Info Kerjaya Malaysia

Wajib Potong RM40 Untuk Pembayaran Balik PTPTN Sekiranya Gaji Anda RM2000 Sebulan

93

Pengumuman terkini bagi mereka yang membuat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, peminjam yang gajinya mencecah RM2,000 akan dikenakan potongan pembayaran semula wajib sebanyak dua peratus atau RM40.

Beliau berkata, potongan itu akan meningkat secara berkala sehingga 15 peratus, mengikut kenaikan gaji peminjam tersebut.

Bagi tujuan kurangkan beban anak muda dalam membuat pembayaran balik, Kabinet pada 23 Nov telah memutuskan supaya potongan gaji ke atas peminjam PTPTN sebanyak 2 peratus atau RM40 sebaik saja gaji peminjam mencecah RM2,000, dan potongan ini meningkat secara secara progresif sehingga 15 peratus mengikut jumlah gaji bulanan mereka.

Mengenai janji bayaran balik sehingga RM4,000 (seperti kerajaan akan pertimbangkan semula apabila kedudukan kewangan mengizinkan,” katanya sewaktu menjawab soalan dari Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) sewaktu persidangan Dewan Rakyat yang diambil menerusi portal Astro Awani.

Berkenan janji manifesto tentang gaji RM4,000 ke atas wajib membuat bayaran balik yang pernah diumumkan dulu, perkara tersebut akan dipertimbangkan selepas kewangan negara stabil.

close-image