Info Kerjaya Malaysia

Program Diploma ALAM Lepasan SPM Telah Dibuka, Mohon Dan Sertai Sekarang

6,542

Program Diploma ALAM Lepasan SPM Telah Dibuka

Lepasan SPM yang berminat untuk menjadi seorang Pegawai Kadet Akademi Laut Malaysia (ALAM) boleh memohon untuk menyertai Program Diploma ALAM berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh Akademi Laut Malaysia.

Kelebihan Program Diploma ALAM

Kelebihan menyertai Program Diploma ALAM ini, anda berpeluang untuk belayar ke serata dunia di atas kapal syarikat perkapalan atau organisasi maritim. Malahan anda layak mendapat gaji yang lumayan serta Haji Tanpa cukai serta pelbagai faedah yang menarik.

Syarat Permohonan Diploma ALAM

Pegawai Kadet Navigasi (Diploma Pengajian Nautika)

Syarat Kelayakan

  1. Lelaki atau perempuan bujang yang berusia 18-25 tahun pada Julai 2020.
  2. Sijil Pelajaran Malaysia dengan sekurang-kurangnya minima C atau kredit yang baik dalam 5 subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris , Matematik, Fizik dan salah satu subjek sama ada Matematik Tambahan, Kimia atau Biologi.
  3. Pemegang Ijazah, Diploma dan Sijil Asasi / Matrikulasi adalah digalakkan untuk memohon.
  4. Sihat dari segi mental, fizikal dan medikal.
  5. Ketinggian minima 158 cm dan berat 48 kg untuk calon lelaki (BMI : 18.5-24.9).
  6. Ketinggian minima 155 cm dan berat 42 kg untuk calon perempuan (BMI : 18.5-24.9).
  7. Tidak rabun warna.
  8. Penglihatan yang baik tanpa bantuan visual.

Pegawai Kadet Kejuruteraan Marin (Diploma Kejuruteraan Marin)

Syarat Kelayakan

  1. Lelaki atau perempuan bujang yang berusia 18-25 tahun pada Julai 2020.
  2. Sijil Pelajaran Malaysia dengan sekurang-kurangnya minima C atau kredit yang baik dalam 5 subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris , Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan.
  3. Pemegang Ijazah, Diploma dan Sijil Asasi / Matrikulasi adalah digalakkan untuk memohon.
  4. Sihat dari segi mental, fizikal dan medikal.
  5. Ketinggian minima 158 cm dan berat 48 kg untuk calon lelaki (BMI : 18.5-24.9).
  6. Ketinggian minima 155 cm dan berat 42 kg untuk calon perempuan (BMI : 18.5-24.9).
  7. Tidak rabun warna.
  8. Penggunaan cermin mata / kanta lekap dengan had penglihatan tidak melebihi 200 kuasa.

Cara Memohon

Untuk memohon Program Diploma ALAM , anda perlu :

Program Diploma ALAM Lepasan SPM Telah Dibuka, Mohon Dan Sertai Sekarang

  • Klik ONLINE APPLICATIONS,kemudian klik CADETSHIP INTAKE 2020.
  • JIka anda belum mendaftar, buat pendaftaran dengan klik REGISTER NOW.
  • Masukkan maklumat yang diperlukan.
  • Kemudian LOGIN ke PORTAL dan isikan borang di CADETSHIP APPLICATION FORM.

Program Diploma ALAM Lepasan SPM Telah Dibuka, Mohon Dan Sertai Sekarang

  • Lengkapkan MY QUALIFICATION.
  • Klik SUBMIT.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan Program Diploma ALAM Lepasan SPM, anda boleh hubungi ALAM di :

close-image