Info Kerjaya Malaysia

Banyak Bekerja Sambil Duduk, Ini Postur Cara Duduk Terbaik Untuk Anda

498

Bekerja Sambil Duduk

Pasti anda rasa sakit di bahagian belakang badan apabila anda hanya duduk sahaja ketika bekerja seharian. Untuk mengatasi masalah sakit dan lenguh bahagian belakang dan tengkuk anda, anda boleh mencuba postur cara duduk yang terbaik yang akan dikongsikan ini.

Ikuti perkongsian ini untuk anda betulkan kedudukan semasa anda duduk bekerja nanti.

Postur Cara Duduk Terbaik

1. Gunakan Kerusi Sokongan

Cara terbaik untuk mempraktikkan postur duduk yang betul dengan menggunakan kerusi ergonomik seperti :

  • Tempat duduk yang berlapis yang mempunyai kelengkungan semula jadi dan menampung tulang belakang anda serta memberikan sokongan tubuh badan.
  • Keupayaan untuk menyesuaikan ketinggian tempat duduk, tempat letak tangan dan mempunyai fungsi merebahkan badan.
  • Sarung kepala empuk yang menyokong kepala dan leher anda.
  • Pelapik selesa yang menyokong punggung dan paha.

Banyak Bekerja Sambil Duduk, Ini Postur Cara Duduk Terbaik Untuk Anda

2. Duduk Dengan Betul

Anda perlu duduk dengan betul di atas kerusi anda ketika bekerja. Cara untuk duduk dengan betul ialah :

  • Tolak bahagian pinggul ke bahagian paling belakang kerusi.
  • Selaraskan ketinggian tempat duduk supaya mata anda berada tepat di depan komputer dan leher dalam keadaan yang tegak.
  • Pastikan kaki anda sampai di atas lantai, pada sudut di mana lutut anda berada di bawah titik pinggul.
  • Letakkan bantal untuk menyokong leher dan punggung anda.
  • Tukar posisi sekerap mungkin dengan membuat beberapa pergerakan untuk menyegarkan semula otot badan.
  • Memilih tempat letak tangan yang betul bertujuan untuk merehatkan bahu.

3. Lakukan Senaman Ringan Postur

Lakukan senaman ringan untuk membetulkan postur badan anda semasa dan balik bekerja seperti :

  • Berjalan dalam ruang pejabat atau bangunan syarikat anda seperti naik turun tangga selama 5-10 minit.
  • Praktikkan yoga di rumah selepas seharian bekerja untuk sokongan tulang belakang anda.
  • Angkat tangan seperti mengeliat untuk membetulkan kedudukan postur duduk anda.

Banyak Bekerja Sambil Duduk, Ini Postur Cara Duduk Terbaik Untuk Anda

4. Laras Kedudukan Monitor Komputer

Selain daripada melakukan senaman dan kerusi yang betul, anda boleh melaraskan kedudukan monitor komputer anda seperti :

  • Letakkan monitor ditengah keyboard dan tepat di garis mata anda.
  • Kedudukan monitor perlu lebih tinggi dari paras mata dalam jarak dua hingga tiga inci.
  • Tetapkan jarak lengan antara anda dan monitor dengan keadaan yang selesa.

Banyak Bekerja Sambil Duduk, Ini Postur Cara Duduk Terbaik Untuk Anda

5. Betulkan Kedudukan Keyboard

Letakkan keyboard anda pada kedudukan yang betul untuk mengelakkan lengan dan bahu anda terasa tegang. Caranya ialah :

  • Letakkan keyboard di tengah bahagian badan anda.
  • Tarik keyboard dekat dengan badan anda.
  • Betulkan keyboard sehingga rasa bahu anda tidak tegang dan kendur, siku dalam keadaan terbuka dan tangan anda dalam kedudukan yang selari dengan pergelangan tangan anda.
  • Sekiranya anda tidak menaip, rehatkan tangan anda dan bersandar pada kerusi atau jatuhkan tangan anda disisi badan.

6. Berdiri Dan Bergerak Dengan Kerap

Anda juga perlu banyak bangun dan bergerak untuk mengelakkan tubuh badan anda rasa tegang dan sakit. Jadi anda perlu :

  • Bangun dan regangkan otot kaki sekurang-kurangnya satu minit setiap setengah jam.
  • Untuk setiap jam kerja, bangun dan jauhkan badan dan mata anda daripada monitor.
  • Berjalan-jalan di ruang pejabat atau luar pejabat semasa waktu rehat.
  • Tutup mata anda dengan tapak tangan selama 20 saat sekiranya merasa sakit bahagian badan dan leher.

Banyak Bekerja Sambil Duduk, Ini Postur Cara Duduk Terbaik Untuk Anda

Praktikkan cara duduk dengan betul ini supaya anda tidak mengalami masalah sakit bahagian belakang badan, leher seterusnya merasakan stres ketika bekerja. Tubuh badan yang sihat akan menghasilkan kerja yang produktif dan berkualiti.

Jaga kesihatan anda untuk masa hadapan anda. Selamat mencuba.

close-image