kemahiran dan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kemahiran asas seperti ONLINE MARKETING dan pengurusan kewangan.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bagi program ini ialah :
- Lahir dan berasal dari negeri Johor.
- Berumur 18 hingga 60 tahun.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang belum pernah menerima bantuan peralatan daripada agensi kerajaan.
- Berdaftar perniagaan dengan SSM sebelum 31 Disember 2019.
- Satu permohonan sahaja di kalangan isi rumah.
Borang Permohonan
Anda boleh download borang permohonan di pautan berikut :
Tarikh Tutup Permohonan
4 Julai 2020.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai program ini melalui saluran berikut :
- Urus Setia : 07-2667271 / 7269